Majlis persandingan Mirsya semalam berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Dan orang yang paling gembira saat itu tentunya Tan Sri Adam. Akhirnya impian dia untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Datuk Ikmal Firdaus dan Datin Sarah Rusmila tercapai juga. Selama ini walaupun Mirwan, Mirqan dan Mirsya menganggapnya sebagai datuk mereka, namun dia masih terasa seperti ada jurang di antara mereka. Dan sekarang bila Danielle telah berkahwin dengan Mirsya dia terasa antara mereka semakin dekat.
Namun apa yang merisaukan hatinya sekarang ialah Mirsya. Sejak semalam Mirsya asyik muram aja. Sepatah ditanya sepatah juga yang dijawab. Sepatutnya Mirsya perlu bergembira kerana akhirnya percintaan mereka diakhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan. ‘Mungkin dia penat kut? Iyalah sejak seminggu yang lalu asyik membuat persiapan bagi memastikan majlis yang dirancang berjalan dengan lancar,’ fikir Tan Sri Adam sendirian. Tiba-tiba…
“Aduh! Danielle tolong atuk,” serentak dengan itu Tan Sri Adam pengsan.
“Ya Allah atuk. Mama! Papa! Atuk pengsan,” jerit Mirsya yang kebetulan lalu di situ.
“Apahal dengan atuk ni? Reena, macamana atuk boleh pengsan ni?” soal Danielle sambil memangku Tan Sri Adam.
“Dah, mari kita bawa atuk ke hospital. Along, Angah, tolong angkat atuk,” arah Datuk Ikmal Firdaus.
“Reena ikut Danielle. Biar mama naik dengan papa,” Datin Sarah Rusmila memberikan arahan.
Setibanya di hospital, Tan Sri Adam terus dibawa ke bilik kecemasan.
“Mama, kenapa lama sangat atuk di dalam?” soal Mirsya dalam sendu.
“Dah jangan nangis lagi. Sama-samalah kita berdoa semoga atuk tak ada apa-apa.”
“Doc, how about my grandpa?” terpa Danielle ke arah seorang doktor yang baru keluar dari bilik kecemasan itu.
“I’m sorry! I will try my best but…”
Serentak dengan itu terdengar tangisan Mirsya dan Datin Sarah Rusmila.
“Danielle, banyakkan bersabar,” pujuk Datuk Ikmal Firdaus bila dilihat Danielle seolah-olah tidak bermaya.
“Papa, mengapa terlalu berat ujian yang terpaksa Danielle tanggung. Kehilangan mama dan papa pun masih terasa, kini atuk pula pergi. Danielle tak sanggup nak hadapinya,” rintih Danielle dalam sendu.
“Danielle, yang pergi biarkan pergi. Kita kena redha. Kita yang masih hidup ini perlu teruskan kehidupan. Tambahan pula Danielle dah kahwin sekarang. Danille dah ada tanggungjawab baru. Dah jangan sedih lagi. Anggaplah semua ini sebagai satu dugaan dariNya untuk menguji hambaNya. Kalau Danielle masih sedih macam ni, macamana dengan Mirsya. Danielle kena tabah demi Mirsya,” nasihat Datuk Ikmal Firdaus.
“Pa, terima kasih kerana selama ini menganggap Danielle sebagai anak papa. Kalau tak ada papa dan mama Danielle tak tahu bagaimana nak teruskan hidup.”
“Dah, sekarang ni walaupun Danielle kehilangan sesuatu, namun hari ini juga Danielle menerima sesuatu. Ingat walau apapun terjadi, Danielle sekarang dah jadi suami orang. Mirsya hak Danielle sepenuhnya. Jagalah dia sebaiknya.”
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)