Monday, July 2, 2012

Takut Nak Ke Pejabat

Ini bukan kisah seram seperti dalam slot malam Jumaat di tv3 atau kisah misteri nusantara sebab ini kisah melibatkan antara manusia dan manusia.



Sejak akhir-akhir ini eyza diganggu seseorang di pejabat. Bukan peminat misteri sebab eyza kenal dia sebab dia adalah rakan satu tempat kerja dengan eyza. Geram bila jadi macam nie rasa cam nak karate jer orang tue sampai lumat.


Mungkin akibat eyza terlalu peramah dan rajin melayan orang bersembang (sebenarnya eyza seorang yang pendiam tapi disebabkan tugas eyza ini maka eyza kena bercakap banyak) makanya keramahan dan kebaikan eyza telah disalah tafsir oleh dia.




Alkisahnya dia cakap dia suka kat eyza. Yang nie mula-mula eyza boleh terima sebab eyza fikir 'suka' dia tue sebagai rakan sekerja. Tapi kemudian, dia mula menghantar mesej di FB dengan ayat-ayat yang membuatkan eyza rasa tak selamat dan takut.






Baca mesej dia hantar tue menjadikan eyza rasa takut nak duduk sorang-sorang kat opis sebab nanti dia akan datang ke tempat eyza. Mungkinkah dia berfikir seseorang yang masih single macam eyza ni sangat-sangat terdesak untuk berkahwin sampai dia buat macam tue?






p/s : Apakah patut eyza buat laporan saja sebab perangai dia seolah-olah mengganggu ketenteraman eyza untuk bekerja?

4 comments:

  1. aiyookk.. tak tau.. ;) hihi..

    ReplyDelete
  2. bahaya jugak tu.... for the safety reason...... baik eyza crita kat kwn yg boleh dipercayai dulu..... mungkin dia boleh nasihatkan...... kalau masih terusan diganggu... make a report kat atasan ler.....

    ReplyDelete
  3. @Remy hazza eyza dah cerita dekat dia punya bos merangkap kawan baik eyza. dan dia masih buat lagi laa huhu

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke