Tuesday, October 5, 2010

KASIH BERUBAH 17

“Hello adik, adik kat mana ni?” suara Mirwan kedengaran cemas.
“Adik kat dalam kelas sekarang ni Along. Tapi pensyarah tak masuk lagi. Apahal ni Along? Cemas aja,” soal Mirsya.
“Boleh adik balik sekarang?”
“Kenapa?”
“Afiqq masuk hospital. Tadi Mak Mah cakap Afiqq pengsan,”
“Adik… hello…”
“Tut… tut…”.
Dah letak telefon rupanya! Mirwan bermonolog sendirian.
“Opps.. maaf,”
“Ya Allah, Mirsya kenapa ni?” soal Shahrul bila Mirsya terlanggarnya.
“Afiqq masuk hospital.”
“Kenapa sampai macam tu? Jom Shah temankan balik,”
“Tapi… Shah kan ada kelas sekarang ni.”
“I’ll cancel it!”
“But…” Mirsya cuba mencari alasan lain kerana tidak mahu selalu terhutang budi dengan Shahrul. Namun belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Shahrul telah berlalu ke dalam kelas.
“Minta maaf semua. Kuiz hari ini terpaksa ditangguhkan. Saya ada hal sekejap. Kita buat lain kali,” suara Shahrul.
Seisi kelas bersorak gembira bila Shahrul membatalkan kuiz hari tu. Namun bagi Suzana, kebenciannya semakin bertambah. Lukanya semakin parah. Tambahan pula bila dilihat Mirsya tergesa-gesa keluar dari kelas tadi. Dia mengesyaki ada sesuatu yang berlaku antara Shahrul dan Mirsya. Tanpa berlengah Suzana segera menghubungi Mael untuk mengintip pergerakan mereka. Di kepalanya sudah terancang satu rancangan yang bakal memburukkan keadaan yang sedia ada.
‘Jaga kau Mirsya! Aku dah tak sabar nak memulakan permainan ni. Dasar perempuan murahan,’ ngomel Suzana sendirian sambil menggenggam penumbuknya seolah-olah Mirsya berada di depan matanya.

……………………

“Along!” jerit Mirsya sebaik terpandangkan Mirwan yang berada di atas kerusi menunggu itu.
“Adik, bawa-bawa bersabar. Dah jangan nangis, jom kita jumpa doktor. Ada sesuatu yang nak dibincangkan,”
“Adik nak jumpa Afiqq dulu. Adik nak tengok dia dulu,”
“Okey, kita jumpa Afiqq dulu.”
“Afiqq, ni mama sayang. Buka mata nak. Kenapa ni?” dalam sendu Mirsya bersuara. Tak dapat ditahan tangisnya bila dilihat keadaan Afiqq itu.
“Along, kenapa dengan Afiqq?” soal Shahrul yang sedari tadi hanya mendiamkan suaranya.
“Tadi Mak Mah call Along. Dia kata tiba-tiba Afiqq pengsan. Itu yang terus dibawa ke hospital. Tapi tak tau la apa penyakitnya. Along belum jumpa doktor lagi. Tu yang tunggu Mirsya, nak pergi jumpa sekali,” jelas Mirwan.

……………………

“Doktor, kenapa dengan anak saya? Any problem with him?” soal Mirsya tidak sabar-sabar ingin mengetahui perkembangan kesihatan anaknya.
“Sabar puan. Sebenarnya tiada apa-apa masalah yang serius dengan anak puan. Cuma badannya terlampau panas. Saya takut panasnya akan melarat menjadi penyakit lain. Sekarang ni ramai orang yang demam panas, jika tak dirawat dengan betul boleh menyebabkan kecacatan pada otaknya. Namun ada satu yang saya musykilkan, semasa saya merawat dia tadi dia tak henti-henti memanggil papa.” Jelas Doktor Shahir.
“Oo… sebenarnya dia rindukan papanya,” jelas Mirwan bila dilihat Mirsya tunduk mngesat air matanya yang tak henti-henti mengalir dari tadi.
“Encik Mirwan bukan ayah dia ker?” soal doktor itu keliru dengan pernyataan Mirwan.
“Saya abang Mirsya. Pak Long Afiqq,” Mirwan menjelaskan salah anggapan Doktor Shahir.
“Saya rasa cik berdua perlu segera menemukan mereka. Saya takut demamnya akan melarat bertambah teruk,” nasihat Doktor Shahir.
“InsyaAllah. Kalau tak ada apa-apa lagi kami keluar dulu,” pinta Mirwan.
“Emm… saya rasa itu aja.”
“Thanks doc,” ucap Mirwan sambil berjabat tangan dengan Doktor Shahir.
“Along, Mirsya, kenapa dengan Afiqq?” terpa Shahrul bila dilihatnya mereka keluar dari bilik doktor.
“Afiqq demam panas. Miss his father,” lemah jawapan yang keluar dari mulut Mirsya.
“Adik, along rasa elok kalau adik balik berehat dulu. Afiqq pun dah tak apa-apa,”
“Tak, adik nak jaga Afiqq,” Mirsya masih berkeras.
“Adik janganlah degil. Lagipun along tengok adik tak bermaya tu. Pergilah balik, tak apa biar along jaga Afiqq,” ujar Mirwan.
“Tapi…” Mirsya masih tak mahu mengalah.
“Adik, nanti kalau adik jatuh sakit sapa yang susah. Dah, sekarang ni adik balik rumah berehat dulu. Biar along yang jaga Afiqq. Shah, tolong hantar Mirsya balik,” pinta Mirwan.
“Jom Mirsya, betul cakap along tu. Mirsya balik mandi dan berehat dulu. Nanti petang kita datang lawat Afiqq lagi,” pujuk Shahrul.
Dengan langkah yang berat Mirsya bergerak meninggalkan perkarangan hospital itu. Tiba-tiba…
“Shah, temankan Mirsya cari Danielle.”
“Nak cari kat mana? Mirsya kan tak sihat. Nanti Shah tolong carikan,”
“Tak, Mirsya nak pergi cari Danielle sekarang juga. Kalau Shah tak nak temankan biar Mirsya pergi sorang,”
“Mirsya, janganlah degil. Nanti Shah carikan Danielle. Mirsya balik rumah berehat dulu,” pujuk Shahrul lagi.
“Tak nak!” Mirsya segera berjalan meninggalkan Shahrul sendirian.
“Aduhh…”
“Mirsya, kenapa ni?”
“Tak tau la tiba-tiba aja kepala Mirsya berpusing,” beritahu Mirsya.
“Dah, mari Shah bawa Mirsya balik rumah dulu,” tegas Shahrul. Dan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling Shahrul memaut lengan Mirsya ke arah keretanya
Tanpa membuang masa Mael segera mengambil gambar kemesraan mereka. Setelah itu dia menelefon Suzana untuk menjalankan rancangan jahat mereka. Rancangan yang bakal memusnahkan rumah tangga Mirsya dan Danielle. Niatnya hanya satu. Membalas dendam!
“Mirsya, kita singgah kedai makan kejap. Kita makan dulu sebelum balik rumah. Shah tengok dari tadi Mirsya tak jamah apa-apa pun. Kita pergi yer,” Shahrul meminta kebenaran dari Mirsya.
“Kita makan kat rumah aja la. Mirsya tak ada selera,”
“Tapi…”
“Shah, please…”
“Okey Mirsya tunggu dalam kereta, Shah pergi bungkuskan,”
“Emm…”

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke