Thursday, May 30, 2013

Semalam Punya Cerita

Semalam waktu eyza bangun pagi, rasa berat sangat kepala. Cuba bangun jugak nak pergi kerja. Tapi kepala rasa berpusing-pusing pulak. Rasa nak gagah pergi kerja jugak sebab eyza ada pesan kat kawan opis suruh tolong beli mempelam harumanis. Tapi suami tanya eyza, larat ker nak pergi kerja dalam keadaan macam tue. Dan memang tunggu punya lama masih tak hilang jugak rasa berat kepala tu dan eyza buat keputusan terpaksa la menCUTIkan diri hari tu.


Dalam pukul 8 tu bersiap pergi klinik. Dan doktor tanya apa masalah. Dia cek tekanan darah eyza. Dan katanya tekanan darah eyza rendah.





Pagi ni bangun pun dalam keadaan sakit di bahagian leher belakang pulak. Agaknya ini kesan daripada situasi yang dialami eyza sekarang kot noo...



p/s : Apa pun semoga sakit ini dapat mengkifarahkan dosa-dosa kecil eyza.

Tuesday, May 28, 2013

Rindu Nak Hapdet ~ Cuti-cuti Malaysia

Sebenarnya eyza sangat-sangat merindui nak hapdet blog tapi rasa macam banyak benda nak buat sampai blog pun terabai dah...Janji nak blogwalking ke blog kawan-kawan pun masih hanya janji tinggal janji...Ampun yea kawan-kawan. Agaknya mesti ada yang sudah lupa pada Eyza hihi...Tengok la tajuk blog dah berubah tapi header masih yang lama...segan sungguh aihh nak edit balik benda-benda alah tu haha...


Okey kali ni eyza nak bercerita pasal percutian eyza yang lepas.. Ala masa cuti wesak baru-baru ni...Sebenarnya plan dah lama, dok rancang macam-macam tempat nak pergi dan akhirnya sekali lagi Penang menjadi destinasi kami untuk bercuti. Ini pun plan last minit pagi Sabtu, hari yang nak bertolak tu. Beg baju bawa siap-siap walaupun hotel tak tempah lagi. Sebab dok pikiaq dari Alor Setar ke Penang tak jauh mana, jadi tawakal jea la...Kalau hotel penuh, balik hari saja lah.


Destinasi kami ke Pulau Pinang berjalan dengan lancar cuma masa nak keluar dekat susur keluar Georgetown nak naik jambatan, berlaku kemalangan antara lori dan sebuah MPV. Memang terganggu sedikit trafik yang sebelumnya lancar bertukar menjadi sesak sebab kenderaan semua pakat nak menyelit masuk lorong. Yea la masing-masing tak sabar nak sampai ke destinasi yang dituju.


Perjalanan kami menghala ke Batu Feringghi dan sesi mencari hotel pun bermula. Call hotel semua penuh dan akhirnya ada rezki kami terjumpa sebuah resort yang baru dibuka. THE LOST PARADISE RESORT, itu nama resort yang menjadi tempat penginapan kami. Terus eyza call tuan punya resort dan dimaklumkan tinggal 1 lagi villa dan lebih kurang 3 bilik saja yang kosong. Jadi dia bawak kami tinjau villa dan bilik-bilik yang ada untuk tengok mana satu kami berkenan. Dan eyza dan suami memang sudah jatuh chenta pada villa yang ditunjukkan itu. Selain ruang dalaman yang luas, (terbahagi kepada 3 ruang; ruang tamu, ruang bilik dan ruang santai) villa tu betul-betul menghadap pantai Batu Feringghi dan juga terdapat sebuah kolam renang yang sangat sesuai untuk berdating berdua di bahagian belakang villa. 





Tapi agak kesayangan sikit la di saat eyza nak merakamkam suasana dalam villa tu, tak eyza sedari rupa-rupanya eyza bawa kamera yang sudah kehabisan bateri dan tambah menyedihkan bila eyza tak bawa pulak pengecasnya huhuhu. Sedih yang amat waktu tu. Inilah bahananya bila buat perancangan di saat akhir. Benda penting camtu pun boleh tak ingat. Jadi eyza hanya boleh berkongsi dengan semua gambar-gambar yang diambil dari fB RESORT tu saja. 


~ nampak eyza sedikit berisi sebab pic tangkap jarak dekat ~


Kepada yang bercadang nak bercuti di Penang, cubalah rasai pengalaman anda menginap di resort ini yang dimiliki oleh Dr. Chew dan isterinya. Pasti anda berpuas hati dengan layanan dari mereka berdua sepanjang anda berada di resort mereka. Sebabnya kami berdua sendiri sangat berpuas hati dengan layanan oleh Dr. Chew dan isteri yang sangat peramah melayan pengunjung dan tanpa disangka pasangan ini telah email pada eyza untuk mengucapkan terima kasih kerna sudi memilih resort mereka untuk menginap. 


THE LOST PARADISE RESORT
262 JALAN BATU FERRINGHI
PULAU PINANG
TEL : 019-4707218


Thursday, May 16, 2013

Sekadar Entri Kosong... (~_~)

Eyza kembali menjengah setelah asyik menyepikan diri dari dunia blog hehe... Bukan sengaja nak melarikan diri tapi keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan eyza untuk menatap dan menjengah blog lama-lama yang membuatkan eyza tak boleh nak hapdet sebarang entri.


Jadi hari ini dah rasa kuat dan sihat sikit, maka eyza menulis kembali di cHERiTa kASih fiZaiRi...rindu sebenarnya nak jenguk blog sendiri dan jalan-jalan ke blog kawan-kawan. Maaf pada kawan-kawan yang meninggalkan komen di entri eyza sebab tak sempat nak balas kunjungan anda semua semula. InsyaAllah nanti eyza cuba jugak buat pelan-pelan.


Sempena hari guru hari ini, eyza nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada kakak eyza yang mengajar di SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS dan jugak eyza nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat anak sedara eyza yang akan menyambutnya esok, 17 Mei. 




Jugak buat semua blogger yang bergelar CHEGU, selamat menyambut hari guru dan meraikannya hari ini sambil menyanyi lagu wajib hari guru hehe... 1 Aspirasi, 1 Agenda!




p/s : sebenarnya tak ada isi apa pun dalam entri ni hehe...sekadar nak bagitahu yang tuan tanah ni masih ada dalam dunia blog hehe...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke