Monday, September 21, 2009

Thursday, September 3, 2009

KASIH BERUBAH 14

“Adik, kat negara orang tu nanti jaga diri baik-baik.” Pesan Datuk Ikmal. Entah mengapa dia berasa sunguh risau melepaskan Mirsya ke Malaysia walaupun ditemani Danielle. Dia dapat merasakan seolah-olah akan terjadi sesuatu ke atas Mirsya. Namun cepat-cepat diusir perasaan itu. Tambahan pula Mirwan telah berada di sana. Namun dia masih berasa risau, mungkin kerana Mirsya satu-satunya anak perempuannya.
“Ala papa, tak payahlah risau. Adik bukan pergi sorang diri. Lagipun Along kan ada kat sana nanti,” ujar Mirsya.
“Betul tu papa, InsyaAllah Danielle berjanji jaga Mirsya sebaiknya. Janganla papa risaukan.”
“Papa doakan kamu berjaya membina perniagaan di sana. Mudah-mudahan wasiat Tan Sri Adam dapat ditunaikan,”
“Adik, tu dah ada announce suruh tunggu kat balai berlepas,” beritahu Mirqan.
“Papa, mama, adik pergi dulu.”
“Baik, selamat jalan. Selalu-selalulah balik sini. Jangan lupa beritahu perkembangan Afiqq pada kami. Kirimkan foto Afiqq selalu,” pesan Datin Sarah Rusmila.
“InsyaAllah mama. Kami pergi dulu. Afiqq, bye bye atuk, nenek dan pak ngah.”
“Bye atuk, nek, pak nyah,” dengan suara yang pelat Afiqq melambai ketiga-tiganya.
“Bukan pak nyah la, pak ngah!” beritahu Mirqan memperbetulkan sebutan Afiqq.
“Pak Nyah.” Ujar Afiqq.
“Apa-apa aja la Afiqq. Jangan lupa kat pak ngah yer sayang. Muahh…” sempat Mirqan mencium Afiqq sebelum mereka berlepas.

……………………

“Welcome to Malaysia,” ujar Mirwan.
“Cama-cama pak yong,” ujar Afiqq dengan suara pelatnya.
“Apa pula pak yong, Pak Long la!”
“Ala Along ni, itupun nak kisah ker. Afiqq kan baru setahun, cakap pun tak terus lagi. Tadi kat angah pun dia panggil pak nyah. Jenuh Angah membetulkan. Tapi itu juga yang disebutnya.” Beritahu Mirsya.
“Iya ker, ala sayang meh sini pak long dukung.” Segera Mirwan mengambil Afiqq dari tangan Danielle.
“Best tak naik kapal terbang?” soal Mirwan kepada Afiqq.
“Beshh,” ujar Afiqq sambil mengangkat ibu jarinya.
“Along, apa nama tempat ni?” soal Danielle sambil memerhatikan sekelilingnya.
“Kuala Lumpur. Inilah ibu kota Malaysia. Di sinilah menjadi tumpuan segala aktiviti.” Jelas Mirwan.
“Oh ya, bangunan yang ada jambatan di tengah-tengah antara dua menara tu kat sini ker Along?” soal Mirsya pula.
“Kat sinilah. KLCC ataupun Kuala Lumpur City Center, itu pusat membeli belah. Nanti senang-senang Along bawa kamu ke sana. Cantik sungguh pemandangan di sana terutamanya pada waktu malam.”
“Iya ker, ee... tak sabarnya nak pergi,”
“Cik, kita mahu ke mana sekarang ni. Ke Puncak Perdana atau Sri Kembangan?” soal pemandu kereta itu yang sejak tadi hanya menjadi pendengar sahaja.
“Oh ya, kamu nak pergi tengok rumah kamu dulu atau ke rumah Along dulu?”
“Ikut Along la. Kita orang tak kisah.”
“Kalau macam tu kita ke rumah Along dulu. Boleh makan terus. Pak Abu, kita ke rumah saya la,” beritahu Mirwan kepada pemandunya, Pak Abu.

……………………
“Selamat datang tuan, puan,” ujar Mak Mah, yang sedari tadi menunggu kedatangan mereka.
“Terima kasih, cuma mak cik…”
“Panggil Mak Mah aja.”
“Oh ya, jangan la panggil kami tuan puan. Rasa lain macam aja. Panggil aja saya Mirysa, ini suami saya, Danielle dan ini anak kami Afiqq.” Beritahu Mirysa.
“Mak Mah, tolong tunjukkan bilik mereka. Saya nak naik mandi dulu,” ujar Mirwan.
“Cik Mirwan, makanan dah Mak Mah siapkan. Nak hidangkan sekarang ker?” soal Mak Mah.
“Adik, Danielle, nak makan dulu atau nak berehat?” soal Mirwan.
“Kami ingat nak berehat dululah. Penat pun belum hilang lagi. Tak apalah Mak Mah. Nanti kalau kami nak makan, kami ambil sendiri yer,” jelas Danielle.
“Eh tak payah susah-susah. Nanti kalau nak makan, panggil Mak Mah. Nanti Mak Mah hidangkan,” beritahu Mak Mah.
“Terima kasih Mak Mah.”
“Mari Mak Mah tunjukkan bilik kamu,”
“Mak Mah dah lama kerja sini?” soal Mirsya.
“Dah 5 tahun.”
“Oo… jadi Mak Mah memang kerja dengan Along sejak dia mula-mula tinggal sinilah,”
“Iya, lebih kurang macam tu lah.”
“Sebelum ni Mak Mah kerja mana?” soal Danielle pula.
“Mak Mah sebelum ni kerja dengan kawan cik Mirwan, si Amir tu. Selepas dia berpindah ke Johor Mak Mah dengan Pak Abu kerja dengan Cik Mirwan. Sebenarnya Pak Abu tu suami Mak Mah,” jelas Mak Mah.
“Emm… senanglah Mak Mah. Satu tempat kerja dengan suami.”
“Mirsya, Danielle, ni bilik kamu,” tunjuk Mak Mah.
“Terima kasih Mak Mah.” Ucap Mirsya dan Danielle serentak.

KASIH BERUBAH 13

“Reena, sekarang ni Afiqq pun dah 1 tahun. Jadi abang ingat nak tunaikan hasrat atuk la,” beritahu Danielle pada suatu malam.
“Maksud abang nak buka business kat Malaysia? Habis macamana dengan Reena dan Afiqq?” soal Mirsya.
“Ala isteri abang ni, takkanlah abang nak tinggalkan kamu semua kat sini. Tentulah abang bawa sekali,” jelas Danielle.
“Habis macamana dengan business abang kat sini?”
“Abang ingat nak serahkan business tu kat papa aja. Atau abang akan gabungkan syarikat tu dengan syarikat papa. Senang sikit nanti papa nak uruskan. Apa pendapat Reena?”
“Reena ikut aja bang. Mana yang terbaik buat abang, itulah yang terbaik buat Reena.”
“Reena, Reena, cubalah sesekali tu bagi pendapat. Ini tak asyik iyakan je apa yang abang cakap. Tengok la dulu masa nak kahwin, Reena ikut aja apa yang mama sarankan. Waktu tu abang tengok Reena bukan seperti diri Reena yang sebenarnya.”
‘Eh, takkan Danielle tahu aku tengah kecewa putus cinta dengan Shahrul! Sapa pula yang beritahu? Takkan Along pula. Along dah janji simpan rahsia ni. Mungkinkah Shahrul sendiri yang jelaskan.’ Keluh Mirsya perlahan.
“Hai, kenapa pula tu mengeluh? Susah sangat ker nak bagi pendapat?” soal Danielle bila dilihat Mirsya asyik mengeluh.
“Pendapat? Pendapat apa bang?” soal Reena yang lupa pada pertanyaan Danielle sebentar tadi.
“Eh Reena ni, takkan dah tak ingat apa yang kita bincangkan tadi? Itulah dari tadi asyik berangan aja. Entah siapa la yang diingatkannya. Tak apalah, abang sedar siapa diri abang ni. Dah la tak hensem. Bukan macam …” Ayatnya tidak dihabiskan sengaja ingin menyakat Mirsya.
“Macam apa? Hi… dah tua-tua pun asyik nak merajuk lagi. Cik abang oii… awak tu dah jadi bapa orang. Cuba-cubalah berperangai macam bapa orang. Ini tak kalau dah merajuk tu susah sungguh nak pujuk.”
“Elehh, kalau saya merajuk pun saya tahu nanti adalah orang datang pujuk. Dah tu kalau kita tak layan, siap antar bunga lagi. Aduh, tak sangka yer isteri abang ni romantik juga yer.”
“Ala abang, saya pujuk pun sebab Afiqq. Kalau tak jangan harap saya nak pujuk,” balas Mirsya tidak mahu mengalah.
“Oh, selama ni tak ikhlas la pujuk abang. Tak apalah abang tahu siapa abang. Dah la anak yatim piatu, hidup pula seorang diri.” Danielle sengaja merajuk untuk melihat samada Mirsya sanggup memujuknya.
“Abang, jangan cakap macam tu. Abang bukannya hidup seorang. Abang ada Reena, ada Afiqq. Malah papa, mama, Along dan Angah pun anggap abang macam keluarga sendiri,” pujuk Mirsya.
Tersentuh sungguh hatinya bila Danielle seolah-olah masih tidak menganggap keluarganya sebagai keluarga dia sendiri.
“Abang, dengar tak ni apa yang Reena cakapkan?” Geram dengan tingkah Danielle yang buat tidak tahu dengan percakapannya, segera Mirsya menarik majalah yang dibaca Danielle.
“Abang, I’m talking to you? Please give your full attention?”
Dengan selamba Danielle melangkah ke arah katil. Segera ditariknya selimut dengan niat untuk tidur. Sebenarnya dia sengaja bersikap demikian. Ingin melihat sejauh mana Mirsya nak pujuknya. Dari jelingan mata dia melihat Mirsya mengesat air mata.
‘Eh, takkan dia nangis pula. Nampaknya aku pula yang kena pujuk dia ni.’ Bebel Danielle sendirian.
“Abang, okey Reena akui ini semua salah Reena. Tak sepatutnya Reena buat abang macam ni. Abang, maafkan Reena.” Dalam tangisan Mirsya menarik tangan Danielle memohon kemaafan.
“Eh Reena, janganlah macam ni. Karang kalau mama dan papa dengar tak pasal-pasal abang kena marah.”
“Tak, Reena tak akan berhenti selagi Reena tak dengar abang maafkan Reena. Abang, Reena benar-benar minta maaf. Please forgive me. ” Rayu Mirsya dalam esakan.
“Dahla, abang maafkan Reena. Reena tak ada salah apapun dengan abang.”
“Habis tu yang abang buat tak tahu kat Reena tu kenapa?” soal Mirsya.
“Abang saja jer nak tengok sejauh mana Reena nak pujuk abang. Kan tadi Reena cakap selama ni Reena pujuk abang sebab Afiqq. So, abang nak la Reena buktikan kata-kata Reena tu,” jelas Danielle akan sebab musabab mengapa dia bertindak sedemikian.
“Oh, abang main-mainkan Reena yer. Eee… jahatnya,” Dengan pantas Mirsya mencubit lengan Danielle.
“Aduh, sakitla!” jerit Danielle.
‘Ehem! Ehem!’ Datuk Ikmal berdehem kecil.
“Syhh, tengok tu papa dah bagi amaran. Abang la ni, sapa suruh menjerit tengah-tengah malam.”
“Kita pula yang nak disalahkan. Dia tu la, sapa suruh cubit lengan orang.”
“Sebab abang ni jahat. Suka main-mainkan orang.”
“Jahat-jahat pun, ada orang sayang”
“Siapa la nak sayang kat dia?”
“Ye ker? Tadi waktu abang merajuk sapa yang bersusah payah pujuk abang. Siap nangis lagi. Tu tandanya sayang kat abang la.”
“Dah la, malas nak layan abang. Tidur lagi baik.”
“Reena, abang nak tanya ni?” soal Danielle bila dilihat Mirsya sedang bersiap-siap nak tidur.
“Apa dia?”
“Reena sayang kat abang tak?”
“Abang, Reena mengantuk lah. Dah lewat malam ni, esok-esok aja la abang tanya.”
“Tak nak, abang nak tahu jawapan dari Reena sekarang juga. Dari dulu lagi abang tanya, tapi setiap kali itulah Reena cuba mengelak. Tak pun kalau Reena cakap mesti tak bertentang mata dengan abang. Kenapa Reena? Reena tak cintakan abang ker?”
‘Ya Allah, apa perlu aku buat. Memang sejak dari dulu lagi Mirsya cuba untuk mengelak soalan itu bila Danielle sering mengutarakannya. Ada saja alasan yang diberinya. Tapi, malam ni Mirsya tahu dia tak boleh mengelak lagi. Sebenarnya dia sendiri pun tak pasti apa perasaannya terhadap Danielle. Nak kata tak cinta, tak sayang, sekarang ni mereka dah ada anak. Cuma kadang-kadang tu dia keliru dengan perasaannya sendiri. Seringkali dia lupa yang Danielle dah jadi suami dia. Bukan lagi sebagai seorang abang.’
“Reena, kenapa ni?” soal Danielle lagi bila dilihat Mirsya asyik termenung aja.
“Entahla abang. Selama ni Reena anggap abang tak lebih daripada seorang abang aja. Macam along dan angah,” beritahu Mirsya.
“Jadi sampai sekarang la Reena masih menganggap abang seperti itu? Langsung tiada perasaan cinta pada abang?” soal Danielle.
“Bohong la kalau Reena cakap Reena tak pernah cintakan abang. Memang dari dulu sejak Reena kenal abang Reena dah jatuh cinta. Tapi, orang cakap cinta monyet ni tak ke mana. Tambahan pula Reena lihat cara abang layan Reena tak ubah macam along dan angah layan Reena. Itu yang buat Reena biarkan perasaan cinta Reena terhadap abang berkubur begitu aje,”
“Ya Allah, apasal Reena tak cakap dari dulu. Sebenarnya, kalau Reena nak tahu abang pun sejak dari dulu dah terpikat pada Reena. Cinta pandang pertama. Tapi… setiap kali abang cuba nak beritahu Reena perasaan abang, abang jadi kaget. Berdepan dengan Reena membuatkan abang hilang arah. Selalu terjadi lain yang abang rancang nak cakap, lain yang keluar.”
“Abang, takkan kut! Reena tengok abang treat Reena macam adik abang aje,”
“Takkan Reena tak perasan perbuatan abang selama ni. Setiap kali abang pulang bercuti, mesti abang belikan hadiah istimewa untuk Reena. Bila tiba aja hari lahir Reena, abang berusaha menjadi orang pertama yang mengucapkannya. Dan, sewaktu abang nak minta kebenaran panggil Mirsya sebagai Reena abang takut sangat. Namun abang cuba kuatkan hati abang manalah tahu dengan cara itu Reena akan sedar yang abang mencintai Reena. Tapi sayang, segala perbuatan abang selama ini hanya berlalu sepi tanpa mendapat respond yang positif dari Reena.”
“Abang, abang, lain kali tu cubalah berterus terang. Reena kalau bab-bab macam tu payah sikit nak pick up,”
“Tapi kan bang, kenapa abang nak guna nama Reena? Semua orang yang kenal Reena guna nama Mirsya. Malah sewaktu pertama kali abang guna nama tu depan papa dan mama, diaorang pun hairan.”
“Itu tandanya abang sayangkan Reena seorang aja. Hanya Reena yang bertakhta di hati abang. Reena la insan yang paling istimewa dalam hidup abang. So, abang nak Reena jadi hak milik abang sorang aja. Abang tak nak berkongsi Reena dengan orang lain walaupun dengan papa dan mama. Sebab tu, abang guna nama itu untuk membezakan antara hak abang dan hak orang lain...”
“Oo… patutlah abang beria-ia sungguh minta kebenaran nak guna nama itu sampai Shahrul sendiri pun tertanya mengapa…” Tanpa disedari Mirsya telah terjerat dalam perangkap yang diciptanya sendiri. Untuk berundur kembali amat mustahil. Dan sudah pasti Danielle mendengar apa yang diucapkannya.
‘Ish mulut ni, mengapa la gatal sangat sebut nama dia.’ Bisik Mirsya sendirian.
“Shahrul? Kenapa pula dia nak tahu?” Seperti yang dijangka Danielle menyoalnya.
“Tak, sebenarnya dia cuma nak tahu mengapa abang guna nama lain. Tak guna nama Mirsya macam yang orang lain selalu guna.”
“Apa sebab dia nak tahu?” soal Danielle tidak puas hati.
“Emm…sebab…”
“Ni apasal tergagap-gagap ni? Cuba cerita kat abang apa sebenarnya?”
“Tak apalah abang, esok aja la Reena ceritakan. Dah lewat malam ni.” Mirsya cuba mencari alasan untuk mengelak pertanyaan Danielle.
“No, abang tak akan benarkan Reena tidur selagi Reena tak jawab soalan abang?” tegas Danielle.
“Soalan apa abang?” soal Mirsya pura-pura tak faham.
“Reena, abang cuma nak jawapan apa sebab Shahrul nak tahu semua itu sedangkan dia hanya penyewa rumah kita aja. Takkan sampai benda macam tu pun dia nak tahu. Atau dia dah jatuh cinta pada isteri abang ni?”
“Abang, tolong jangan soal Reena lagi.”
“Reena, abang tahu Reena dan dia saling bercintakan? Betul tak Reena?”
“Mana abang tahu semua ni?”
“Reena, perkara ni dah lama abang tahu. Cuma hari ni abang nak dengar dari mulut Reena sendiri.”
“Iya abang, Reena dan Shah saling mencintai. Malah Shah dah berjanji nak pinang Reena sekembalinya dia ke Malaysia.”
“Habis tu, mengapa Reena kahwin dengan abang?”
“Reena tak sampai hati nak tolak harapan atuk.”
“Kenapa Reena sanggup merana demi orang lain?” soal Danielle terkejut dengan kenyataan Mirsya.
“Keluarga abang dah banyak berjasa pada kami. Jadi Reena rasa inilah saja caranya kami balas budi abang sekeluarga.”
“Reena, Reena, mengapa singkat sangat fikiran Reena? Kalau Reena beritahu abang sejak dulu kan elok.”
“Along pun ada juga suruh Reena batalkan perkahwinan ini. Tapi Reena tak sampai hati. Dah la waktu itu atuk sakit. Reena tak nak membuatkan dia bertambah sedih.”
“Along pun tahu?”
“Ya, hanya Along seorang aja yang tahu.”
“Tapi abang, mengapa abang teruskan juga pernikahan ini sedangkan abang tahu Reena bercinta dengan Shah?”
“Actually, abang tahu pun selepas majlis pernikahan kita.” Beritahu Danielle.
“Shah ker yang cakap?”
“Tak.”
“Habis tu?”
“Reena ingat tak masa majlis persandingan kita tempoh hari. Abang sakit kepalakan. Dan Reena suruh abang berehat dalam bilik. Waktu abang masuk tu abang tengok handset Reena ada atas katil. Tapi ambil tak ambil kisah pun. Kemudian bila abang nak pejam mata, abang dengar bunyi mesej. Abang buat tak tahu juga. Lepas tu ada orang call sampai 3 kali. Abang tak angkat pun. Abang malas nak tengok. Abang ingatkan kawan Reena nak wish kat Reena. Tapi, bila ada mesej selepas panggilan ketiga tu abang buka mesej tu.”
“Mesej? Dari sapa bang?”
“Shah. Abang buka mesej pertama dia ucap tahniah. Kemudian mesej kedua dia beritahu dia masih cintakan Reena. Abang terkejut. Lalu abang check lagi inbox Reena. Abang tengok banyak mesej dari Shah. Dari situ baru abang tahu yang Reena dan dia bercinta. Abang jadi marah dan sedih kenapa Reena tak berterus terang dengan abang.”
“Oo… sebab tu la sepanjang hari tu Reena tengok abang macam tak ada mood aja. Reena ingatkan kesan sakit kepala abang tu.”
“Abang cemburu Reena. Abang tak sangka hati Reena telah dimiliki orang lain. Sampai abang buangkan mesej yang dihantarnya.”
“Jadi sekarang ni abang masih cemburukan Shah?”
“Selagi Reena tak cakap Reena betul-betul cintakan abang selagi itulah abang cemburu.”
“Reena, do you love me?” soal Danielle bila dilihatnya Mirsya tertunduk bisu.
“Abang, sebaik aja selesai upacara akad nikah itu Reena dah tutup hati Reena untuk orang lain. Malah sewaktu abang kucup dahi Reena baru Reena pasti abanglah cinta Reena yang sebenarnya. Setiap hari bersama abang membuatkan Reena semakin jatuh cinta pada abang. Dan Reena cuba buangkan semua perasaan Reena pada Shahrul. Alhamdulillah, akhirnya Reena berjaya kerana abanglah nyawa Reena.”
“Tapi mengapa setiap kali abang tanya perasaan Reena pada abang, Reena cuba mengelak.”
“Sebenarnya, Reena keliru bang. Bertahun lamanya Reena anggap abang sebagai abang kandung Reena sendiri, tapi alih-alih sekarang ni orang itu jadi suami Reena.”
“So, sekarang ni Reena dah pasti akan perasaan Reena pada abang?”
“Melihat layanan abang pada Afiqq membuatkan Reena pasti hanya abang saja yang layak jadi ayah dia.”
“Habis tu Shahrul tak layak la?”
“Abang!” jerit Mirsya.
“Shhh…. Nanti papa bagi amaran lagi. Dah la pergi tidur, dah lewat ni.”
“Habis abang tak nak tidur?”
“Memandangkan sekarang ni dah pukul 3 pagi abang nak buat solat sunat.”
“Kita jemaah sekali.”
“Tak ngantuk ker?”
“Dah hilang rasa ngantuk tu.”
“Kalau macam tu pergilah ambil wuduk dulu.”
Sebelum menutup pintu bilik air, Mirsya memandang Danielle.
“Ha! Apahal pula? Nak ajak abang temankan sekali ker?”
“Abang,” panggil Mirsya.
“Apa dia?”
“I love you!” jerit Mirsya dan segera menutup pintu bilik air.
‘Reena, Reena, perangai macam budak-budak. Dalam sekelip mata boleh berubah perasaan,’ ngomel Danielle sendirian.

KASIH BERUBAH 12

Majlis persandingan Mirsya semalam berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Dan orang yang paling gembira saat itu tentunya Tan Sri Adam. Akhirnya impian dia untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Datuk Ikmal Firdaus dan Datin Sarah Rusmila tercapai juga. Selama ini walaupun Mirwan, Mirqan dan Mirsya menganggapnya sebagai datuk mereka, namun dia masih terasa seperti ada jurang di antara mereka. Dan sekarang bila Danielle telah berkahwin dengan Mirsya dia terasa antara mereka semakin dekat.
Namun apa yang merisaukan hatinya sekarang ialah Mirsya. Sejak semalam Mirsya asyik muram aja. Sepatah ditanya sepatah juga yang dijawab. Sepatutnya Mirsya perlu bergembira kerana akhirnya percintaan mereka diakhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan. ‘Mungkin dia penat kut? Iyalah sejak seminggu yang lalu asyik membuat persiapan bagi memastikan majlis yang dirancang berjalan dengan lancar,’ fikir Tan Sri Adam sendirian. Tiba-tiba…
“Aduh! Danielle tolong atuk,” serentak dengan itu Tan Sri Adam pengsan.
“Ya Allah atuk. Mama! Papa! Atuk pengsan,” jerit Mirsya yang kebetulan lalu di situ.
“Apahal dengan atuk ni? Reena, macamana atuk boleh pengsan ni?” soal Danielle sambil memangku Tan Sri Adam.
“Dah, mari kita bawa atuk ke hospital. Along, Angah, tolong angkat atuk,” arah Datuk Ikmal Firdaus.
“Reena ikut Danielle. Biar mama naik dengan papa,” Datin Sarah Rusmila memberikan arahan.
Setibanya di hospital, Tan Sri Adam terus dibawa ke bilik kecemasan.
“Mama, kenapa lama sangat atuk di dalam?” soal Mirsya dalam sendu.
“Dah jangan nangis lagi. Sama-samalah kita berdoa semoga atuk tak ada apa-apa.”
“Doc, how about my grandpa?” terpa Danielle ke arah seorang doktor yang baru keluar dari bilik kecemasan itu.
“I’m sorry! I will try my best but…”
Serentak dengan itu terdengar tangisan Mirsya dan Datin Sarah Rusmila.
“Danielle, banyakkan bersabar,” pujuk Datuk Ikmal Firdaus bila dilihat Danielle seolah-olah tidak bermaya.
“Papa, mengapa terlalu berat ujian yang terpaksa Danielle tanggung. Kehilangan mama dan papa pun masih terasa, kini atuk pula pergi. Danielle tak sanggup nak hadapinya,” rintih Danielle dalam sendu.
“Danielle, yang pergi biarkan pergi. Kita kena redha. Kita yang masih hidup ini perlu teruskan kehidupan. Tambahan pula Danielle dah kahwin sekarang. Danille dah ada tanggungjawab baru. Dah jangan sedih lagi. Anggaplah semua ini sebagai satu dugaan dariNya untuk menguji hambaNya. Kalau Danielle masih sedih macam ni, macamana dengan Mirsya. Danielle kena tabah demi Mirsya,” nasihat Datuk Ikmal Firdaus.
“Pa, terima kasih kerana selama ini menganggap Danielle sebagai anak papa. Kalau tak ada papa dan mama Danielle tak tahu bagaimana nak teruskan hidup.”
“Dah, sekarang ni walaupun Danielle kehilangan sesuatu, namun hari ini juga Danielle menerima sesuatu. Ingat walau apapun terjadi, Danielle sekarang dah jadi suami orang. Mirsya hak Danielle sepenuhnya. Jagalah dia sebaiknya.”

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke