Thursday, October 28, 2010

terkongkong la pulak

veryyyyyyyyyy da tak sukernyerr....

now n akan datang ai tak boleh post sesuka ati ai dah ayat-ayat jiwang ke fesbuk....

semua gara-gara my kezen nak jadi spai tak bergaji untuk tau progress ai tiap2 ari....

haihhhh menci + tak suka tak suka tak suka......


maka oleh itu ai dijatuhkan peringatan jangan post benda-benda merapu or tak tentu hala dalam fesbuk dah......

haiyaaaaaa ai kena jadi ahli akademik jer laa pasni post ayat-ayat skema n sistematik....

bohsan + tak sukerr + menci + bengang = gerammmmmmmmmmmmm

Wednesday, October 27, 2010

kau dan aku ~ hanya sejarah

Ku untuk dia
Bukan untukmu
.
.
Ku milik dia
Bukan milikmu
.
.
Pergilah kamu
Jangan kau ganggu
.
.
.
Biarkan dia mendekatiku
.
.
.
.
.
.
.
Sejarah yang dah berlalu tak mungkin berulang kembali
Biarlah yang sejarah hanya tinggal sejarah
Sejarah yang akan berkubur tanpa nisan
.
.
Kau yang memulakan dan kau juga yang mengakhirkan
Terimalah hakikat aku dan kau sudah jauh haluan
Kau dan aku tak mungkin bersatu kembali
Walaupun hanya dalam mimpi

hasil pertama pokok tomato

berbuah kali kedua lepas petik kali pertama...


tadaaaaaaa pokok tomato yang ai beli dua tiga ari lepas telah mula masak buahnyaa....

dan semalam mak ai telah mula merasmikan hasil pokok tomato yang pertama....

walaupun pokok tue tecik jerr tapi bleyy laa menghasilkan 6 biji buah tomato...

waaa terbangga bangga gilerrr pokok hasil belian ai boleh diguna untuk masak kari ikan...

walaupun buah dia just sedang sedang jerrr tapi umphhh sedap nyerrr isi dia....

tunggu next hasilan pulak...sedang berbuah banyak tapi tatau g berapa banyak dapat dipetik hasilannyerr!!!!

Tuesday, October 26, 2010

jenJaLan di tEsc0

semalam malam ai dan keluarga ai jenjalan lerrr ke teSc0....

dengan niat nak gi aTm mesin kat tEsc0 (huhuhu padahal aTm mesin banyak jerrrr kat serata dunia)....

tapi sebenarnya takut nak g aTm mesin sensorang lerrr lepas tengok drama anugerah skrin tue yang tajuk dierrr 'taubat nasuha'......

kan time part sheila rusly bawak keluar duit kat aTm ada orang ikut dia sampai ke rumah pastu terus bunuh dia ngn anak2...uikssss veryyyy da ngerinyerrrrr :(

sesampai jerrr kat teSc0 ermmmmm alamak parking full laaa pulakk...so nak tak nak kena laaa bawak keta naik ke tingkat atas.....jeng jeng jeng dengan penuh keslamberan drive ke atas untuk parking (padahal dalam ati dah dup dap dup dap coz ai verryyy de seriau skett ngan tempat tinggi)

dah abes parking terus ai dan family masuk ke dalam pasaraya dulu...(sebab aTm mesin duk tingkat bawah so macam malas nak turun g)

tetiba jerrr masuk pasaraya OMG ramainyerrrr orang huahuahua baru tingat semalam ari bergaji gajian...patut lerrrr berduyun duyun manusia serbu tEsc0....termasuk laaa mat mat bangler dan indon semua pakat berebut ngan orang malaysia masuk teSc0....

lepas lepas abis raund da tEsc0 tiba lerrr part nak bayarr....alamak nie yang lemah nie....semua kaunter full....tak per tak per duk laa beratur kaunter A (eh naper orang depan tak bergerak2 pun sedangkan kaunter sebelah dah banyak gerak)

tak bley jadi nie...tukar kaunter laaa...alamak veryyy de sama gak...lambat cam siput jer...tukar g kaunter...ala nyonya nie beli banyak nyerr...

jom jom tukar g kaunter ke 4...nampak cam orang orang depan tue beli barang sket jerrrr....
lorhhhh (tepuk dahi) cashier die bengap pulak.....veryyyyyyy de slowlyy nyerr....huhhhh sabar sabar tak larat tukar kaunter dah....tunggu ajer la....alahai terlebih lemah lembutnyerrr cashier nie....kira duit pun dekat beratus ratus tahun nyer...sabar jerr laaa ai....

lastly dapat gak buat bayaran...n we olsss gerak gerak troli tuju tingkat bawah....sebab nak p aTm mesin....ai dan adik g laa aTm..time nak tolak masuk pintu aTm mesin sempat g cakap kat adik pasai sheila rusli kat aTm mesin dalam drama tue...(huhuhu sebagai langkah berjaga jaga jer tue)

dah abis amik duit gerak tingkat atas nak balik...masih dengan keslamberan dan kerelaxan nak bawak turun kereta ( dalam ati nyanyian dup dap dup dap bergema kembali)...tapi.....elehhh tak der mencabar mana pun....hahaha senang gilerrrr nak bawak turun keta....

Monday, October 25, 2010

siannn inCik

semalam malam time time tengah landing syiok syiok tunggu azan Maghrib ai dapat koling koling dari inCik 'voice' jantan...... (waaa suker sukie nyerrrrrrrrr sebab windu gilerrrrrrrrrr dekat suara dia bagi salam)
setelah hampir sepuluh harian inCik tak koling koling....

tapi......

sob sob.....sedih nyerrr dengar suara dia........

" ai tengah demam selsema nie..tiga ari dah naik kilija tapi baru arini ai dapat koling koling u..very da tak larat betul nak bangun..."

cakap cakap dalam 4 minit lebey kurang jerrr sebab inCik tak larat nak cakap banyak....n inCik kata nak koling koling lagi jap g...
.
.
.
.
.

tunggu punya tunggu kul 8 lebey lebey sket inCik koling koling lagik...

tapi.....

sob sob....sedih lagi....

inCik bawa khabar abang inCik meninggal dunia beberapa menet yang lalu...:(

dan suara inCik bertambah lemah sebab ralat tak dapat balik uruskan jenazah abang dia....

kalo taun lepas inCik sempat urus pengebumian abang sulung inCik walaupun lepas settle terus inCik kena terbang tapi untuk abang yang nie bukan setakat urus nak jenguk buat kali terakhir pun inCik tak boleh....

takziah buat inCik...semoga inCik banyak banyak bersabar dan cepat cepat sembuh dari demam inCik....

suara inCik makin tenggelam timbul jerrr dengar sebab tetiba inCik cakap inCik teringat hal di daratan pulak lepas dok citer hal abang abang inCik yang dah meninggal. sebab inCik cakap lepas nie di umah inCik dah tak der kepala keluarga laa lepas semua sedara lelaki inCik meninggal....
sabar banyak banyak yeaa inCik...
dan selepas bergayutan sepuluh menet lebey inCik pun kata ok laa inCik nak sambung kilija dalam keadaan yang lemah longlai....siannn inCik :(

~ macam sibuk jerrrrr ~

ermmmm.....
start jumaat nie ai macam tersibuk sibuk ajer mengalahkan PM plak asernyerrr...hikhikhik....

jumaat + sabtu + ahad = kursus berharian dan bermalaman di opis *ngehhhh.....beryy da tak sukernyerrrrrrrrrrrr............

pastu isnin + selasa + rabu + khamis + jumaat + sabtu + ahad = jenjalan cari pasal sambil buat lawatan kilija ke seremban (haiyaaaaa manyak besshhh plak becoz ai dapat nginap di Royale Bintang Hotel nunnnn di sana)

tapi de part yang cam tak bley blah isnin tue kena masuk kilija.....haiyaaa satu minggu tinggai opis syokkk glerrrrr tp tang part nak masuk kilija balik terus jadi lemah semacam jerrrrr....

dalam bayangan suma tue aser cam bestttttttt sangat nak join venture ektiviti yang ai kena buat nie semua tapiiiiiii bila pikir tang keja haiyaaaaa manyak susah ati lorrhhhhh....

tapi apa apapun ai akan cuba bersiaran langsung dari Royale Bintang Hotel Seremban nun sebab ai akan terboring boring kalau tak dapat online......... ;)

Thursday, October 21, 2010

veryyyy da tak sukerrrrrr

ermmmm....pagi nie dpt news dari my boss....

ai kena attend kursus kat my opis....with my 2 frens....apa ker nama nyer kursus nie cuma 3 orang jer attend...

dah tue siap ader pakej terbaekkkk punyer --> bermalam kat opis g (sumur idup gheja fist time malam2 di opis)

so akan bermula laaa misi kursus ai dan bermalam malam start jumaat depan dari 29hb hengga 31 Oktober 2010 (nampaknya rancangan ai di ujung minggu bakal terbatal dengan sendirinyerr laaa)

tak sukaa tak sukaa tak sukaa....orang lain sesedap rasa jerrr relax relax kat umah tapi ai kena stay kilija....veryyy da bohsan nyerrrr!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 20, 2010

1..2..3..4


Satu... kasih yg abadi

Tiada tandingi dia yang satu

Dua... sayang berpanjangan

Membawa ke syurga kasihnya ibu

.

.

.

Tiga... lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah

Empat... mudah kau ketemu

Berhati selalu beza antara

Kasih dan kekasih

.

.

.

Ibu kuingat dahulu

Menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah

Bergunalah ilmu bila dewasa

.

.

.

Sayang dengar lagu ini

Untuk kau sandarkan buat pedoman

Jangan manis terus ditelan

Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

rINdu bAngaT :( :( :(

.
.
.
.
.
.
.


huhuhu rinduuuuuuuuuuuuuuu glerrrrrrr sama u.........
masuk arini udah 5 ari u tak koling koling i........ :(

rindu sangat sangattttttttt nak dengar 'jantan' voice u espeselli bila u bagi salam........

maybe time nie u tengah enjoy enjoy sebab dapat cuti..maklum laaa bebas dari segala kerja kerja yang bertimbun tak pernah abes kan....

neway wish u selamat bercuti cuti Malaysia dan enjoy selalu....

roger roger me later yeahhh kalu dah naik kerja.....tata muahsssssssssssss

always missshhhhhh not u but ur 'jantan' voice.....hiksss

Sunday, October 17, 2010

Lewat Kahwin Akibat Sihir

Baru-baru nie aku ada dengar ulangan rancangan Semanis Kurma dengan tajuk "lewat kahwin akibat disihir". Dahsyat juga penangan yang dirasai bagi sesapa yang kena sihir ni. Sihir seperti nie dinamakan 'pelalau'. Sesiapa yang kena sihir pelalau nie akan membuatkan dirinya hilang nafsu untuk berkahwin dan seterusnya menghalang dari meneruskan agenda untuk berkahwin.

Antara tanda-tanda yang selalu terjadi adalah gangguan ketika tidur, sama ada ketika hendak terlena, ataupun ketika nyenyak tidur. Seseorang itu mungkin diganggu mimpi mengerikan, seolah-olah mendengar letupan kuat, merasa ditikam, dilanggar sesuatu objek besar sebaik-baik hendak terlena. Ia mungkin bermimpi dengan mimpi melihat ular, harimau, anjing hitam besar yang menakutkan ketika sedang tidur. Dikejar oleh lembaga-lembaga yang menggerunkan, menyebabkannya lari tercungap-cungap dan terjaga dalam keadaan berpeluh badan. Mimpi-mimpi seperti ini selalunya berlaku berturut-turut, sama ada pada malam yang sama, atau malam-malam lain yang boleh berlakunya gangguan kesihatan.

Tapi sebaik-baik usaha untuk mengatasi penyakit seperti ini adalah dengan melakukan solat sunat istikharah memohon petunjuk dari Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari segala macam sihir yang membuat seseorang menderita.

Thursday, October 14, 2010

bengang gilerrr

bodoh punya KOWAJA...orang nak settle payment tp p bagi penalti pulak...
kalau setakat penalti singgit dua boleh tima g tapi nie sampai berbelas ribu gila ko nak cari mana banyak tue...

sepatutnya bila orang nak settle bagi la rebat...nie dok bagi penalti..
makan duit orang jerr lebih...

geram tolll bangang punyer koperasi...

Wednesday, October 13, 2010

~ mata siapa yang tidak pernah menangis ~

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah""Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!""Terima kasih Ayah"

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka.Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit."Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu""Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!


Read more: http://simiey.blogspot.com/2010/05/mata-siapa-yang-tidak-pernah-menangis.html#ixzz12DkwqkfI

Tuesday, October 12, 2010

- C - I - N - T - A -

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Read more: http://simiey.blogspot.com/2010/06/jodoh-untuk-renungan-bersama.html#ixzz127zeUPld

Tuesday, October 5, 2010

KASIH BERUBAH 17

“Hello adik, adik kat mana ni?” suara Mirwan kedengaran cemas.
“Adik kat dalam kelas sekarang ni Along. Tapi pensyarah tak masuk lagi. Apahal ni Along? Cemas aja,” soal Mirsya.
“Boleh adik balik sekarang?”
“Kenapa?”
“Afiqq masuk hospital. Tadi Mak Mah cakap Afiqq pengsan,”
“Adik… hello…”
“Tut… tut…”.
Dah letak telefon rupanya! Mirwan bermonolog sendirian.
“Opps.. maaf,”
“Ya Allah, Mirsya kenapa ni?” soal Shahrul bila Mirsya terlanggarnya.
“Afiqq masuk hospital.”
“Kenapa sampai macam tu? Jom Shah temankan balik,”
“Tapi… Shah kan ada kelas sekarang ni.”
“I’ll cancel it!”
“But…” Mirsya cuba mencari alasan lain kerana tidak mahu selalu terhutang budi dengan Shahrul. Namun belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Shahrul telah berlalu ke dalam kelas.
“Minta maaf semua. Kuiz hari ini terpaksa ditangguhkan. Saya ada hal sekejap. Kita buat lain kali,” suara Shahrul.
Seisi kelas bersorak gembira bila Shahrul membatalkan kuiz hari tu. Namun bagi Suzana, kebenciannya semakin bertambah. Lukanya semakin parah. Tambahan pula bila dilihat Mirsya tergesa-gesa keluar dari kelas tadi. Dia mengesyaki ada sesuatu yang berlaku antara Shahrul dan Mirsya. Tanpa berlengah Suzana segera menghubungi Mael untuk mengintip pergerakan mereka. Di kepalanya sudah terancang satu rancangan yang bakal memburukkan keadaan yang sedia ada.
‘Jaga kau Mirsya! Aku dah tak sabar nak memulakan permainan ni. Dasar perempuan murahan,’ ngomel Suzana sendirian sambil menggenggam penumbuknya seolah-olah Mirsya berada di depan matanya.

……………………

“Along!” jerit Mirsya sebaik terpandangkan Mirwan yang berada di atas kerusi menunggu itu.
“Adik, bawa-bawa bersabar. Dah jangan nangis, jom kita jumpa doktor. Ada sesuatu yang nak dibincangkan,”
“Adik nak jumpa Afiqq dulu. Adik nak tengok dia dulu,”
“Okey, kita jumpa Afiqq dulu.”
“Afiqq, ni mama sayang. Buka mata nak. Kenapa ni?” dalam sendu Mirsya bersuara. Tak dapat ditahan tangisnya bila dilihat keadaan Afiqq itu.
“Along, kenapa dengan Afiqq?” soal Shahrul yang sedari tadi hanya mendiamkan suaranya.
“Tadi Mak Mah call Along. Dia kata tiba-tiba Afiqq pengsan. Itu yang terus dibawa ke hospital. Tapi tak tau la apa penyakitnya. Along belum jumpa doktor lagi. Tu yang tunggu Mirsya, nak pergi jumpa sekali,” jelas Mirwan.

……………………

“Doktor, kenapa dengan anak saya? Any problem with him?” soal Mirsya tidak sabar-sabar ingin mengetahui perkembangan kesihatan anaknya.
“Sabar puan. Sebenarnya tiada apa-apa masalah yang serius dengan anak puan. Cuma badannya terlampau panas. Saya takut panasnya akan melarat menjadi penyakit lain. Sekarang ni ramai orang yang demam panas, jika tak dirawat dengan betul boleh menyebabkan kecacatan pada otaknya. Namun ada satu yang saya musykilkan, semasa saya merawat dia tadi dia tak henti-henti memanggil papa.” Jelas Doktor Shahir.
“Oo… sebenarnya dia rindukan papanya,” jelas Mirwan bila dilihat Mirsya tunduk mngesat air matanya yang tak henti-henti mengalir dari tadi.
“Encik Mirwan bukan ayah dia ker?” soal doktor itu keliru dengan pernyataan Mirwan.
“Saya abang Mirsya. Pak Long Afiqq,” Mirwan menjelaskan salah anggapan Doktor Shahir.
“Saya rasa cik berdua perlu segera menemukan mereka. Saya takut demamnya akan melarat bertambah teruk,” nasihat Doktor Shahir.
“InsyaAllah. Kalau tak ada apa-apa lagi kami keluar dulu,” pinta Mirwan.
“Emm… saya rasa itu aja.”
“Thanks doc,” ucap Mirwan sambil berjabat tangan dengan Doktor Shahir.
“Along, Mirsya, kenapa dengan Afiqq?” terpa Shahrul bila dilihatnya mereka keluar dari bilik doktor.
“Afiqq demam panas. Miss his father,” lemah jawapan yang keluar dari mulut Mirsya.
“Adik, along rasa elok kalau adik balik berehat dulu. Afiqq pun dah tak apa-apa,”
“Tak, adik nak jaga Afiqq,” Mirsya masih berkeras.
“Adik janganlah degil. Lagipun along tengok adik tak bermaya tu. Pergilah balik, tak apa biar along jaga Afiqq,” ujar Mirwan.
“Tapi…” Mirsya masih tak mahu mengalah.
“Adik, nanti kalau adik jatuh sakit sapa yang susah. Dah, sekarang ni adik balik rumah berehat dulu. Biar along yang jaga Afiqq. Shah, tolong hantar Mirsya balik,” pinta Mirwan.
“Jom Mirsya, betul cakap along tu. Mirsya balik mandi dan berehat dulu. Nanti petang kita datang lawat Afiqq lagi,” pujuk Shahrul.
Dengan langkah yang berat Mirsya bergerak meninggalkan perkarangan hospital itu. Tiba-tiba…
“Shah, temankan Mirsya cari Danielle.”
“Nak cari kat mana? Mirsya kan tak sihat. Nanti Shah tolong carikan,”
“Tak, Mirsya nak pergi cari Danielle sekarang juga. Kalau Shah tak nak temankan biar Mirsya pergi sorang,”
“Mirsya, janganlah degil. Nanti Shah carikan Danielle. Mirsya balik rumah berehat dulu,” pujuk Shahrul lagi.
“Tak nak!” Mirsya segera berjalan meninggalkan Shahrul sendirian.
“Aduhh…”
“Mirsya, kenapa ni?”
“Tak tau la tiba-tiba aja kepala Mirsya berpusing,” beritahu Mirsya.
“Dah, mari Shah bawa Mirsya balik rumah dulu,” tegas Shahrul. Dan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling Shahrul memaut lengan Mirsya ke arah keretanya
Tanpa membuang masa Mael segera mengambil gambar kemesraan mereka. Setelah itu dia menelefon Suzana untuk menjalankan rancangan jahat mereka. Rancangan yang bakal memusnahkan rumah tangga Mirsya dan Danielle. Niatnya hanya satu. Membalas dendam!
“Mirsya, kita singgah kedai makan kejap. Kita makan dulu sebelum balik rumah. Shah tengok dari tadi Mirsya tak jamah apa-apa pun. Kita pergi yer,” Shahrul meminta kebenaran dari Mirsya.
“Kita makan kat rumah aja la. Mirsya tak ada selera,”
“Tapi…”
“Shah, please…”
“Okey Mirsya tunggu dalam kereta, Shah pergi bungkuskan,”
“Emm…”

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke