Tinggal seminggu lagi majlis perkahwinan Mirsya dan Danielle, namun tarikh itu tidak sedikit pun mendatangkan kerisauan di hati Mirsya. Dia seolah-olah tidak berminat dengan majlis perkahwinannya. Apa yang ada di fikirannya saat ini hanyalah Shahrul seorang. Hanya Shahrul yang bertakhta di hatinya. Namun bila mengenangkan keadaan Tan Sri Adam sekarang, dia pasrah.
Keadaan Tan Sri Adam semakin teruk. Dari sehari ke sehari kesihatannya semakin merosot. Namun dia cuba menyembunyikan kesakitannya mengenangkan hari pernikahan cucunya semakin hampir. Dia sentiasa berdoa semoga dipanjangkan umur sehingga dapat melihat cucunya bahagia. Baginya, Danielle dan Mirsya merupakan pasangan yang ideal. Kemesraan yang ditunjukkan antara Mirsya dan Danielle membuatkannya menyangka mereka sedang bercinta tanpa diketahui Mirsya sedang menderita.
“Adik, adik seriuskah dengan keputusan yang adik ambil ni? Along tak nak adik merana di kemudian hari. Adik masih ada masa untuk membatalkan pernikahan ini,” ujar Mirwan masih tidak berhenti memujuk Mirsya.
“Along, tolonglah jangan buat adik bertambah keliru. Adik sebenarnya pun tak pasti dengan keputusan yang adik ambil,” ujar Mirsya dengan linangan air mata. Semakin hampir dengan pernikahannya, hanya air mata yang menjadi penemannya.
“Adik tak pasti, habis tu mengapa adik setuju dengan pernikahan ini?” soal Mirwan lagi berharap Mirsya membatalkan keputusannya.
“Along nak adik batalkan? Macam tu?”
“Iyalah, adik kan bercinta dengan Shahrul. Habis kalau adik kahwin dengan Danielle, macamana dengan Shahrul?”
“Along, atuk dah banyak tolong keluarga kita. Tanpa pertolongan dia tak mungkin kita sekeluarga sampai ke tahap ni. Jadi…”
“Jadi, adik nak balas budi atuk. Macam tu.”
“Kalau Along dah anggap macam tu, adik nak buat apa lagi,”
“Tapi kalau nak balas budi pun takkan sampai biar diri sendiri menderita.”
“Along sanggup ke tengok keadaan atuk macam tu. Dia berharap sangat adik jadi cucu menantu dia. Sekarang adik dah tak kisah. Asalkan atuk dan Danielle bahagia, adik rela berkorban,”
“Shah dah tahu?” soal Mirwan masih tidak puas hati.
“Dah!”
“Dia dapat terima?”
“Along agak macamana?”
“Mesti tak dapat terima.”
“Sekarang ni adik call pun dah tak nak angkat. Asyik offkan handset dia aja. Mesej dah berpuluh adik hantar, tapi satu pun tak berbalas. Dia marah betul dengan adik,”
“Sapa yang tak marah adik? Kalau Along tempat dia pun Along buat macam tu juga.”
“Dah la Along, adik malas nak bincang hal ni. Nanti diaorang dengar timbul pula masalah lain.”
“Okey adik, apa-apa pun Along doakan adik bahagia dengan Danielle. Ingat kalau ada masalah cari Along.”
“InsyaAllah!” ujar Mirsya dalam sendu sambil memeluk Mirwan.
“Weh apa ni nangis-nangis? Tu mesti tengah praktis nak peluk Danielle. Hai… dah tak sabar ker?” usik Mirqan yang entah bila muncul.
“Ish Angah ni, ke situ pula. Entah dia tu yang tak sabar nak kahwin,” balas Mirwan.
“Eh apa pula libatkan Angah. Angah masih muda lagi, tak puas enjoy lagi,”
“Along, Angah, buat apa tu? Tolong papa kejap,”
“Alamak! Buat kerja lagi. Ni semua adik punya pasal la. Dia nak kahwin, kita pula yang kena buat kerja,” bebel Mirqan lagi.
“Angah!” cubit Mirsya bila Mirqan asyik berleter.
…………………
“Shah, mari makan nak. Dah seharian kau berkurung dalam bilik tu. Jom turun, kita makan sekali,” pujuk Puan Asmah.
“Tak apalah ibu. Ibu makanlah dulu. Shah tak lapar lagi.”
“Dari semalam Shah tak makan, takkan tak lapar? Kenapa ni Shah? Shah tak sihat ker?”
“Shah okey ibu.”
“Shah jangan tipu ibu. Shah ada masalahkan. Kalau tidak masakan Shah tak masuk pejabat semalam. Shah, buka pintu ni.”
“Shah okey aja ibu, cuma Shah penat sikit.”
“Shah, sejak kecil ibu jaga Shah. Ibu tahu Shah ada masalah. Cuba beritahu ibu.”
“Emm…”
“Ni mesti kes putus cinta ni? Cakap kat ibu sapa dia yang berani menolak cinta anak ibu.”
“Ala ibu ni tahu-tahu aja yer.”
“Sapa gadis tu? Kenapa tak bawa dia kenalkan pada ibu.”
“Shah kenal dia pun kat oversea. Dia tinggal sana dengan family dia.”
“Siapa nama dia?” sampuk Puan Asmah tidak sabar-sabar.
“Nur Mirsya Izreena. Ala ibu anak Datuk Ikmal Firdaus. Ahli perniagaan Malaysia yang buat business kat Australia tu.”
“Anak Datuk. Wah, kamu ni tinggi juga taste yer.”
“Ala kebetulan ibu. Shah menyewa rumah mereka.”
“Habis tu sekarang ni macamana boleh putus?”
“Menurut email dia, dia terpaksa kahwin dengan cucu Tan Sri ni sebab nak balas budi Dia kata keluarga Tan Sri tu banyak tolong mereka di sana,” jelas Shahrul.
“Sudah la. Bunga bukan sekuntum. Lagipun mereka keluarga berada, tentu nak kahwin kalangan itu juga. Tak payah la kamu fikirkan lagi.”
“Tak ibu. Diaorang bukan jenis tu.”
“Dah tu, kenapa dia nak kahwin juga?”
“Sebenarnya, kita orang bercinta dalam diam. Hanya abang dia aja yang tahu kami bercinta.”
“Mana kita tahu hati orang Shah. Entah-entah memang dia nak kahwin dengan lelaki tu. Kalau tidak masakan dia menyembunyikan percintaan kamu.”
“Tak, Mirsya bukan jenis macam tu. Shah kenal dia.”
“Mana kamu tahu? Lagipun kamu kenal dengan dia baru 2 tahun.”
“Tak ibu. Shah tahu Mirsya pun terseksa. Dari semalam dia call dan message Shah, tapi Shah tak jawab pun.”
“Kenapa kamu tak jawab?”
“Shah sedih ibu. Shah tahu bila Shah jawab panggilan dia Shah akan mengalah. Shah tak tahan bu. Shah takut bila membayangkan kami dah tak ada apa-apa hubungan.”
“Shah, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau dah ditakdirkan Shah akan bersama Mirsya, InsyaAllah ibu pasti walau apa aja halangan kamu akan tetap bersama. Cuma sekarang ni banyakkan berdoa moga-moga jodoh kamu bersama. Tapi, jangan sampai meruntuhkan masjid yang dibina. Berdosa namanya.” Nasihat Puan Asmah panjang lebar.
“InsyaAllah bu!”
“Dah la jangan dilayan perasaan kamu tu. Mari makan.”
“Tak apalah ibu. Ibu pergi la makan dulu. Nanti Shah lapar, Shah turun yer.”
“Ikut kamu la.”
‘Okey, permintaan seterusnya dari Nizam yang berada di Melaka yang memilih lagu dari Fazli Zainal-Harapan. Kepada anda semua walau di mana berada, saya ucapkan selamat mendengar.’
Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...
‘Mirsya, kalaulah semudah itu boleh ku lepaskan kau. Arghh! Susahnya nak hadapi semua ni. Mirsya, apapun yang berlaku, Shah still and always love u. Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi cubaan dan dugaan darimu. Amin.’
‘Trit! Trit!’
1 message received.
Dengan pantas Shah menekan butang view untuk melihat mesej yang dihantar Mirsya.
‘Shah, plz! Jgn buat Mirsya mcm ni.’
Berbekalkan semangat yang diperolehi, Shah nekad membalas mesej Mirsya.
‘Anggaplah antara kita tiada jodoh. Shah doakan Mirsya bahagia.’ Shah terus menekan butang sent dan menghantar mesej itu kepada Mirsya.
‘Knp Shah seolah2 menyerah sblm berjuang?’ balas Mirsya.
‘Mirsya, jgn salahkan Shah sorang. Shah dah penat berjuang demi cinta kita. Dari dulu Shah nak jumpa parents Mirsya, tapi ada aja alasan Mirsya. Skrg Shah minta tlg jgn call atau msg Shah lagi. Lgpun Mirsya bakal isteri org!’
Setelah menghantar mesej itu, Shahrul terus menutup handsetnya. Tak sanggup lagi mendengar rintihan Mirsya. Dia takut tak dapat kawal perasaan. Apa yang dihantarnya tak menggambarkan langsung isi hatinya sekarang. Dia masih ingin berjuang demi cinta mereka. Tiada sedikit pun rasa penat dalam kamus hidupnya.
Namun bila mengenangkan hubungan rahsia mereka, Shah jadi terkilan. Terkilan kerana sampai sekarang tiada siapa yang tahu hubungan mereka melainkan Along saja. Namun Along pun tiada kuasa nak membatalkan pernikahan itu.
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)