Saturday, August 15, 2009

KASIH BERUBAH 6

“Mirsya, free tak esok?” soal Shahrul pada suatu petang.
“Esok! Emm… free. Kenapa?”
“Ingat esok Shah nak ajak Mirsya jalan-jalan sekitar bandar Perth ni. Dah sebulan Shah kat sini, tapi langsung tak berkesempatan meninjau sekitar bandar ni,” jelas Shahrul.
“Kita ajak Danielle sekali yer. Lagipun tak best la pergi berdua aja,” usul Mirsya.
“Tapi . . .”
“Sekurang-kurangnya ada juga teman untuk turut sama menyakat. Lagipun Danielle tu boleh juga jadi driver kita,” ujar Mirsya lagi.
“Nanti Mirsya beritahu Danielle yer,” sambung Mirsya lagi bila dilihat Shahrul hanya mendiamkan diri.
“Danielle free ker esok?” Shahrul mula mencari alasan lain untuk membolehkan hanya mereka berdua bersama esok.
“Kalau untuk kekasih dia yang tersayang ni, bila-bila masa aja dia free,” balas Mirsya.
Sebenarnya Mirsya sendiri pun tidak pasti samada Danielle free atau tidak esok. Tapi dia amat berharap agar Danielle dapat pergi bersama kerana dia sebenarnya malu untuk keluar berduaan dengan Shahrul. Pandangan mata Shahrul cukup membuatkan hatinya berdebar dan tiap malam hanya wajah Shahrul menghiasi mimpinya. Dan dia sengaja menggunakan perkataan kekasih untuk melihat reaksi Shahrul. Ternyata wajah Shahrul berubah. Mungkin menyangka dia dan Danielle pasangan kekasih.
Ternyata sebulan berkenalan dengan Shahrul telah menyebabkan dia terpikat pada pemuda dari Malaysia itu. Dan sepanjang perkenalan itu Mirsya masih menyimpan rahsia tentang kejadian di Perth International Airport.


“Shah, kalau Shah nak tahu lokasi Perth ni 2,735km daripada bandar lain di Australia ni dan mempunyai populasi penduduk 1, 300, 000 orang,” terang Danielle ketika kami membawa Shahrul berjalan-jalan di sekitar Swan River.
“Wow, ramai juga penduduk di sini yer,”
“Dan yang paling penting penduduk di sini sedari kecil diajar tentang kebersihan. Sebab tu kat sini nak jumpa sampah pun agak susah,” beritahu Mirsya pula.
“Patutlah hari tu dalam kelas Shah makan gula-gula dan Shah selitkan pembalutnya di celah kerusi, tapi ada seorang tu dia nampak dan marah Shah. Dia suruh Shah simpan pembalut tu dan buang di rumah,” jelas Shahrul tentang kejadian pada minggu pertama dia mengikuti kelas. Seingatnya hari itu dia menjadi tumpuan pelajar itu dari awal sampai habis kelas. Mungkin takut dia membuang sampah lagi.
“Oh ya selepas ni kita ke Ye Old London Court. It is an arcade with a medieval-London motif,” beritahu Danielle.
“Kedai rupanya. Shah ingatkan nak ajak pergi mahkamah tadi,” dengan selamba Shahrul memberitahu.
“Mahkamah! Amboi Shah, mentang-mentanglah hari ni keluar dengan Yang Arif, fikiran asyik terbayangkan mahkamah aja ker,” usik Mirsya.
“Weh… apa ni main-mainkan nama orang,” sampuk Danielle.
“Ala relakslah Danielle. Reena gurau aja. Don’t be sensitive yer sayang, karang spoil pula rancangan hari ini,” pujuk Mirsya bila Danielle hanya mendiamkan diri.
“Ala bucuk, takkan marah lagi kut. I am sorry, please,” pujuk Mirsya lagi.
“Danielle, jangan la macam tu. Reena minta maaf, Reena tak berniat nak sakitkan hati Danielle. Please forgive me Danielle,” rayu Mirsya lagi.
“Dah, jangan nak nangis kat sini pula. Tahu pun takut, gertak sikit aja terus nak nangis,” balas Danielle.
“Oo... Danielle main-mainkan Reena yer. Ingatkan betul-betul merajuk tadi,” ujar Mirsya sambil mencubit paha Danielle.
“Adoi... sakitlah,” jerit Danielle.
“Itulah balasan untuk orang macam Danielle ni. Suka buat orang susah hati,”
“Ala, buruk-buruk Danielle pun, emak mertua sayang. Bukan macam Mirsya, suka sangat merajuk,”
“Ee... sapa yang nak jadi wife dia,” balas Mirsya tidak mahu mengalah.
“Tak nak jadi wife konon, tapi sapa ntah demam-demam bila orang tinggal di asrama. Setiap malam mengigau nama Danielle. Sampai sanggup ajak papa dan mama ke asrama Danielle semata-mata nak lepaskan rindu. Itu dah ada ciri-ciri nak jadi wife la,” usik Danielle lagi.
“Hish… malas nak layan Danielle, kalau datang penyakit romeo dia, dah tak kira tempat. Jom Shah, kita tinggalkan mat romeo ni bersandiwara sorang-sorang,” ujar Mirsya seraya berlalu meninggalkan Danielle.
“Eh… tunggu la,” jerit Danielle bila dilihat Misya bergerak meninggalkannya.
“Petang ni kita nak bawa Shah ke mana pula?” soal Danielle ketika menyertai mereka.
“Reena ingat nak bawa Shah pergi Underwater World,” ujar Mirsya.
“Underwater World? Akuarium yang ada banyak ikan tu ker?” soal Shahrul.
“Eh, Shah tahu ker! Dah pernah pergi ker?” soal Danielle pula membiarkan pertanyaan Shahrul berlalu sepi.
“Kalau kat sini belum lagi,” jelas Shahrul.
“Habis tu Shah pernah pergi kat mana?” soal Mirsya.
“Yang kat Malaysia punya,” ujar Shahrul berbangga.
“Aikk... Malaysia pun ada juga ker?”
“Emm… kalau Danielle dan Mirsya nak tahu idea penubuhan Underwater World tu datangnya dari bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia terletak di Pulau Langkawi, Kedah,” terang Shahrul panjang lebar.
Dan dia cukup berbangga dengan idea itu walaupun dia bukan orang terpenting dalam perlaksanaan idea itu. Bagi Shahrul, idea itu membuktikan bahawa Malaysia boleh melakukan apa juga yang orang luar buat. Sekurang-kurangnya Malaysia ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada rakyat negara lain.
“Nanti bila kami ke Malaysia, bolehlah Shahrul bawa pergi yer,” ujar Danielle.
“InsyaAllah, kalau ada kelapangan kita pergi sama-sama,” balas Shahrul.
“Oh ya, apa jenis ikan-ikan yang terdapat di Underwater World tu,” soal Shahrul kembali.
“Underwater World tu mempamerkan 2,500 contoh daripada 200 spesies marine, including sharks and stingrays,” jelas Mirsya.
“Nampaknya first time Shah dapat tengok jerung secara real. Mesti bestkan,”
“Kalau nak tahu, kenalah tunggu petang ni,” usik Danielle.

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke