Wednesday, April 20, 2011

Kekejangan Otot a.k.a Tarik Mengkarung

Ini cerita yang terjadi kat ai pagi2 tadi.

Tengah2 sedap tido lebih kurang pukul 5.30 pagi, ai nak luruskan kaki tetiba adehhh kena tarik mengkarung pulak. Ya Allah masa tue rasa sakit sangat sampai nak gerak kaki apa pun tak boleh. Kaki tue kiranya tak boleh ubah dah lah kedudukan dia. 

Lepas tue mai keja dalam keadaan kaki terhencut2 lah tapi masih lagi ada hati nak pakai kasut tumit tinggi yang tak der lah tinggi mana pun setakat 2 inci jer.

Ai cuba search dalam google pasal Tarik Mengkarung nie tapi hehe tue bahasa Kedah kan jadi carian agak terhad lah. Rupa2nya dalam bahasa saintifik dia dipanggil Kekejangan Otot (Muscle Cramps). Patutlah tak der maklumat sangat pasai tarik mengkarung.

Jadi kat sini ai nak kongsi2 sket dengan u olsss semua pasal Kekejangan Otot a.k.a Tarik Mengkarung nie.


KEJANG OTOT
 
Pada amnya, apabila kejang otot berlaku, anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang atau ketika datang haid. 


Penyebab kejang otot
  • Kelesuan otot
  • Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup
  • Kehilangan cecair badan yang banyak
  • Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit
  • Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit diabetes atau masalah tiroid menyebabkan kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.
  • Mengandung

Pencegahan kejang otot
  • Lebihkan meminum air dan cecair lain
  • Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.
  • Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.
  • Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutamanya sebelum tidur.



(sumber daripada : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitK/KecederaanSukan.php)

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke