Tuesday, October 30, 2012

Mc oh MC...

Hari Rabu lepas eyza ke klinik. Hajat di hati nak cabut gigi geraham bongsu sebelum pergi kursus nanti. Bukan apa takut nanti masa kursus sakit gigi jenuh nak cari ubat. Dah la dekat KL... Nak lari balik Alor Star bukannya dekat huhu...




Maka setelah diusaha untuk mengeluarkan gigi tu, doktor tu cakap 'u kena buat operate'.... Alamak dengar jer perkataan 'operate' terus teringat fobia lama hampir 7 tahun yang lepas. Jadi eyza bertawakal saja la mudah-mudahan 'operate' tu berjalan lancar. Dan akhirnya semua selesai tapi masa tu masih tak terasa sakitnya lagi sebab kesan ubat bius masih ada. 


Bila minta MC lebih dari 1 hari, doktor tu kata tak boleh sebab eyza buat 'operate' kecik saja. Hadoiiii tak kisahlah kecik ka besaq ka dah nama pun 'operate' haruslah ada kesan sampingan selepas tue. Dia kata kalau sakit esok baru mai minta lain MC. Bengangnya dengar tapi sebab malas cakap banyak, diamkan saja lah. Padahal sebelum nie ada gak eyza 'operate' gigi tapi doktor tue tanpa diminta terus bagi MC selama 8 hari. Sebab dia tahu selepas buat tu, gusi akan bengkak dan menyebabkan secara automatik pipi pun jadi besar sebelah.




Kesan selepas cabut tue memang dekat satu minggu jugak la eyza sakit. Hari ini jer baru kurang sikit rasa sakit tue. Kalau tidak sebelum nie nak makan pun payah sebab nak bukak mulut tak boleh. Orang lain sedap jer beraya makan sakan tapi eyza kena makan bubur nasi huhu... Maka sebab tue lah blog agak terbengkalai sampai nak berblogwalking pun hilang mood gara-gara kesakitan yang masih terasa. InsyaAllah lepas dah sihat nie baru boleh jenguk blog dan jenguk kawan-kawan.






p/s : lepas makan gosok gigi baru tak sakit gigi heuheuheu....

2 comments:

  1. samalan saya pun ada problem wisdom teeth. tapi tak pernah operate. main kumur listerine je kalau sakit. tapi berkesan hehehe

    ReplyDelete
  2. @Eny Abdullah yup betul tue... guna Listerine memang berkesan... saya guna listerine green tea. dan alhamdulillah dgn bantuan Allah, sakit lepas operate tu makin berkurangan.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke