Tuesday, April 26, 2011

Detik itu makin tiba...sayang!

Sayang...

Hari ini merupakan hari terakhir kita bermesra
Sebenarnya kalau ikutkan kata hatiku
Tak sampai hati nak berjumpamu buat kali terakhir
Tapi apakan daya
Hatiku meronta2 ingin bersamamu sebelum aku pergi.....



Esok tepat pukul 7 pagi, ai akan bertolak ke Shah Alam, Selangor menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja yang patuh pada arahan.

Ai bersama 2 orang kawan akan berkhidmat di sana selama 6 hari bermula esok.

Jadi selama tempoh itu, ai tak sempatlah nak menjenguk blog kesayangan nie dan meninjau2 belog kengkawan yang lain.

Tapi pada mana2 blogger area KL atau Shah Alam yang ada sifat baik hati, nanti boleh lah belanja ai kat sana nanti sebagai menyambut ketibaan ai di sana hihi.....

Okeylah tak leh melalut panjang sangat sebab tengah sedih nak tinggalkan SAYANG!

Jumpa lagi u olsss semua bulan depan..Byeeeeee






p/s : Sayang yang dimaksudkan ialah blog kesayangan nie laaaa hihi....

Monday, April 25, 2011

Sabarlah sayang

Sayang...
Sehari tanpamu ku rasa seperti kekosongan...
Terasa diriku seolah2 tidak lengkap tanpamu sayang..
Setiap hari kau ku belai
Dengan sepenuh kasih sayang aku curahkan padamu
Kerna hanya kau yang sentiasa berada di sisiku
Hanya kau sayang setia menemaniku 
Di kala aku gembira mahu pun sedih
Kau tetap menjadi pendengar setia
Menjadi tempat ku luahkan perasaan

Namun,

Hubungan kita terpaksa dipisahkan
Untuk sementara waktu


Perpisahan kita tanpa rela
Apakan daya
Bukan kerna orang ketiga
Tapi demi tuntutan tugasku
Terpaksa aku turutkan 
Kerna aku hanyalah insan biasa
Yang selalu menurut perintah

Bersabarlah sayang untuk seketika
Apabila tugasku sudah selesai
Kita pasti bertemu kembali
Menjalin kembali bunga2 cinta
Bermesra dan bermanja 
Seperti hanya kau dan aku sahaja di dunia

Sampai waktu dan ketika 
Kita bersatu kembali
Menjadi seperti selalu
Oleh itu bersabarlah sayang
Walaupun kita akan berjauhan
Namun sayang tetap di hatiku






p/s : luahan hati sepenuh rasa secukup garam lahir dari diri sendiri secara spontan

p/s/s : sedang menghitung waktu menanti detik perpisahan itu sob..sob..

Duit oh Duit

Qoute di bawah nie ai buat masa nak join Small Contest | Duit oh Duit tapi rupa2nya dah tamat tempoh peraduan dia.. Jadi dah kebetulan ai nak citer bersangkut paut dengan duit, maka ai paparkan kembali qoute itu di entri ai nie..


Duit oh duit...
Dengan duit macam2 boleh dibeli!
Dengan duit tergadai bodi!
Dengan duit saudara dimusuhi!
Dengan duit manusia hilang diri!

Duit oh duit...
Kau memang berhantu!
Sekejap kau menyenangkan!
Sekejap lagi kau menyusahkan!
Oh duit!!!






masa dok cari image duit kat google, terjumpa picture nie ...banyak duit bro eyriqazz pegang yerrr..opsss lupa 4 angka tengah dalam genggaman dia...hikhik



Kenapa dunia sekarang nie semakin mengagungkan duit ya? Orang berduit akan dipandang tinggi kalau boleh setinggi bangunan KLCC kutt..Manakala orang yang tak berapa kaya duit akan dianggap hina!


U olsss ingat lagi entri ai yang ini --> Gara2 15 hengget saja! yang juga cerita pasal duit.


La ni disebabkan duit boleh mengubah karakter seseorang dari lemah lembut ke garang macam singa. Malah sanggup jadi musuh lagi walaupun hanya kerna 1 sen sahaja. Dasyat kan penangan duit dalam hidup manusia zaman sekarang nie.

Sebab duit juga, dalam tempoh yang singkat dua kejadian dah berlaku kat ai. Yang satu macam ai citer sebelum nie lah --> Gara2 15 hengget saja!. Satu lagi bersangkut paut dengan duit jugak tapi lebih kepada kau pangkat tinggi, aku utamakan dulu dari kerani biasa jerrr....

Alkisahnya pasal jurugambar perkahwinan. Niat baik ai nak tolong kawan yang buat part time ambil gambar kawin, akhirnya ai yang terkena. Ai rekemen kat my sis untuk kenduri dia baru2 nie. Kenduri berlangsung bulan dua dan dijanjikan akhir bulan 3 akan siap semuanya.

Tunggu punya tunggu sampai dah nak masuk bulan 5, sekeping gambaq pun tak nampak lagi (dah laa my sis tak buat back up lain, mengharapkan si jurugambaq nie ajer).

Selidik punya selidik, baru lah terbongkar cerita sebenaq. Jurugambaq nie terdiri dari A (bukan nama sebenar - staf sokongan) dan B (jugak bukan nama sebenar - pensyarah).

