Terlebih dahulu saya nak ucapkan salam takziah buat Pak Su saya atas kehilangan anak sulung dia yang meninggal dunia tengah hari kelmarin.
Sepupu saya nie baru berusia 18 tahun (baru lepas SPM ajer) dan merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya bila motor yang ditunggangginya dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang perempuan Cina. Ketika dilanggar itu, sepupu saya masih hidup dan dia sempat memberikan telefonnya kepada orang awam untuk menghubungi mak ayah dia.
Saya sekeluarga tumpang bersimpati atas kejadian yang menimpa dan apa yang terjadi kepada sepupu saya nie. Cuba u olsss bayangkan sepupu saya nie meninggal dalam lingkungan pukul 1.30 tengah hari dan polis hanya datang untuk ambil mangsa pada pukul 3 petang. Hampir 2 jam pihak polis biarkan mangsa di atas jalan raya.
Pihak ambulans yang datang pun tak boleh bawa sebab ketika tue dia dah meninggal dunia jadi kes nie dah jadi kes polis. (kepalanya terhempas pada pembahagi jalan dan belakang kepalanya habis pecah)
Mak Su saya nie masa lihat anak dia dekat hospital dah siap pengsan beberapa kali. Ya Allah memang sedih sangat kan bila tengok anak sendiri dah kaku tak bernyawa sedangkan baru beberapa jam yang lalu anak dia masih hidup.
Sepupu saya ini akhirnya dikebumikan selepas Solat Isyak selepas selesai post-mortem oleh pihak hospital pukul 6.30 petang. Mula tue pak su saya kata nak kebumikan sebelum Maghrib tapi memandangkan proses post-mortem pun dah selesai lewat maka dikebumikan lepas Isyak lagi pulak kawan2 sepupu saya nak datang menziarahi buat kali terakhir.
Buat Pak Su dan Mak Su sekeluarga, diharap sentiasa bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian dari Allah s.w.t. Sesayang mana pun kita pada dia, Allah lebih menyayanginya. Buat Allahyarham Aliff Salihin, semoga kamu bersemadi dengan aman dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Buat pembaca di luar sana, sama2lah kita menyedekahkan Al-Fatihah buat sepupu saya ini. Al- Fatihah...
(Sumber dari Harian Metro : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sempatmengadupeningsebelummaut/Article/index_html )
salam ziarah kat sini
ReplyDeletetakziah! Al Fatihah utk arwah... sedihnye baca entry nih... almaklum ler kita paham hati seorang ibu....
ReplyDelete@ fienaz : thanks dtg ziarah di sini
ReplyDelete@ deeya : terima kasih kak rod...faiz yg dpt berita nie pun dah sedih sgt..
alfatihah
ReplyDelete@ KSWSK : thanks....
ReplyDeleteal-fatihah
ReplyDelete@ nur hafiza rashid : terima kasih yer...
ReplyDelete