Monday, July 30, 2012

Masih Lagi Menunggu Berita ... (╯︵╰,)

Sehingga ke saat ini eyza masih menunggu panggilan dari kawan terbaek eyza yang duk kerja di MIRI tue pasal kes kapal yang terbakar dipanah petir di Labuan. Sebab nak tahu berita yang sebenar punca kejadian boleh berlaku.


Last dia call pun sehari sebelum kejadian. Jadi rasanya sekarang nie mesti dia tengah sibuk berada di tempat kejadian teman bos dia siasat punca kejadian.


Bukan tak boleh baca di surat khabar tapi dengar sendiri dari orang yang terlibat di bidang nie rasanya maklumat lebih terperinci.




SEBUAH kapal dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno, Labuan, meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan lima pekerja yang berada di atas kapal hilang, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Shahril Azmi Baharudin, 28, berasal dari Melaka.

“Mayat mayat mangsa ditemui rentung 90 peratus di bahagian dek kapal. Empat mangsa yang hilang ialah Muhammad Nazrin Khamsani, 20, (Kuala Lumpur); Mohd. Hanafi Khalil, 24, (Melaka); Zahari Hassim, 46, (Negeri Sembilan) dan Colanggoy Errol Calaluan, 22, (Filipina)," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, 19 lagi anak kapal disahkan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.




p/s : berdoa mudah-mudahan cuti iNCik diluluskan dan dia dapat peluang beraya bersama keluarga tahun nie.

Yuhuuu Bestnya Gayut

Ini bukan entri pasal gayut pokok ekkk...




Tapi ini kisah manusia yang bergayut di telefon.


Sebenarnya ini kisah mengenai kawan sepejabat eyza yang suka menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi dia sendiri.


Eyza faham ramai yang guna telefon pejabat untuk urusan peribadi dan paling lama mereka bercakap pun 5-10 minit macam tue jer. Tapi kawan eyza sorang nie tadi eyza detect dia bergayut dengan 'kakak' dia dari pukul 8:34am hingga pukul 9:53am. Dan bukan sekali nie jer dia buat tapi dah banyak kali. 


Rasanya dia lebih arif hal-hal penyalahgunaan barang-barang pejabat untuk urusan peribadi sebab dia dulu berkelulusan dari bidang agama.


Apa guna pakai handphone canggih kalau kredit tak dak?







p/s : sedang menahan kesabaran disebabkan perangai seorang pensyarah yang harap muka jer lawa tapi budi bahasa is KURANG!

Sunday, July 29, 2012

Wahai Ikan Talapia...

Benda nie berlaku kat eyza sekeluarga pada hari ketujuh kita berpuasa. Tapi macam biasalah bila mai opis baru eyza berkesempatan nak buat entri nie. Bukannya tak ada internet dekat rumah tapi malas nak buka blog bila ada kat rumah hehe...


Alkisahnya akak eyza teringin nak makan ikan bawal masak 3 rasa tapi kebetulan hari tue tak ada orang jual. Jadi dia decide suruh beli ikan talapia masak 3 rasa jer.




Masa makan tue akak eyza rasa kenapa ikan tue bau busuk sangat maka ikan tu tak habis dimakanlah. Masa nak buang ikan tue baru dia perasan ada benda hitam kat tepi perut ikan tue dan rupa-rupanya benda tu ialah isi perut ikan.


MasyaAllah peniaga bazar tue jual ikan yang tak disiang lagi. Dan kemungkinan jugak dia tak basuh langsung ikan tue sebab kalau basuh sekor-sekor ikan tue mesti perasan ada ikan yang tak siang lagi.


Memang lepas nie takkan beli kat dia dah la. Kira blacklist terus nama dia dari senarai gerai yang boleh disinggahi.





p/s : nak meniaga harus jujur dan bersih bukan main hentam jer semata-mata nak ligan untung!!!

Thursday, July 26, 2012

Lama Tak Rasa Stress huhu...

Rasanya macam lama benar tak alami keadaan tension dalam bekerja sehinggalah pagi tadi ada dua pemanggil mencacatkan mood bekerja hari ini.






Tapi sempena bulan puasa bulan mulia nie, malas nak bertekak lebih-lebih dengan orang-orang yang tak sabar itu.





Ermmm eyza tukar template baru hasil rekaan CAER. Oke tak korang?






p/s : terkejut baca wall kat fB orang dok cerita pasal kapal terbakar di Labuan. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya dan al - fatihah buat mangsa yang meninggal... iNCik plisss call me just to know what happen huhu... :(

Bonus Untuk Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan

Alhamdulillah semua kat rumah dok pakat tersenyum dah semalam bila dengar pengumuman pasal BONUS yang diberikan oleh kerajaan.


Syukur sangat-sangat dengan pemberian bonus raya ini yang sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban dalam membuat persiapan raya.



Menurut laporan dalam BERNAMA, Perdana Menteri dalam kenyataan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos. Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.





p/s :  syukur dengan bonus itu tapi tak leh enjoy sebab kena simpan untuk nak bayar benda penting huhu...

Wednesday, July 25, 2012

Tazkirah Ramadan








p/s : jom sama-sama tingkatkan amalan yang hanya hadir sekali dalam setahun saja.

Tuesday, July 24, 2012

#SaveMaryam kenapa kita perlu ambil peduli

Maryam adalah gadis biasaaberumur 16 tahun yang tinggal di Indonesia. Memiliki keluarga seperti mana kita juga. Tapi dek desakan kewangan, banyak masalah timbul, masalah antara ibu bapa dia, masalah pelajaran dia, masalah adik-adik dia yang lain, buatkan dia tertekan dengan hidupnya. Kehadiran seorang 'kawan' yang memang selama ini dia nantikan telah sedikit sebanyak mengubat hatinya yang selalu berduka. Kawannya perkenalkan 'cara' untuk dia lari dari masalah yang banyak itu dengan menalefon ke satu nombor dan berkongsi masalahnya, mengajak dia ke konsert-konsert yang aman dan berjumpa dengan cikgu-cikgunya yang jauh lebih ramah dari ibubapanya sendiri. Diri Maryam kini lebih tenang.....


Dalam tenang dia rasa resah, resah sebab dia melihat dirinya semakin jauh dengan agamanya sendiri!



Maryam bukan sekadar nama, ia melambangkan lebih 2 juta setahun penduduk di Indonesia yang meninggalkan Islam dan menganut agama lain terutamanya kristian. lebih 200 orang meninggalkan Islam dalam masa sejam. Angka yang menakutkan! Untuk lebih memahami #SaveMaryam ini, kita tengok video di bawah




1 Ramadan lepas telah dilancarkan kempen #SaveMaryam di seluruh dunia. Kempen yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di seluruh dunia realiti di dunia sekarang dan juga bertujuan untuk memungut derma bagi menjayakan beberapa projek kearah membangunkan Islam. Pendapat peribadi aku, susah untuk kita jalankan program pembangunan Islam ini sebab kita tiada dana yang mencukupi. Sebab tiada dana, sebabnya tak ramai KITA yang take part dalamnya. Masalah utama adalah kedudukan ekonomi kita sendiri pun tak cukup kukuh, bagaimana mahu menderma kan?

#SaveMaryam ini adalah simbol untuk kita bersatu dalam memerangi masalah yang melanda masyarakat Islam di sana. Indonesia yang merupakan penduduk yang paling ramai beragama Islam, lebih 200 juta mungkin lepas ini tidak lagi kalau kita tidak melakukan sesuatu.

Kongsikan dengan kawan2 korang mengenai masalah ini, blog, tweet mengenainya, letak di facebook dan sebagainya supaya bukan kita sahaja yang tahu mengenai masalah ini. Selamatkan maryam, selamatkan Islam!


kredit to it's all about journeys

Monday, July 23, 2012

Terima Kasih Boshh... (~_~)

Akhirnya nasib kami semua sepanjang bulan puasa selama bertahun-tahun berakhir jugak bila mendapat pertimbanagn yang sewajarnya dari pengurusan baru. Kalau sebelum nie (rujuk ENTRI INI) kami seperti diabaikan namun untuk puasa tahun nie kami diberi keistimewaan.



Sebenarnya sepanjang bulan puasa nie kami semua, staf sokongan dibenarkan balik awal setengah jam dari kebiasaanya. Bermaksud boleh sampai awal ke rumah dan menyediakan persiapan berbuka dengan lebih sempurna. Sebab selalu hari kebiasaan eyza sampai rumah pukul 6. Jadi agak kalut sikitlah nak solat dan mandi sebab tue di hari bekerja biasa eyza mandi selepas Maghrib. Tak elokkan mandi malam tapi rasa letih sangat.


~ kurma nabi @ ajwa yang menjadi pilihan kami sekeluarga ~


Makanya dengan kebenaran balik awal di bulan puasa nie, dapatlah eyza buat semua tue sebelum masuk waktu berbuka dan sempat jugalah nak jenguk bazar ramadan dengan selesa.


Apapun. terima kasih bos baru nie sebab sudi ikut pekeliling kerajaan negeri walaupun kami semua berkhidmat untuk kerajaan persekutuan.





p/s : semalam hari ayam sedunia...2 kakak dan 1 orang adik eyza pergi ke bazar semuanya bawa balik ayam golek. Jenuh nak makan laaa....hihi...rezki selepas kehilangan ayam percik tue.

13 Perkara Wanita Perlu Jaga!

Sekadar berkongsi maklumat yang eyza dapat dari seorang kawan. Semoga menjadi panduan semua wanita di luar sana sempena bulan Ramadan ini. 




1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

 
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

 
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
                                                           
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

 
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

 
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

 
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

 
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

 
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

 
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

 
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

 
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

 
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sunday, July 22, 2012

Alhamdulillah Selesai Satu Hari Puasa

Syukur sangat2 semalam berjaya menghabiskan puasa yang pertama dengan jayanya walaupun diri berada dalam keadaan tak sedap badan.




Harap-harapnya kekal dengan jayanya hingga habis sebulan puasa.


Camana puasa semua semalam? Mesti masak menu-menu yang best kan maklumlah hari pertama berpuasa. Semalam eyza dengan mak pergi ronda kat bazar ramadan yang ada dekat dengan umah nie dan membelilah seketul ayam percik yang memang jadi feveret eyza tiap kali bulan puasa.




Tapi sungguh sadis bila ayam percik itu hilang dan kehilangan ayam nie hanya disedari lagi beberapa minit waktu berbuka. Sedih sungguh lah tak dapat nak makan ayam tue. Namun masih bersyukur dengan menu2 yang emak eyza sediakan. Nyum nyum nyum sedap menu semalam ikan siakap masak 3 rasa, daging goreng kunyit, ayam paprik, pajeri nanas dan ikan masin walaupun tanpa ayam percik... (~_~)




p/s : dah 4 hari dalam keadaan melelong gara-gara makan antibiotik yang beri kesan pada badan huhu...

Saturday, July 21, 2012

Hadis Fadilat Solat Terawih Adalah PALSU?

Semalam eyza ada post entri berkenaan Fadilat Solat Terawih - Malam 1 dan mendapat respon dari rakan-rakan pembaca seperti berikut...





Makanya, eyza mengugel pagi tadi untuk mendapatkan kesahihan apa yang dinyatakan mereka. Tak banyak yang menceritakan pasal hadis yang dikatakan palsu nie dan eyza jumpa dua blog yang membincangkan isu ini. Jadi eyza share bersama semua sebagai panduan dan renungan kita bersama.


Terdapat hadith-hadith dhaif dan maudhu’ yang menyentuh tentang fadhilat sembahyang terawih secara khusus. Antara yang termasyhur ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib tentang kelebihan tertentu pada setiap malam solat terawih.


Hadith popular pada bulan Ramadhan ini yang menyebut tentang fadhilat setiap malam solat terawih ini adalah maudhu’. Ibn al-Qayyim al- Jauziyah di dalam kitabnya “al-Manar al-Munif” telah menyenaraikan beberapa kriteria untuk mengenali hadith-hadith maudhu’ tanpa melihat dan menyemak kepada sanadnya (pengkajian terhadap silsilah rawi). Antara kriteria tersebut ialah apabila sesuatu hadih itu menyebut tentang kelebihan dan ganjaran yang terlalu banyak apabila melakukan amalan yang kecil, dan dosa dan hukuman yang terlalu berat untuk kesalahan yang kecil yang mana ianya tidak disebut oleh Rasulullah saw. Hal ini disebut sebagi al-Mujazafat. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif (Beirut:Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1988), hal.47)


Hadith ini kemungkinan direka oleh puak Syi’ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali bin Abi Talib yang didakwa oleh imam-imam Syi’ah bahawa beliau banyak menerima hadith-hadith khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadith ini juga mungkin bertujuan memikat golongan awam yang tidak mengetahui pelbagai kisah dan riwayat. Ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipulara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad bin Hanbal. Hadith ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam supaya giat beribadat tanpa ilmu. Inilah penjelasan yang telah diberikan oleh Syeikh Mustafa al-Siba’ie di dalam kitabnya “al-Sunnah wamakanuta fi al-tashri’ al-islami”. -sumber-





p/s : semoga selepas ni kita kena lebih berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu ilmu agama dan maaf kalau eyza tersalah tafsir.Wallahua'lam.

Friday, July 20, 2012

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke