Wednesday, October 31, 2012

Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Semalam Eyza ada terima email berkenaan Kesedaran Kanser Payudara. Jadi Eyza rasa nak kongsikan dengan pembaca semua terutamanya kaum wanita berkenaan kanser payudara yang Eyza ambik semua maklumat terus dari email.



















p/s : marilah kita sama-sama membuat pemeriksaan sendiri untuk mengelak dari perkara ini berlaku!






Terima Kasih Ya Allah









p/s : terima kasih Ya Allah atas kurniaan dari Mu...

Tuesday, October 30, 2012

Apa dah jadi?

Kenapa sudah tiada rasa keterujaan dengan panggilan dari dia?
Sedangkan panggilan itulah yang paling dinanti-nantikan selama sebulan lebih ini!!! Mana perginya rasa rindu selama ini pada suara dia? Suara yang unik dari kejauhan sana...





Apakah sudah wujud ruang yang baru di hatiku untuk mencintai bakal imamku?



Mc oh MC...

Hari Rabu lepas eyza ke klinik. Hajat di hati nak cabut gigi geraham bongsu sebelum pergi kursus nanti. Bukan apa takut nanti masa kursus sakit gigi jenuh nak cari ubat. Dah la dekat KL... Nak lari balik Alor Star bukannya dekat huhu...




Maka setelah diusaha untuk mengeluarkan gigi tu, doktor tu cakap 'u kena buat operate'.... Alamak dengar jer perkataan 'operate' terus teringat fobia lama hampir 7 tahun yang lepas. Jadi eyza bertawakal saja la mudah-mudahan 'operate' tu berjalan lancar. Dan akhirnya semua selesai tapi masa tu masih tak terasa sakitnya lagi sebab kesan ubat bius masih ada. 


Bila minta MC lebih dari 1 hari, doktor tu kata tak boleh sebab eyza buat 'operate' kecik saja. Hadoiiii tak kisahlah kecik ka besaq ka dah nama pun 'operate' haruslah ada kesan sampingan selepas tue. Dia kata kalau sakit esok baru mai minta lain MC. Bengangnya dengar tapi sebab malas cakap banyak, diamkan saja lah. Padahal sebelum nie ada gak eyza 'operate' gigi tapi doktor tue tanpa diminta terus bagi MC selama 8 hari. Sebab dia tahu selepas buat tu, gusi akan bengkak dan menyebabkan secara automatik pipi pun jadi besar sebelah.




Kesan selepas cabut tue memang dekat satu minggu jugak la eyza sakit. Hari ini jer baru kurang sikit rasa sakit tue. Kalau tidak sebelum nie nak makan pun payah sebab nak bukak mulut tak boleh. Orang lain sedap jer beraya makan sakan tapi eyza kena makan bubur nasi huhu... Maka sebab tue lah blog agak terbengkalai sampai nak berblogwalking pun hilang mood gara-gara kesakitan yang masih terasa. InsyaAllah lepas dah sihat nie baru boleh jenguk blog dan jenguk kawan-kawan.






p/s : lepas makan gosok gigi baru tak sakit gigi heuheuheu....

Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 23, 2012

Saat Terindah?

Ku terasa seperti sudah cukup kuat untuk menghadapi perkara ini sekali lagi tapi rupa-rupanya perasaan 'takut' itu masih setia membelenggu diri ini. 'Takut" itu hanya sekadar mimpi apabila ku terjaga dari lena.




Pengalaman lalu memang suatu yang berharga dan tidak boleh dijual di mana-mana saja tapi pengalaman lalu itu terasa sangat mengerikan bila dikenang kembali.


Andai tersurat itu ketetapanMu, doaku semoga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala kemungkinan itu dalam menghadapi rasa 'takut' itu...


Semoga apa yang direncanakan sesuai dengan kehendakMu Ya Allah!

Monday, October 22, 2012

Meriahnya Kalau...

Hari Sabtu lepas ada sedikit acara makan-makan kat rumah Eyza. Jadi bila berkumpul ramai sedara mara pastinya akan ada gosip-gosip hot yang dibincangkan hehe...


Dan terkeluarlah kisah pasal Eyza. Almaklumlah dalam famili kan hanya Eyza yang masih berstatus single. Maka ada cadangan dari sorang mak cik Eyza nie. Katanya kalau Eyza kahwin nanti, dia nak buat baju sedondon dengan family Eyza hehe.... Lawaklah pulak bila Eyza tahu benda nie. 


~ agaknya lebih kurang sedondon macam ni la kot erkk ~


Rupa-rupanya ramai sedara mara yang tertunggu-tunggu majlis Eyza nie hihi.  Harus ker dibuat kenduri ala-ala 'wedding of the year' huhu... Sebab ramai yang dah bagi cadangan macam-macam nie. Siap cadangkan suruh buat kat dewan khas sebab Eyza orang terakhir akan kahwin nanti. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang Eyza pasti kahwin jugak.




p/s : seronok melihat kegembiraan di wajah kedua - dua orang tua Eyza.

Sunday, October 21, 2012

Getaran Rasa di Hati

Saat rasa hati bergetar,
Hanya padaMu Ya Allah aku menadah tangan.
memohon restu dan petunjuk dari Mu
menghilang rasa resah dan gelisah.







 


Ya Allah, sesungguhnya di saat berita itu diterima terasa seperti di awangan. Apakah benar ia akan menjadi satu kenyataan. Seluruh rasa resah dan gelisah dan berulang kali bertandang dalam sanubari sehinggalah hari itu tiba.


Ya Allah, ku panjatkan syukur kepadaMu kerna Engkau melancarkan hari itu. Hari di mana Engkau mengabulkan doa-doaku dan doa-doa dari orang tuaku. Amin.




p/s : hanya ALHAMDULILLAH mampu ku ucapkan pada Mu Ya Allah.

Monday, October 15, 2012

Terima Kasih KAK INA KL | Manisnya suara KAK INA KL

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih pada KAK INA KL sebab pilih Eyza sebab pemenang untuk sesi komen mengomen di entri blog dia.







Inilah komen eyza yang tak seberapa ini yang telah dipilih oleh KAK INA KL. Thanks a lot yer KAK INA KL.. InsyaAllah kalau ada lagi akan eyza join lagi hihi...







Rupa-rupanya KAK INA KL nie seorang blogger yang prihatin lah dan yang paling penting suara dia manis sangat sampai Eyza tak sangka dia yang call. By the way, thankz KAK INA KL sebab sudi bersusah payah call eyza nak memaklumkan hal tue. Terkedu eyza masa tu sampai tak terkata apa-apa dah hihi...


Blog KAK INA KL memang best sebab ada macam-macam cerita dalam tue dan tarikan utama dalam blog KAK INA KL yang bertagline 'TERTUNAILAH HASRAT DI HATI' ialah pelbagai jenis resepi yang beliau cipta sendiri. Jom sama-sama kita berkunjung jamu mata dengan resepi terkini di blog KAK INA KL.






p/s : walaupun dah terkenal tapi KAK INA KL memang seorang blogger yang merendah diri..  :=)

Wednesday, October 10, 2012

ALLAH always in My heart!

Terasa macam agak lamanya tak hapdet sejak entri terakhir dibuat khas untuk support sahabat blogger terbaek eyza iaitu abang REMY. Semuanya kerana kehilangan mood akibat sumber ilham tiada dan akibat beberapa masalah yang melanda diri ini sehingga nak hapdet entri pun terasa malas sunguh-sungguh.







Dan alhamdulillah biarpun sumber ilham masih tiada, tapi demi blog kesayangan ini maka eyza coretkanlah jugak di sini huhu... 


InsyaAllah nanti eyza hapdet lain lah sebab sekrang nie tengah sibuk dengan sistem fingerprint huhu...

Tuesday, October 2, 2012

"Jom follow - Aku Cuma Seorang Kulikutif !!! Ohsem giveaway "

Entri pertama untuk bulan Oktober huhu betapa malasnya nak hapdet entri dengan keadaan stress dan sibuk memanjang. Tapi demi sebuah ikatan persahabatan, eyza kena merajiinkan diri menaip entri ini hehe....


Eyza nak join satu giveaway yang OHSEM dianjurkan sahabat sejati blogger iaitu abang REMY. Sangat - sangat ohsem giveaway nie sebab tak menyusahkan semua orang yang nak join.


Pertama sekali tepek banner giveaway nie macam eyza buat kat bawah nie.



~klik BANNER atau SINI kalau nak join~

Lepas tue ini syarat-syarat yang abang REMY kenakan. Tiada unsur paksaan sebab niat utama abang REMY nak capai target 1000 follower di samping mengeratkan sialturrahim sesama rakan blog. Untung tau kalau folllow blog abang REMY nie.



1) terbuka kepada semua pembaca dan yang sudi singgah kat blog remy hazza nie
2) follow blog remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com (yg nie wajib ler...kalau dah follow tu join jugak tau... )
3) kalau sudi like FB fanpages  blog remy ( kalau ikhlas ler )
4) buatkan satu segmen yg bertajuk "Jom follow - Aku Cuma Seorang Kulikutif !!! Ohsem giveaway "
5) copy banner kat atas dan tampalkan dlm segmen tu.
6) cerita ler sikit pasal blog remy nie......kasi kenakwan dan pembaca korang tahu........( tak cerita pun takpe.....tak paksa tau )
7) Ajak lah dua sahabat kenkawan semua utk join segmen nie
8) last sekali, tinggalkan link entry kenkawan semua kat bhgn komen entry nie tau !!!! senang remy nak jejak nanti......
9) Tarikh akhir segmen nie akan ditutup pada pukul 2359 hrs pada 15 october 2012....



Eyza nak cerita sikit pasal blog abang REMY yang pada pandangan eyza sangat-sangat OHSEM. Blog pertama yang eyza terjah bila online pastinya blog AKU CUMA SEORANG KULIKUTIF hak milik rasmi abang REMY hehe...


Eyza suka terjah blog abang REMY disebabkan oleh perkara-perkara berikut iaitu :


~ kredit to abang REMY ~


i) MAKANAN - blog abang REMY nie banyak makanan di dalamnya. Kenyang mata menengok hehe..Ekcelli blog abang REMY nie ada entri-entri berkaitan kerja dia dalam bidang makanan. Banyak gambar sampling makanan dari syarikat kapal yang abang REMY kongsikan dengan semua pembaca. Eyza suka ushar pic sampling nie sebab tertarik dengan dekorasi dia yang comey - comey belaka.


~kredit to abang REMY ~


ii) MAKLUMAT - dalam blog abang REMY nie jugak ada direview filem terkini yang dia tengok serta review tempat makan yang menarik. Selama nie eyza jarang ambik kisah pasal tayangan filem di pawagam tapi bila abang REMY review baru 'ohh ada filem baru ker' hihi... Pasal tempat makan tue semua, eyza masih belum berpeluang pergi lagi sebab tempat yang abang REMY review tue jauh dari tempat tinggal eyza hihi....


Okeylah rasa macam dah panjang sangat eyza taip jadi eyza stop sini dulu. Tapi sebelum tue eyza nak tag PRINCESS FIONA dan MAYA MUSTWANY laa... hihihi...





p/s : esok hari perjumpaan dengan doktor pakar tue uwaaaa takutnyaaa....  =)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke