Semalam eyza ada post entri berkenaan Fadilat Solat Terawih - Malam 1 dan mendapat respon dari rakan-rakan pembaca seperti berikut...
Makanya, eyza mengugel pagi tadi untuk mendapatkan kesahihan apa yang dinyatakan mereka. Tak banyak yang menceritakan pasal hadis yang dikatakan palsu nie dan eyza jumpa dua blog yang membincangkan isu ini. Jadi eyza share bersama semua sebagai panduan dan renungan kita bersama.
Terdapat hadith-hadith dhaif dan maudhu’ yang
menyentuh tentang fadhilat sembahyang terawih secara khusus. Antara yang
termasyhur ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib tentang
kelebihan tertentu pada setiap malam solat terawih.
Hadith popular pada bulan Ramadhan ini yang menyebut tentang
fadhilat setiap malam solat terawih ini adalah maudhu’. Ibn al-Qayyim al-
Jauziyah di dalam kitabnya “al-Manar al-Munif” telah menyenaraikan beberapa
kriteria untuk mengenali hadith-hadith maudhu’ tanpa melihat dan menyemak
kepada sanadnya (pengkajian terhadap silsilah rawi). Antara kriteria tersebut
ialah apabila sesuatu hadih itu menyebut tentang kelebihan dan ganjaran yang
terlalu banyak apabila melakukan amalan yang kecil, dan dosa dan hukuman yang
terlalu berat untuk kesalahan yang kecil yang mana ianya tidak disebut oleh
Rasulullah saw. Hal ini disebut sebagi al-Mujazafat. (Ibn al-Qayyim, al-Manar
al-Munif (Beirut:Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1988), hal.47)
Hadith ini kemungkinan direka oleh puak Syi’ah untuk
menonjolkan maqam ketinggian Ali bin Abi Talib yang didakwa oleh imam-imam
Syi’ah bahawa beliau banyak menerima hadith-hadith khusus yang tidak pernah
diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.
Hadith ini juga mungkin bertujuan memikat golongan awam yang
tidak mengetahui pelbagai kisah dan riwayat. Ia direka oleh penglipurlara jahat
supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipulara
ini giat aktif di zaman Imam Ahmad bin Hanbal. Hadith ini juga mungkin direka
oleh ahli zuhud dan tasawuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan
keghairahan orang awam supaya giat beribadat tanpa ilmu. Inilah penjelasan yang
telah diberikan oleh Syeikh Mustafa al-Siba’ie di dalam kitabnya “al-Sunnah
wamakanuta fi al-tashri’ al-islami”. -sumber-
p/s : semoga selepas ni kita kena lebih berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu ilmu agama dan maaf kalau eyza tersalah tafsir.Wallahua'lam.
ada hadis palsu bertujuan untuk mengelirukan...sama2 selidik la ye...tapi pergi tarawikh bukan semata2 kerana fadilatnya...
ReplyDeletetakpe2..bagus la dah tau tu hadis palsu..actually ramai yg suke share kat fb tanpa selidik dulu. tapi niat dorg baik..nak bagitau info yg dorg dapat dan nak share ngan kawan2..just tak check sumber sahih je. :)
ReplyDelete@Ixbarr Abdullah betul tue...pergi terawih kena dengan niat yang ikhlas bukan semata2 mengharapkan ganjaran macam tue.
ReplyDelete@•♥ Myra ♥• itu la lepas baca komen dari member2 yang terus pergi cek kesahihan hadis tue.
ReplyDeletetak kisah lah eyza......
ReplyDeleteyg penting di bulan ramdhan nie kita tingkatkan keimanan......
Allah lebih tahu siapa kita.....hanya Dia yg menilainya.......
perbanyakkan amalan.........
@Remy hazza betul tue eyza yang penting kita buat ibadat yang disuruhNya. Semoga mendapat keberkatan dalam setiap ibadat kita.
ReplyDelete