Thursday, April 14, 2011

Demam Tarik di Kalangan Kanak-kanak

Pagi tadi ai dapat sms dari emak ai bagitahu anak buah ai dimasukkan ke wad.

Terkejut jugak lah ai bila baca sms tue dan trosss hello mak nak tanya perkembangan si kecik tue...


(inilah budak tecik yang suka bikin semua orang gelak ketawa)


Mak ai kata semalam demam dia panas sangat sampai 39 °C sebab tue kena masuk wad. Tambahan dia hampir terkena tarik (sawan) maka kak ai bergegas bawak dia ke hospital.

Jadi tadi sempatlah ai carik kat google maklumat berkenaan demam tarik (sawan) nie.

Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.

Insiden
  • Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
  • Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
  • Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
  • Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah. 
Mencegah demam sawan
Mengawal demam
  • Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
  • Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
  • Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.
Pencegahan sawan dari berulang
  • Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
  • Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.
  

(sumber daripada : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/DEMAMSAWANKanak_kanak.php)


Kepada u olsss di luar sana yang ada anak kecik nie, silalah ambil langkah pencegahan awal sebelum demam tue melarat tambahan sekarang nie musim panas. Kita yang besaq nie pun tak tahan panas apatah lagi budak tecik kan.

4 comments:

  1. wah si eyriqazz tu dah pandai tegur orang ek..hermmm akak ketua tali barut dia tak nak pulak dia tegur.

    dulu masa anak kecik klu demam sikit ajer akak terus gi klinik..tak per duit habis dari menyesal di kemudian hari

    ReplyDelete
  2. tulah.. takot tau kalaui demam kuat sgt ni.... takut effect ke otak...

    ReplyDelete
  3. @ kak ina kl : sebab akak ketua tali barut bab tue dia tak ebrani tegur hehe

    betul kak..biar berhabis duit demi kesihatan anak2 kan

    ReplyDelete
  4. @ Marsha ~ : kalau jadi camtue kena cepat2 bawak gi klinik kan...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke