“Hai sayang, tengah buat apa tu?” soal Danielle bila dilihat Mirsya sedang bersembang mesra dengan seorang pemuda.
“Tengah tidur cik abang sayang,” seloroh Mirsya.
“Ooo… mentang-mentanglah pak we ada kat sebelah, main-mainkan orang yer,” balas Danielle.
“Maaf wahai tuan putera. Hamba tidak berniat main-mainkan tuan putera, cuma sekadar ingin mengusik. Tuan putera baru turun dari bertapa di mana?” usik Mirsya lagi.
“Ahh… malas nak layan Reena. Sembang dengan papa dan mama lagi baik.”
“Ala Danielle, takkan merajuk kut? Tak rock la macam ni. Sayangku Danielle, Reena minta maaf. Ampun!” dengan selamba Mirsya mengangkat tangan seolah-olah seorang hamba ingin meminta kebenaran dari raja.
“Dah, jangan buat muka macam tu. Buruk tau,” balas Danielle.
“Tengah sembang apa tadi? Rancak nampak,” soal Danielle sekadar berbasa-basi dengan Shahrul.
“Biasa aja. Sembang tentang keadaan kat sini,” balas Shahrul.
“Keadaan kat sini? Kenapa?” soal Danielle lagi.
“Oppss… kesian kat cik abang sebelah ni. Lupa pula nak kenalkan dia. Actually Danielle, ini penyewa rumah kita yang terbaru. And Reena rasa biar dia aja yang beritahu tentang dirinya. Dipersilakan…” balas Mirsya.
“Hai, saya Shahrul Affendi and just call me Shah,” beritahu Shahrul sambil berjabat tangan dengan Danielle.
“Saya Muhammad Danielle Ariff. Boleh panggil Danielle atau Ariff.”
“Kalau Shah nak tahu, dia ni merupakan Yang Arif di salah satu mahkamah kat sini. Sebab tu dia suruh Shah panggil dia Ariff,” usik Mirsya.
“Reena! Kalau dalam seminit tu tak kacau orang boleh tak?” balas Danielle.
“Shah, jangan dengar cakap dia ni. Kalau Shah nak tahu dia ni, daripada 10 patah perkataan yang dicakapnya, tak ada satu pun yang betul,” Danielle pula mengusik Mirsya.
“Weh… kenakan orang balik yer. Tak apa. Ada hari kita balas balik,” ujar Mirsya seraya berlalu dari tempat itu.
“Ai… takkan merajuk kut! Tadi cakap tak rock kalau merajuk, sekarang ni dia pula yang merajuk,” usik Danielle pula bila dilihat Mirsya bingkas bangun dari situ.
“Sapa yang merajuk, tak ada masa nak merajuk sebab Danielle.”
“Habis tu, kenapa dah nak masuk rumah. Meh la join kita orang berbual sekali,” ajak Danielle.
“Waste my time. Baca novel pun ada manfaatnya,” balas Mirsya.
“Oo… waste your time? Selama ni sapa yang jadi teman berbual awak bila tak ada sesiapa kat rumah,” ujar Danielle.
“Tu nak mengungkit balik la tu. Jadi selama ni tak ikhlas la yer,”
“Bukan nak mengungkit, cuma nak mengingatkan tuan puteri aja,” balas Danielle.
“Reena, dah terlanjur masuk tu, boleh tak tolong buatkan air untuk kami. Dah haus tekak ni,” pinta Danielle.
“Sapa yang nak minum, dialah yang buat,” balas Mirsya.
“Ala, please,” rayu Danielle.
“Yerlah, tapi air paip ajalah yer.”
“Sampai hati nak bagi kami minum air paip aja.”
“Ni nak ker tak nak?” soal Mirsya.
“Bolehla. Air paip pun air paip la, janji hilang dahaga. Tapi letakkan ais kiub sekali yer,”
“Weh… banyak songeh sungguh,” ujar Mirsya seraya berlalu masuk ke dalam rumah.
“Shah ni dari Malaysia ker?” soal Danielle setelah Mirsya beredar.
“Iya, macamana Danielle boleh tahu,”
“Dari tadi saya tengok Shah dengan Mirsya cakap dalam bahasa Melayu, itulah agak dari Malaysia. Lagipun rupa Shah macam orang Asia,” terang Danielle.
“Ada-ada aja Danielle ni.”
“Oh ya, Danielle tinggal di mana?” Shahrul mula menyoal bila dilihat Danielle mendiamkan diri.
“Saya tinggal di simpang jalan tu. Senang-senang tu datanglah rumah. Boleh kita berbual panjang,” ajak Danielle.
“Danielle dengan Mirsya ni couple ker?” soal Shahrul lagi. Entah macamana soalan yang sejak tadi tersemat di otaknya boleh terlepas keluar begitu saja.
“Amboi Shah, banyaknya soalan. Dah tu soalan cepu emas pula. Wartawan majalah mana ni,” seloroh Danielle.
“Ala Danielle, Shah ni memang macam tu. First time Reena kenal dia pun kena soal lagi teruk macam Reena ni seorang pesalah pula,” usik Mirysa pula sambil membawa minuman untuk mereka berdua.
Serentak dengan itu berderaian ketawa dari Danielle manakala Shahrul sudah merah padam mukanya. Niat di hati ingin mengetahui hubungan istimewa yang terjalin antara Danielle dan Mirsya kerana pandangan pertamanya terhadap Mirsya telah membuatkan jantungnya berdegup kencang. Tapi, niat itu terbantut terus bila Danielle dan Mirsya menyakatnya.
“Danielle, dah la tu. Kesian Reena tengok si Shah ni. Dah merah padam mukanya.”
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)