Bila my sis naik hangin, barulah si A nie bukak cerita kenapa gambaq2 nie masih tak sampai ke tangan my sis.

Rupa2nya si B nie dok sibuk menyiapkan album kawan dia (pensyarah jugak) yang majlisnya sebulan lewat dari majlis my sis. Dua album sekali siap untuk pensyarah tue. Sedangkan yang my sis punya, bukan kata satu album, sekeping gambaq pun tak nampak lagi.

Patutlah bila ai tanya si B nie status gambaq my sis, dia kata dah ai uruskan dengan si A so jangan tanya dia apa2. Kiranya dia tak dak kaitan langsung dengan ai. 

Adehhh bengang jugak lah dengar. Tapi sebab ai malas nak panjangkan kisah lepas si B jawab macam tue, maka ai diamkan aja. 

Tak sangka sungguh, ada orang pandang sampai macam tue sekali dekat orang yang gheja biasa aja. Nie lah jadinya bila hidup bertongkatkan DUIT semata2...





Sunday, April 24, 2011

Selamat Hari Lahir Abah...

Hari ini 24 April 2011 merupakan hari lahir abah ai...



(ai dengan abah)




Hari nie sudah genap 64 tahun umur ayah ai. Jadi ai nak ambik kesempatan nie nak ucapkan selamat hari lahir buat abah yang tersayang. Semoga dipanjangkan umur dalam Islam dan Iman serta murah rezki selalu boleh bawak kami semua buat haji pulak...hihi



p/s : Malam nie kita raikan ramai2 yer...Bersama semua anak menantu dan cucu2.. :)





Thursday, April 21, 2011

Gara2 15 hengget saja!



Bila ada duit, manusia mula lupakan orang bawah. Mulalah menindas orang bawahan. Gara2 15 hengget manusia sanggup bertelagah dan bertengkar.

Semua nie terjadi kat ai dan member opis semalam. Kan kita kat opis keje pangkat biasa2 jerr..Jadi wujudlah double-standard antara pensyarah dan staff.

Tengahari kelmarin geng opis buat jamuan sempena pertukaran bos ai yang dinaikkan pangkat. Jadi kita buka lah tawaran pada mana2 pensyarah kot nak join sama dengan bayaran rm15 sahaja seorang.

Lepas tue adalah satu kumpulan pensyarah (dalam 5 orang) bagitahu nak ikut sama ke jamuan tue dan dia bayar guna duit unit lah.

Jadi sehari sebelum tue ai call pensyarah2 nie nak maklumkan pasal waktu nak bertolak. Mula2 dia kata okey tapi kemudian dia call ai bagitahu ahli2 kumpulan dia tak boleh pergi cuma 1 orang saja boleh. Ai tanya duit yang dah bayar macam mana (kut dia niat nak sedekah)? Dia kata kalau boleh nak ambik balik lah.


Ai pun bagitahu laa AJK Jamuan nie pasal dia nak duit balik tapi member ai bagitahu duit semua dah bank-in ke tokey kedai tue. Yerlah dah esoknya tue majlis dah kan.


Ai call la semula pensyarah tue cakapa macam apa yang member ai bagitahu. Dia kata pulak, kalau macam tue esok dia cuba jugak lah nak join (walaupun tadi beria2 cakap macam2 alasan tapi sebab duit tak dapat balik, dia nak jugak lah ikut sama).


Ingatkan lepas tue semua dah selesai lah dah dia pun kata nak join pulakkan.


Tup2 pagi kelmarin, dia call ai marah2. Sebab dia kena marah dengan big bos. Dia kata geng pejabat nak memburukkan nama dia sebab nak duit 15 hengget balik. Yerlah benda dah betul sebab big bos ai tanya member ai sapa yang pergi dan sapa yang tak pergi. Dia kata semalam kan dia dah cakap kalau tak dapat duit, dia sedekah saja. Ai malas nak bertekak lalu iyakan ajer lah. Pastue dia kata nak ai jadi SAKSI nanti depan big bos.


Lepas abis cakap fon, ai terpikir balik perbualan ai dengan dia semalam. Masa ai tanya pasal duit yang dia dah bayaq, tak der pulak dia sebut nak sedekahkan saja. Dia cuma kata kalau boleh nak duit balik dan kalau tak boleh dia akan pergi ke jamuan tue. Sikit pun tak der keluar ayat 'SEDEKAH' sampai ke penamat perbualan semalam tue.

Mungkin dia malu kena tegur dengan big bos kut jadi dia cover buat ayat lain. Geram jugak ai dengar sebab kalau boleh ulang semula perbualan semalam, tentu ai dah rakam setiap patah perkataan yang keluaq dari mulut dia.

Yang paling tak sedap dengar tue, masa dia tengah marah dia ada keluaq ayat terakhir macam nie...

'Kalau nak sangat duit, akak boleh ambil lempaq jerrr depan kamu semua'

Haishhh kak, ingat kami orang pejabat nie lekeh sangat ker? Kami pun tak kemaruk lah duit2 pensyarah yang rasa gaji lebih tinggi dari staff dah la satu sen pun berkira.

Bila dia tengok ai tak der respon apa pun, dia sambung marah kat member opis ai pulak. Siap ugut suruh member ai pergi bersihkan nama dia depan big bos.

Disebabkan malas nak panjangkan isu 15 hengget, maka kami berdua pergilah mengadap big bos cerita keadaan sebenar. Dan big bos ai kata dia memang marah sangat sebab tue dia cakap macam tue dekat pensyarah2 berkaitan. Big bos ai kata lepas nie apa2 aktiviti tak payah libatkan orang yang berjawatan tinggi nie. Payah sangat, dah la berkira sungguh.




p/s : Rupanya orang yang berjawatan tinggi nie kadang2 kurang cerdik jugak ekk?















Wednesday, April 20, 2011

Kekejangan Otot a.k.a Tarik Mengkarung

Ini cerita yang terjadi kat ai pagi2 tadi.

Tengah2 sedap tido lebih kurang pukul 5.30 pagi, ai nak luruskan kaki tetiba adehhh kena tarik mengkarung pulak. Ya Allah masa tue rasa sakit sangat sampai nak gerak kaki apa pun tak boleh. Kaki tue kiranya tak boleh ubah dah lah kedudukan dia. 

Lepas tue mai keja dalam keadaan kaki terhencut2 lah tapi masih lagi ada hati nak pakai kasut tumit tinggi yang tak der lah tinggi mana pun setakat 2 inci jer.

Ai cuba search dalam google pasal Tarik Mengkarung nie tapi hehe tue bahasa Kedah kan jadi carian agak terhad lah. Rupa2nya dalam bahasa saintifik dia dipanggil Kekejangan Otot (Muscle Cramps). Patutlah tak der maklumat sangat pasai tarik mengkarung.

Jadi kat sini ai nak kongsi2 sket dengan u olsss semua pasal Kekejangan Otot a.k.a Tarik Mengkarung nie.


KEJANG OTOT
 
Pada amnya, apabila kejang otot berlaku, anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang atau ketika datang haid. 


Penyebab kejang otot
  • Kelesuan otot
  • Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup
  • Kehilangan cecair badan yang banyak
  • Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit
  • Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit diabetes atau masalah tiroid menyebabkan kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.
  • Mengandung

Pencegahan kejang otot
  • Lebihkan meminum air dan cecair lain
  • Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.
  • Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.
  • Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutamanya sebelum tidur.



(sumber daripada : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitK/KecederaanSukan.php)

'Nak kurus ingat joegrimjow'

Alkisahnya pagi tadi masa ai dok scroll kat bloglist ai, ternampaklah ada entri best dari Joegrimjow maka tanpa membuang waktu yang ada dan tanpa memandang ke belakang ai trosss klik untuk ke belog

Masa dok syok ushar gambaq2  Joegrimjow dalam entri sempena besday kurus yang ke 23, ai terpandang satu link entri kurus. Ehh bukan entri tue bentuk kurus tau, tapi entri bertajuk, 'Nak kurus Ingat Joegrimjow'
 
Lalu tidak berlengah2 lagi (sebab waktu dah makin singkat), ai klik laa entri yang kurus macam Joegrimjow sekarang nie. 

Ai kalau bab2 kurus nie cepat sungguh nak klik. Maklumlah tengah bersemangat nak kurus macam Joegrimjow. Lagipun kan ai pernah bawak keluar entri sapa ada petua nak kurus? baru2 nie. Sebab tue pantang nampak ayat kurus, trosss berkobar2 semangat macam Joegrimjow suatu ketika dulu hehe (tak percaya cakap ai silalah terjah ke belog Joegrimjow tengok gambaq2 dia dulu dan sekarang). Waa cakap lu, dulu Joegrimjow kurus tapi sekarang nie lagi kurus.

Yeahhh nampaknya ai dah melalut panjang pulak. Sori Bro Joegrimjow ekk.. Ampun pak.. Saya nak kurus, nak kurus dan nak kuruss sebab semua baju lawa2 dan cantik serta kiut miut tak muat nak pakai dah. Asal cuba jerr mesti tak berjaya (slogan cuba jaya dah tak boleh guna kat ai dah la nie..huhu).

Okehhh pada sesapa yang nak kurus, silalah tanpa segan silu ke belog Joegrimjow sebelum jam 11 malam tau sebab sesapa hantaq selepas 11 malam, confirm tak kan kurus dah hehe...



p/s : Joegrimjow oh Joegrimjow, tukarkanlah daku menjadi kurus secepat mungkin..Plinggg!

Alhamdulillah dah sembuh pun

U olsss ingat lagi tak entri ai sebelum nie pasal Demam Tarik di Kalangan Kanak-Kanak?

Kan ai ader cerita anak buah ai dimasukkan ke wad. Jadi kali nie ai nak kongsi sket cerita kejadian berkenaan dengan u olsss. Semoga jadi panduan buat ibu bapa yang ada anak kecik nie.





Malam sebelum kejadian tue, badan si kecik nie dah panas2 sket petanda nak demam lah. Maka keesokannya tue hubby kak ai minta cuti untuk jaga si kecik nie.

Masa dalam perjalanan nak hantar kakak ai ke tempat kerja tue, si kecik nie nak duduk kat seat belakang sorang2. Tapi masa tue kak ai dok tengok belakang lah selalu sambil main2 dengan dia. Tetiba aja, si kecik nie diam tak bersuara apa pun. Depa dua nie dah panik dah.

Kak ai nie trosss pergi jenguk anak dia kat belakang tue. Tengok si kecik nie dah tak bermaya sambil ada air liur keluar sikit. Maka bergegaslah hubby kak ai nie pecut kereta ke hospital.

Kebetulan kak ai pun kerja hospital, maka dia bawak trosss ke zon merah di unit kecemasan. Masa tue doktor semua pakat berkumpul kat budak kecik nie lagi lah kak ai dan hubby dia rasa takut. Pada masa yang sama pulak, ada sorang budak Cina baru saja meninggal kerna demam panas lagilah perasaan takut tue menebal.

Akhirnya tindakan pantas kak ai bawak ke hospital dan kecekapan doktor2 semua, si kecik nie beri tindak balas walaupun keadaan dia masih lemah. Syukur sangat2.





Doktor tue ada bagi petua kalau budak nie ada air liur keluar masa tue, cuba bagi dia meniarap dan biarkan keluar semua sampai habis. Ini kira tindakan awallah kalau tak sempat ke hospital lagi.

Sekarang nie we olsss sekeluarga bersyukur sangat2 lah demam dia dah okey. Tak tahu lah apa jadi kalau dia ditempatkan di rumah pengasuh masa tue. Minta dijauhkanlah dari benda2 tak elok.

Tuesday, April 19, 2011

Sesi Berkaraoke

Hujung minggu baru2 nie ai dengan sorang nie pergilah menghabiskan masa yang terluang di pusat karaoke (macam banyak masa sangat kan)...

Kat bawah nie bukan gambar we olsss tau hehe...Ini cuma sekadar hiasan nak bagitahu we olsss pi karaoke jerr...





Kawan ai nie tempah  bilik tue 1 jam jugak la... Lama u 1 jam tue nak menyanyi macam2 lagu..Disebabkan we olsss berdua nie orang Malaysia maka pilihan lagu2 pun lagu2 orang kita jer laa. Pilih lagu2 banyak 80an jer sebab nie kira lagu feveret we olsss laa..


Antara yang jadi pilihan dari kumplan LAKSAMANA, SPRING, AIZAT dan erkkk sapa lagi tahh lupa dah laa...Dah dapat mikrofon trosss lupa nama penyanyi tue. Nak amik gambaq pun boleh terlupa. Adehhh dah keluar dari situ baru teringat nak snap pic.




So far, pusat karaoke nie okeylah sebab dia ada tempat makan sekali cuma lokasi dia agak kurang strategik laa. Betul2 sebelah jalan besar. Jenuh nak cari parking tau...

Sesampai jerrr kat situ dah dengar suara orang punya la kuat dia menyayi walaupun pintu bilik tertutup. Dan disebabkan bilik agak privasi maka ai belasah jerrr nyanyi walaupun pitching dia lari hikhik Ala bukan sapa tau pun kan.

Sebelum nie rasa macam senang jerr nyanyi. Buka mulut ikut lirik dia dan nyanyi jer. Tapi bila dah alami sendiri, wahhh susah jugak ekk.. Walaupun kebanyakan lirik lagu dah biasa, tapi bila mula karaoke tue trosss lari tempo.. Camner lah penyanyi2 dok nyanyi noo bila buat konsert. Boleh sama pulak rentakkan. Maksudnya ai memang tak dak bakat nak jadi penyanyi lah walaupun sora boleh dikatakan sedap. Hikhik




p/s : Dok cari2 gak lagu Hanya Padamu tue tapi tak der pulak dalam senarai lagu2 tue..Keciwa banget laaa

p/s/s : nyanyi sorang2 dalam toilet lah lepas nie...

Contest - MrJocko give away gifts

Salam semua.

Pagi2 tadi masa terjah belog GTO ai ternampak satu entri pasal GA (lama dah tak join GA hehe...). Ingatkan Bro Eyriqazz yang buat, rupanya dia tolong promote untuk MrJocko.

Tak kisahlah kan sapa yang anjurkan yang penting hadiah MrJocko kasi very2 da marvelles laa. Barang2 yang tak boleh didapati di Malaysia tau.

Jom kita cuci mata tengok hadiah2 yang ditawarkan. Tapi sebelum tue kalau u olsss nak join, klik sini yerrr!



Hadiah Pertama - One (1) Cap from Korea

(Pemenang akan pilih sendiri SATU sajer antara caps di bawah - korang boleh pilih )



Hadiah Kedua - Satu Mug


Hadiah Ketiga - 1 Kaola Bear dan 1 Keychain dari Australia



Hadiah Keempat - 1 Fridge Magnet dari Cameron Highlands

6 Hadiah Saguhati - Keychain Cameron Highlands setiap satu

Hadiah MISTERI

One (1) T-Shirt - BALI Shirt or GOLD COAST shirt or KOREA Shirt


Haaa camner u olsss? Very2 da marveles kan hadiah MrJocko kasi kan. Syarat2 nak join amat mudah jerr. U olsss hanya perlu komen apa yang suka dan tak suka pasal MrJocko, Jocko Journey Blog, nie...Senang jerr kan?


Ini yang ai suka pasal belog MrJocko nie... best tengok perancangan MrJocko untuk sepanjang tahun punyerr..



Apa yang tak suka pasal belog MrJocko nie cuma satu benda jerrr...Widget terlalu banyak di kiri kanan.




p/s : okey kot camtue MrJocko hehe...ai tak pandai nak puji2 segala laaa hihi... ;)



BOSAN TANPA INTERNET? KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

Monday, April 18, 2011

Kenapa dengan UNGU???

Entri nie tak der kena mengena dengan kumpulan dari Indon tue ekk..nie bukan cerita pasal Pasha UNGU ker atau lagu2 dari grup UNGU kerrr.....(amaran awal nie hihi...)






Ini cerita pasal warna UNGU. Tapi bukan ai nak buat kajian pasal warna UNGU nie sebab dah bagi koordinat warna UNGU macam gambar di atas tue kan. Gambar tue hanya sebagai hiasan jerrr tau u olsss.


Cerita sebenarnya ialah ai nak tanya u olsss apakah menjadi suatu kesalahan bagi seorang perempuan untuk memakai pakaian yang berwarna UNGU..Yeahhh apa2 saja baju yang berwarna UNGU!


Sebab ai dok perasan 3 ke 4 kali dah bila ai pakai baju warna UNGU mesti ada komen2 liar yang keluar. Ini yang nak tanya dengan u olsss semua kenapa warna UNGU nie tak boleh dipakai kerrr untuk ke opis? Hairan jugak lah sebab bila pakai warna lain tak der la pulak respon dari orang2 sebegini.


Bila ai search kat google pasal 'kaitan warna ungu dalam kehidupan' pun tak der cerita apa2 pasal tajuk tue..Nie yang buat ai berada dalam keadaan konfius dan keliru sangat2...Yang kat bawah nie jerr la maklumat yang ai dapat pasal warna UNGU.









p/s : Wahhh nampaknya tak boleh beli baju kale UNGU dah laaa lepas nie kalau komen2 liar tue masih ada..Hakhak apa salah UNGU? Kesian dengan UNGU kan!!! UNGU oh UNGU.




Petua Nak Kurus.. Ada?

Selamat pagi u olsss semua...


Pagi2 nie nak minta tolong u olsss semua skettt yeaa..


(salah baju yang besar kerrr @ tuan dia ekk?)


Sesapa ada petua nak kuruskan badan tanpa perlu bersusah payah berdiet atau bersenam (boleh kaaa kuruih tanpa senaman ekk..hehe)


Nie semua gara2 bila nak beli baju yang comey dan berkenan di hati, terpaksa dipendamkan hasrat hati...Asal cuba jerrr mesti sangkut, bila sangkut jerr mesti tengah cuba... :(


Tue yang nak minta tolong u olsss semua kot2 ada petua orang lama2 kerrr? Tapi tanak laa makan ubat diet tue..Tak suka tak suka tak suka..Tak mau jadi macam pic di bawah nie..huhu



(teddy bear yang dah lama tak jumpa..huhu)




p/s : kena bersaing dengan kak deeya nie, tak boleh biar dia sorang jerrr kuruih hehe



KLIK untuk ketahui apa BERRY anda? BERRIER!

Sunday, April 17, 2011

Hanya Padamu






Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka


Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nur bisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku

Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nur bisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati

Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci...........



p/s : Hanya untukmu... ;)

Thursday, April 14, 2011

Demam Tarik di Kalangan Kanak-kanak

Pagi tadi ai dapat sms dari emak ai bagitahu anak buah ai dimasukkan ke wad.

Terkejut jugak lah ai bila baca sms tue dan trosss hello mak nak tanya perkembangan si kecik tue...


(inilah budak tecik yang suka bikin semua orang gelak ketawa)


Mak ai kata semalam demam dia panas sangat sampai 39 °C sebab tue kena masuk wad. Tambahan dia hampir terkena tarik (sawan) maka kak ai bergegas bawak dia ke hospital.

Jadi tadi sempatlah ai carik kat google maklumat berkenaan demam tarik (sawan) nie.

Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.

Insiden
  • Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
  • Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
  • Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
  • Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah. 
Mencegah demam sawan
Mengawal demam
  • Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
  • Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
  • Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.
Pencegahan sawan dari berulang
  • Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
  • Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.
  

(sumber daripada : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/DEMAMSAWANKanak_kanak.php)


Kepada u olsss di luar sana yang ada anak kecik nie, silalah ambil langkah pencegahan awal sebelum demam tue melarat tambahan sekarang nie musim panas. Kita yang besaq nie pun tak tahan panas apatah lagi budak tecik kan.

Yeaahhh akhirnya berjaya ditegur Eyriqazz

Rentetan entri Saya Mahu Ditegur Eyriqazz yang ai buat petang kelmarin...

Akhirnya Bro Eyriqazz dengan berbesar hati telah sudi menjejakkan diri ke belog buruk ai nie...

Okehhh meh laaa kita tengok sama2 apa yang Bro Eyriqazz dah komen kat ai nie.






Wahhh banyakkan ai nak kena ubah suai balik hihi selama nie berbelog syok sendiri rupanya.. Sekali haaa kena tegur dengan taiko trosss..

Apa2 terima kasih banyak2 Bro Eyriqazz untuk komen2 itu. Ai hargainya segala pandangan dan komen yang Bro Eyriqazz bagi. InsyaAllah tak pernah amik hati pun sebab segala teguran itu diterima dengan hati terbuka dan dikira dari sudut pandangan positif... Thanks thanks and thanks...


Pasal komen2 bro tue insyaAllah akan ai perbaiki dari semasa ke semasa...Jadi ai nak reply balik apa yang bro dah komen.


1. akan berpikir2 pasal penukaran nama blog tue...

2. header hasil je jai tapi kalau bro komen pun saya rasa dia tak marah..kan setiap orang pandangan berbeza..

3. saya tgh mencari template yang sesuai skrg nie..any cdgn template?

4. font kecik ekk? hihi tuan belog perasan sendiri rasa dah okey...

5. banyak widget ekk? urmm okey akan dikurangkan...

6. mulanya ada 2 entri di satu page tapi sebab semalam tgh2 dok try test template baru, blackout tross tak sempat tukar balik

7. gambar? ermmm banyak cedok google hihi bab tue kecik jerrr

8. 'wow' factor tak der ekk? insyaAllah akan cuba yang terbaek untuk 'wow' factor kan blog

Wednesday, April 13, 2011

Kahwin? Nak Lahhh...

Ai buat entri nie gara2 terpengaruh dengan entri kawan ai erin tue yang bertajuk Siapa Cakap Tak Mahu Kahwin??

Tapi bukan ai terpengaruh dah nak kahwin macam dalam entri Penangan Orang Nak Kahwin tue tau... ;)

Cuma ai terpanggil nak berkongsi karenah manusia pasal isu kahwin nie...




Setiap manusia baik lelaki mahu pun perempuan pasti berkeinginan melayari hidup berumah tangga sebab itu satu perkara yang normal dalam kitaran hidup seseorang insan bergelar manusia. Macam ayat kat bawah nie yang ai amik dari iluvislam.com...




Cuma apa yang ai tak faham tue dengan sifat dan karenah manusia di sekeliling. Bagi yang dah pernah mengalaminya pasti tahu kan soalan2 popular yang keluar jika bertembung.

'Bila nak kahwin?', 'Memilih sangat kut?', 'Menunggu putera/puteri kayangan ker?'

Itu kira soalan feveret lah yang selalu akan disoal.

Ada orang yang bernasib baik, jodoh dia sampai awal dan ada juga yang jodoh dia tiba ketika di usia tua. Jadi kita sebagai umat Islam hendaklah percaya kepada Qada dan Qadar yang ditentukan Allah s.w.t.

Lepas tue bila dah kahwin, akan keluar lah pulak persoalan 'bila nak dapat anak?', 'masih dalam mood honeymoon ker?' ...

Kadang2 kesian tengok orang2 macam nie kena soal. Yer lah sapa tak mahu hidup sempurna, ada keluarga ada anak2 tapi semuanya di tangan Allah s.w.t...Ada sebab tertentu kenapa Dia menetapkan apa kita alami sebegitu.


Bagi ai, sekarang nie senang ajer pegang satu prinsip ajerr... Jodoh pertemuan, ajal maut semua terletak di tangan Allah sebab kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan segalanya


Yang penting angkat tangan dengan penuh rendah diri berdoalah pada Allah s.w.t semoga apa yang dihajati tercapai. 





"Saya Mahu Ditegur Eyriqazz"


(klik pic untuk join yerrr)






Kenapa saya mahu ditegur?

1. Saya mahu ditegur Eyriqazz sebab dia tok guru saya dalam berblog. Mengikut hukum karma, seorang anak murid yang nak berjaya mesti kena dengar teguran tok guru dia.


2.  Saya  mahu ditegur Eyriqazz sebab semakin saya berbelog semakin ternampak kelemahan tapi saya sendiri tak tahu kat mana. Jadi saya rasa Eyriqazz sebagai orang lama dan berpengalaman pasti tahu apa kelemahan dan kekurangan yang ada dalam belog saya.


3.   Saya mahu ditegur Eyriqazz sebab saya nak jadi macam belog dia.. Dari belog cap ikan ayam goreng trosss jadi belog superb kababoom...


4.   Saya mahu ditegur Eyriqazz sebab saya banyak 'curik' ilmu yang dia salurkan kat belog dia. Jadi saya nak minta Eyriqazz tengok2kan apakah ilmu yang dia perturunkan tue berjaya saya cedok sepenuhnya atau tak?


     Akhir sekali saya mahu ditegur Eyriqazz sebab dah Like kan Entry "7 Interesting Places to Visit in Selangor" dan " The Friendship dan Will Live Forever" ...(ini gurau2 jerrr yerr...)

Kita hanya merancang tapi Allah penentu segalanya

Ingat tak entri ai minggu lepas bertajuk Salam Takziah Buat Pak Su.....


Sebenarnya hari ini bukan nak cerita pasal benda sedih tue cuma tarikh hari ini, lapan belas tahun yang lalu anak sulung dia dilahirkan.

Sepatutnya ikut perancangan arwah, hari ini dia bercadang nak adakan sambutan hari lahirnya. Yerlah pertama kali memegang duit sendiri ketika bekerja sementara menunggu keputusan SPM diumumkan.






Tapi apakan daya. Segala perancangan yang pernah diusulkan arwah dulu hanya tinggal kenangan buat keluarganya sahaja.

Kita hanya merancang kan, Allah jua yang menentukan segalanya sebab ajal maut dan jodoh semua di tangan Dia.

Hari ini dah genap 8 hari arwah pergi meninggalkan segala2nya yang disayangi. Mudah2an rohnya aman di sana. Amin...




Tuesday, April 12, 2011

Awak tak layak jadi cikgu lah!!!

Awak tak layak jadi cikgu lah!!! Tengok gaya pun dah tahu...

Haaa sapa yang tak layak jadi cikgu nie??



Ermmm sebenarnya kata2 ini ada sorang pak cik tujukan untuk ai...

Dia kata 'aku tengok gaya hang pun tau aihhh, tak dak ciri2 pendidik laa..Pendek kata memang tak layak laaa'

Terkedu ai sebentar bila dengar ayat spontan yang keluar dari mulut dia..

Siapa dia ekkk nak tentukan seseorang tue layak ker tak jadi cikgu? Tahulah mak cik dia seorang cikgu tapi jangan sampai judge orang macam tue...

Nasib baik lah kau kata kat orang yang malas nak membalas, kalau orang lain gamaknya dah berperang laa...

Agak2 u olsss apa kriteria untuk jadi cikgu ekk?? Bagi ai, sebab member ai kata macam tue kerna dia membandingkan kerjaya seorang pendidik dengan model kut... Yer lah mak cik dia yang jadi cikgu tue ada ciri2 macam model....Ermmm kalau kriteria macam tue memang ai tak layak jadi cikgu laaa seperti yang dia katakan....





Ehh orang Kenya pun baca belog ?



Tadi pagi masa buka belog cik Nuffnang tengok satu pergerakan warna yang agak menarik...kombinasi 3 warna yang cantik yang mewakili 3 negara berbeza....




Owhhh baru ai tahu orang dari KENYA pun baca belog jugak ekkk...Tapi faham kerr dia belog yang berbahasa Melayu nie...Mungkin orang Malaysia kutt noo yang tinggal di Kenya..

Apa2 pun jutaan terima kasih yerr buat yang sudi membaca di belog ai.... Tak kira dari Malaysia atau United States atau pun Kenya. Thanks thanks and thanksss yaaa... ;)









Penangan orang nak kahwin

(gambar sekadar hiasan - sumber google)


Ini cerita pasal bos kat opis kat ai (kalau dia baca, kena laaa i hehe..)

Alkisahnya dia sebelum hati dimiliki sapa2 jenis yang moody sket laaa...Kalau dia tak der mood, janganlah sesapa memandai nak tanya apa2 kat dia. Kalau dia jawab dalam nada serius, tapi u push dia memang u kena sembur laaa dengan dia...

Tapi selepas bos besaq umum dia nak kahwin, ai tengok dia dah lain. Yang paling utama dia dah pandai gelak2 dan senyum...Yang part tak boleh blah tue dulu bila sebut isu KAHWIN dia akan melenting tapi la nie senyum sampai ke telinga jerr..hihi

Rupanya penangan orang nak kahwin nie dasyat yerrr.. Boleh mengubah karakter orang dari serius kepada ceria... Ermmm macam tue kaa ekkk karenah orang nak kahwin?? Kak Deeya plisss respon skettt...kihkihkih



p/s : teringat sebelum nie ex opis mate bos ai nie kalau nak bercakap di telefon dengan dia mesti tanya ai dulu mood dia ok ker tak?






Ada Cadangan ke Terengganu?

Salam u olsss...

Ai nak minta tolong u olsss sapa2 blogger kelahiran Terengganu atau pernah pergi Terengganu...



Bukan apa, ai sefamily cadang2nyer nak pergi bercuti di Kuala Terengganu. Jadi nak tanya pendapat u olsss lah tentang tempat2 yang menarik di sekitar Kuala Terengganu dan hotel mana yang best untuk penginapan nanti.




Baru2 nie ai ada tengok cerita 3 hari 2 malam pasal percutian di Pulau Redang tue. Tengok tempat dia menginap best ajer cuma terlupa nama hotel tue...

Kalau u olsss baik hati tolong ai ekkk...Hihi Dah dekat 20 tahun tak pergi Terengganu jadi agak samar2 laa tempat2 yang menarik kat sana. Yang ada di fikiran sekarang nie hanyalah Pantai Batu Buruk..Sesapa ada cadangan jangan malu jangan segan, tinggalkan cadangan anda di ruangan komen yerr..



Semua orang Malaysia kerrr?

Baru2 ni ai dan member2 opis pergi ke Kompleks Bebas Cukai (KBC) di Bukit Kayu Hitam..




Disebabkan urusan rasmi pejabat,  maka we olsss bertolak naik kenderaan kolej (pergi time lunch pukul 1 tau, xder ngelat kerja yerrr..)

Dari opis ai nak ke sana adalah dalam 5 minit jerrr..Tapi sebelum masuk ke dalam KBC tue, semua kena lalu pemeriksaan Imigresen dulu walaupun orang Malaysia sendiri. Prosedur biasa lah kan nak masuk negara orang walaupun masuk sipi2 saja...

Sampai giliran we olsss, ada sorang pegawai Imigresen perempuan nie bertanya laa nak ke mana dan buat apa...

Lepas tue dia macam tak nak bagi masuk lagi. Dia dok jenguk2 dalam van pejabat tue tengok muka setiap orang..Kemudian dengan muka yang garang dan bernada serius dia tanya macam nie...

'Semua nie orang Malaysia kaa?'

Adehhh tepuk dahi masing2. Nak gelak pun terpaksa cover laaa sebab dia tengah serius masa tue..

Alahai cik kak, nampak kan kita orang naik kenderaan pejabat yang ada nama sebuah pejabat kerajaan yang memang seratus peratus hak milik Malaysia lagi mau tanya kaaa?? Tahulah itu tugas awak nak menyoal tapi jangan laaa bangga sangat dengan jawatan sendiri sampai keluar soalan2 yang menampakkan kesombongan dan ketidakcerdikan anda...


Dan selepas tengok we olsss ada yang tersenyum sumbing, maka dengan muka ketat dia trosss lepaskan van kita orang masuk ke dalam..Dalam van kita masing2 tenung muka ada kerr ciri2 orang Thailand kerr Indon kaa yang buat dia tanya macam tue...Hikhik sabor jer laaa kan...





Sape nak menang topup



Sesapa yang nak join giveaway yang Jieda buat klik sini yerrr...


Hadiah yang diberi berupa topup rm10 seorang untuk 2 pemenang bertuah menggunakan random.org


Tarikh tutup peraduan pada 15 April 2011 ini...

Monday, April 11, 2011

"Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com"


Selamat petang u olsss...

Sebelum bertolak balik rumah sempat lagi nak join Small Give Away dari Bro Eyriqazz...

Bro Eyriqazz bermurah hati nak bagi RMXX sekurang2nya kepada 5 orang pemenang namun jumlah RMXX tue bergantung rezeki yang Bro Eyriqazz dapat lah...




Syarat2 yang dikenakan sungguh mudah... U olsss hanya perlu 'like' 2 entri saja.

Jom u olsss kita ramai2 'like' kan 2 tajuk entri di bawah ini iaitu:

Ditipu ker tertipu ?

(Walaupun entri ini ditaip pada 7 Mac 2011 pukul 2:07 petang dan sepatutnya dipublishkan pada hari yang sama tapi ader sesuatu yang buat akhirnya hari ini baru boleh dipaparkan. Jadi ayat di bawah ini adalah hasil sebulan yang lalu cuma tulisan berwarna merah saja ayat yang ai taip hari ini...)


Pagi tadi beria ia kan cerita dapat rezki dari Bro Eyriqazz tapi kali nie nak cerita sadis pulak...Hukhukhuk


Cerita dia macam nie. Tahun lepas masa ai tengah blogwalking tue ada lah ai terjumpa satu blog tue. Okehh ai tunjuk sipi2 jer laaa rupa blog dia..





Dalam belog tue dia tulis macam di bawah ini. Tapi ai tak der laaa eksaited gilerrr nak dapatkan hadiah dari dia..





Ai follow pun sebab suka. Jadi tak kisah sangat pasal ayat di atas tue...


Dok tak berapa lama lepas tue ai dapat email dari tuan punya blog tue minta ai kasi detail ai sebab dia kata ai antara 20 follower dia yang bertuah. So dia nak kasi hadiah laa...


Lepas tue tunggu punya tunggu hari berganti hari bulan dah mula bertukar bulan dan tahun pun dah mula menginjak ke tahun baru TAPI hadiah yang dijanjikan dari dia masih tak sampai2 juga lagi...


Ai pulak jenis malas nak tanya kat empunya blog jadi trosss laa menunggu. Kot dia sibuk kerrr apa ker kan.. Maklumlah dia masih student lagi.


Tapi bila ada seorang blogger nie menaikkan satu entri pasal hadiah kemenangan dia yang tak kunjung tiba, ai pun mula terfikir ehh ai pun alami benda yang sama laa...


Jadi kelmarin ai singgah blog dia dan tinggalkan komen pertanyaan kat dia. Dan sampai ke saat ini, ai masih tak dapat apa2 berita dari dia.


Okeyy lah mungkin bukan rezeki ai, lagi pun ai bukanlah terdesak sangat nak hadiah dari dia cuma saling mengingatkan diri sendiri sama. Kalau dah tak mampu nak bagi hadiah tak payah la tulis macam tue semata2 nak tarik orang untuk jadi follower anda.


InsyaAllah kalau blog anda tue okey, orang akan follow tanpa ada masalah pun. Dan sampai ke hari ini ai setia menjadi follower dia.


Pada hari yang ai sepatutnya publish tue ai dapat mesej kat shoutbox ai macam di bawah ini (maaflah nama dia terpaksa disensored hihi...)



Jadi ai tak jadi lah nak publish...Trosss lah menunggu lagi tapi bila dah masuk sebulan lamanya ai jadi tertanya2...Mahal ker harga pos? Ai dah lama tak pos surat jadi tak tahu harga pos sekarang nie...


Ai buat entri nie pun sebenarnya bukan nak sangat hadiah tue tapi sekurang2nya buat adik tue kalau tak mampu bagitahu jerr...Akak tak marah pun...Yer lah akak faham adik pun masih lagi seorang pelajar. Mungkin harga pos tue terlalu mahal untuk adik...

Lepas nie kalau nak tarik orang follow belog kita pun janganlah guna taktik macam tue.. Kan akak dah kata, kalau belog adik menarik mesti orang follow punya..Pesanan ini pun ai tuju untuk diri sendiri jadi buat semua blogger di luar sana berblog lah secara aman tanpa ada unsur2 penipuan...





Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke