Wednesday, November 30, 2011

Koleksi Gambar Basikal Pelik

Salam u olsss...


Kepada sapa2 yang suka beli basikal, mungkin basikal2 di bawah ni boleh menjadi pilihan untuk u olsss membeli. Jom layan gambar2 basikal yang sangat2 pelik tue.















All picture kredit to : TengokNi.Com



Ehh lawak la email nie

Salam u olsss...


Petang kelmarin masa tengah check email, ai terperasan ada sorang gadis melayu hantar email kat ai dengan title [No Subject].





Ingatkan kot ada kengkawan yang hantar email. So ai klik email tue nak baca.






Wahhh rupa2nya ada udang galah di sebalik mee kari. Letak nama pengirim --> Azamiah Adnan. Tapi dalam email jadik --> Mr. Tai Bei pulak hihi...Nampak sangat email nak menipu kan?


Tuesday, November 29, 2011

Lagi 5 Hari Jer

Salam u olsss...



Dalam tak sedar dok menghitung hari rupanya hanya tinggal lagi 5 hari tarikh tue akan menjelma.. 






Tetiba tertarik dengan angka 5 pulak sebab 

i) sebab tarikh tue tinggal 5 hari lagi.
ii) tarikh jatuhnya lagi 5 hari tue pulak pada 5hb.


Monday, November 28, 2011

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



Ya Allah, semoga kau kuatkan aku untuk menghadapi segala ujian dan cubaan dari Mu. Semoga aku tidak mengenali erti putus asa!

Sangat2 Malas Yer

Salam u olsss...


Tadi pagi rasa berkobar2 nak taip entri setelah agak lama bercuti. Tapi baru jer satu baris taip, trosss ilang mood. Kenapalah ai kena menghadapi situasi ini yang mengakibatkan automatik diri menjadi malas. Aisehh...


Gara2 mesej tak bertapis yang ai dapat dari seorang kawan, trosss jadi malas. Adehhh pesal la awak tak faham bahasa? Susah sangat ker nak faham ayat saya? Bukannya saya guna bahasa asing pun untuk balas mesej awak.







Kesudahannya ayat sebaris tue terbiar macam tue saja. Dah tak der idea nak sambung untuk baris seterusnya bila kena berurusan dengan orang macam awak.





Lain kali kena print ayat nie besar2 dan tampal kat PC supaya rajin hapdet hehe...




p/s : sedang menghitung hari ketuaan hihihi... =)

Saturday, November 26, 2011

Jadi Macam Orang Cacat Sekejap

Salam u olsss...




Agaknya bulan nie bulan sakit gigi sedunia kot sebab sana sini ai baca orang dok cerita perihal sakit gigi. Pergi klinik pun tengok betapa ramainya pesakit yang memerlukan rawatan pergigian baik kanak2 mahu pun orang tua.


Dan tak terkecuali orang yang dok bercerita nie jugak hehe...Sejak sebelum ai ke bengkel lagi dah sakit gigi, tapi tangguh dulu pergi klinik. Maka pada hari Selasa baru2 nie jer lepas balik bengkel, ai ke klinik gigi. Tujuannya nak menampal lubang yang mengakibatkan kesakitan melampau.


Tengah2 dirawat, doktor tue pun tanya nak ubat bius tak. Ai yang tak tahu apa2, terus hanggukkan kepala jer. Keluar pada tue, rasa separuh dari muka tak dak apa2 tindak balas. Rupa2nya kesan ubat bius tue menyebabkan ai dapat rasa keadaan orang cacat. Bayangkanlah nak kumur mulut pun rasa mulut senget jer. Pastu bila minum air, air akan tertumpah  macam mulut dah bocor. Walaupun hanya 3 jam sahaja, tapi ai dapat selami perasaan orang cacat muka nie.


Kalau ikut prosedur perubatan pergigian, ubat bius hanya diberi jika ingin mencabut gigi. Tapi dalam kes ai ni pulak diberi bius untuk memudahkan kerja doktor tue. Urmmm adakah doktor ini tak tahu etika atau buat2 lupa?



Friday, November 25, 2011

PERUT SUDAH TUA

Salam u olsss...




Ehh ehh jangan salah faham ekkk..Ini bukan cerita 18sx atau pun cerita yang sewaktu dengannya. Motip letak gambar tue hanya nak menyesuaipadankan gambar dengan cerita ai berkenaan perut.



Tanpa kita sedar, perut kita semakin hari semakin tua seiring dengan pertambahan usia kita. Bermaksud semakin berusia seseorang, semakin dia harus mengawal pemakanan.


Alkisahnya kan baru2 nie ai menginap berhari2an di Residence Hotel @ UNITEN. Yup tak dinafikan kat sana, makanan dia terbaik lah. Ada bermacam2 pilihan makanan untuk pengunjung hotel. Dan selalunya ai nie kalau menginap kat hotel, sure makan nasi banyaknyer. Tergoda dengan lauk2 dia tue.

Tapi kali nie agaknya perut sudah makin tua, ai tak berapa sangat nak makan nasi. Sehari tue sekali jer makan nasi. Ambil waktu makan tengahari itupun dalam kadar kuantiti yang amat sikit. Ingatkan ambik nasi sikit, boleh masuk makanan yang lain pulak. Rupa2nya, lepas makan nasi tue trus rasa kenyang sampai ke malam. Sebab apa agaknya yer? Mungkinkah sebab cuaca sejuk ataupun keletihan bekerja siang malam di sana.

Thursday, November 24, 2011

Terima Kasih Angin

Salam u olsss...


Entri ni tak berkaitan dengan semalam --> AKU RINDU HANG... So cik mas, nak main kompang kena tunggu lain tahun naaa hehe...


Semalam memang tengah merindu seseorang yang nun jauh berada di MIRI. Agaknya sebab sibuk, maka sudah 3 hari dia tak koling2 ai. Jadi saja gatai tangan post kat mukabuku suruh orang yang dirindui nie koling2 ai.


Dekat 1 jam lepas pos status, terus dapat call dari iNCik. Huahuahua adakah angin telah membaca status mukabuku ai lalu menyampaikan pesanan pada iNCik? Apa2 pun terima kasih yer angin sebab sudi menjadi posmen tak berbayar.

Orang lain main bola, orang lain yang sakit


Salam u olsss...


Semalam sapa tengok game Malaysia lawan Syria? Okey bukan nak ulas pasaipa Malaysia boleh kalah sebab Malaysia baru jer menang untuk Sukan SEA 2011.



(gambar sekadar hiasan - google)


Cuma nak habaq jer hihi semalam pasukan Malaysia yang main bola kan tapi pagi ni, kaki ai yang sakit. Jalan pun dah terhencut-hencut serupa macam cedera lepas main bola.


Mungkin akibat cuaca hujan dan sejuk, dalam masa tak sampai satu minggu 2 kali kaki ai cramp. Istilah melayu dia kena tarik mengkarung. Sapa yang pernah rasa kena tarik mengkarung masa tengah sedap2 tidur tue, pasti tahu macamana rasanya sakit tue. Macam nak menangis jer bila kena tue. Sakit sangat2 masa urat kaki tertarik.



Pada amnya, apabila kejang otot berlaku, anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang atau ketika datang haid.                                                            (cedok dari: SINI)



Jadi hari nie, datang bekerja dalam keadaan terhencut2. Sapa tanya pasaipa kaki, jawab ai cedera masa lawan Syria semalam hihi....

Wednesday, November 23, 2011

Aku Rindu Hang

Salam u olsss...




Harap tak der yang salah faham dengan membuat gosip atau kontroversi untuk ucapan 'aku rindu hang' tadi....Yes ai rindu kat dia tapi hanya rindu sebagai seorang kawan aja. Tak lebih pada tue.




Alhamdulillah sudah selamat kembali

Salam u olsss...


Akhirnya setelah hampir 10 hari meng'offline'kan diri dari donia belog, hari ini ai dah memunculkan diri untuk jenguk2 blog dan blogwalking blog yang dah lama tertinggal sebarang hapdet. 





Sangat2 rindu untuk berbelog sepanjang 10 hari tue. Tapi atas sebab tuntutan kerja yang sangat2 padat terpaksalah menahan keinginan itu. Actually sepanjang di sana, ada WIFI tapi entah apa sebabnya teramatlah susah nak loading untuk login ke blogspot. Makanya, tak dapatlah nak hapdet entri terkini sepanjang 10 hari bercoti.




Sebab tue hari ni masuk jer kerja, benda pertama yang dibuat adalah buka beloh hehe... Dalam kepala nie banyak benda nak citer tapi sebab kusyuk membalas komen dan berblogwalking, sampai terlupa nak taip entri. Dasat sungguh penangan belog kan?


Okehhh nantilah ai hapdet entri2 terkini sebab nak jenguk kamu semua dulu yang dah lama ditinggalkan.





p/s : dekat tapi tak sempat bertemu...ermmm blom rejeki lagi  =)

Tuesday, November 15, 2011

Bertemu Lagi Nanti =)

Salam u olsss...





Tinggal lebih kurang 1 jam jer lagi  sehingga ke pukul 1 tengahari untuk menjenguk belog kesayangan sambil berblogwalking menjenguk kawan2 di alam maya. Selamat tinggal adik2...especially to my little sis and bro --> CAER, SYAA dan CIK MAS.


Buat CAER : selamat berstudy untuk 2 paper yang tough tue yekkk...My prays alwayz for u dear!
Buat SYAA : selamat kembali menjadi warga kampus yer syomel. Nanti kita menge'date'kan diri together2 ekk...
Buat CIK MAS : selamat menjaga 'anak' yer shayang hehe.... InsyaAllah nanti kita jumpa yer...



motip letak pic nie sebab nak pi ke situ daaa hihi....


Belog nie bakal tidak berhapdet mungkin untuk selama 8 hari sehingga tuan belog muncul kembali hihi...Tolong jaga belog kesayangan akak nie yer my little sis and bro. Doakan perjalanan akak berkeretapi tepat pukul 7.15 malam ini dari Alor Setar akan selamat tiba di KL Sentral. Dan urusan akak dipermudahkan sepanjang perjalanan pergi sehinggalah balik. Will miss u budak-budak tecik sekalian  =(


Kehilangan ai selama 8 hari demi menjalankan satu tugas rahsia dan sulit negara. Uwarghhh rindu nak hapdet belog nanti  =(






p/s : insyaAllah minggu depan kembali balas kunjungan u olsss semua yer. Thanks sudi singgah ke DONIA BELOG SELAMBER AKU.

Monday, November 14, 2011

Tulun..tulun...what to do???

Salam u olsss...




S : Mir, sory coz tinggalkan mir dulu.

M : Xper janji sy bahagia.Mir happy untuk kebahagiaan sy.

S : hm, tp sy tau mir pasti kecewa. Masih ada ruangkah sy di hti mir?

M : benda dah lepas sy. xpayah diingat kembali la.kita kan masih berkawan?

S : mir, sy xbahagia.dan kami dah break. tp sy tau mir kecewa.xsalah sy kmbali pd mir.d hti sy mmg msh terpendam pd mir.




U olsss penah berdepan tak dengan situasi macam di atas? ermm apa nak jawab yea?


Ai dan S pernah jadi kawan dan hampir setahun yang lalu ai dan dia terputus hubungan selepas dia sedang asyik maksyuk berchenta. Orang tengah bahagia jadi ai tak nak ganggu. Lagi pun hubungan kami hanya berlandaskan kepada talian persahabatan saja. Tak pernah lebih pada tue.


Tapi bila tengahari tadi dapat mesej dari dia macam kat atas tue --> sory coz tinggalkan mir dulu buat ai jadi kaku dan kelu nak berkata2. Sebab seingat ai, we olsss xpernah ucap salam perpisahan atas persahabatan yang lama terjalin nie. Jadi kat mana rasionalnya dia kata ai kecewa? Adehhh masalah lain tak selesai lagi, timbul plak masalah baru...Tulun..tulun....Apa nak buat nie?


Semalam dapat lagi mesej dari S. Dia cakap nie mungkin balasan atas dosa dia meninggalkan ai..Adehh penin penin bila masa ai dan dia berchenta???

Saya Malu Nak Jadi Baik

"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,"

"Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,"

"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,"


Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.

Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya? Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makin dicintai Allah. Asal niat betul. 

Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.

Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?

Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia!


Usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!

Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya! Bersama air mata taubat seorang hamba!

Walau dirimu merasa tiada yang menyayangi, ketahuilah aku di sini amat menyayangimu sekalipun kita tiada pernah mengenali. Tetapi walau sebesar mana kasihku kepadamu, masih pasti belum mampu menandingi kasih-Nya terhadapmu. Apakah saat ini masih mahu berpaling?


Pasti dan sudah tentu pernah mendengar kisah seorang pelacur perempuan. Yang kiranya dipandang manusia begitu kotor dan jijik pada masa kini sehingga melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah. Walaupun mereka itu kini telah menyesal dan ingin berubah tetapi tetap dipandang serong. Tiada sokongan dan semangat yang ditiup tika mereka lemah. Kerana terusan dihantui dosa-dosa lalu.

Kembali kepada kisah pelacur perempuan. Yang berzina. Tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing. Tidakkah rahmat Allah itu luas? Kerana itu berhenti menghukum manusia. Walau kotor pada pandangan manusia, kita tiada pernah mengetahui apakah pandangan-Nya.

Lihat diri sendiri dan nilai. Diri sendiri juga belum tentu baik. Diri sendiri juga belum tentu dipandang-Nya. Walaupun kita melakukan kerja dakwah, walaupun diri itu sentiasa memberi tazkirah, walaupun diri itu aktif dalam program keagamaan. Lagi sekali, lihat dan nilai. Itu semua tidak bermakna jika hati terdetik riak dan melakukan kerana ingin dipandang hebat oleh manusia. Kerana ingin supaya manusia memandang tinggi. Kerana ingin manusia memandang diri itu bagus, baik, soleh dan solehah. Tika itu, tanya diri sendiri, di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?

Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.

Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini,yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh.

(sumber dari : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/3909-saya-malu-nak-jadi-baik.html) 





p/s : Artikel ini diambil dari web iluvislam..suka saya berkongsi di sini sebagai satu panduan untuk menyedarkan diri sendiri supaya sentiasa berubah ke arah kebaikan kerna Allah sentiasa bersama hambanya yang ingin berubah.

Saya Diduga dan Diuji Lagi

Salam u olsss...



Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia


Haruskah air mataku tumpah untukmu? Untuk sesuatu yang ku tahu sangat2 tak berbaloi?


Sehingga saat ini aku berdoa semoga kisah kau dan dia kembali terjalin. InsyaAllah kecewa dan sedih nie akan ku ubati tanpa menyusahkan dirimu. Semoga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih tue. Aku dah tak mampu nak menghalangnya.

SEGMEN:Blogwaling Sampai Gila

Salam u olsss...






Jom join segmen yang dianjurkan KATAK COMEL..Tarikh tutup adalah pabila sudah cukup kesemua 30 blogger. so, cepat-cepatlah join ye. first come,first serve. lalala

Sunday, November 13, 2011

Selamat Tinggal Lagi Sayang

Salam u olsss...


Ini entri kesinambungan entri pada 25 April 2011 --> SABARLAH SAYANG...


Kali ini detik itu tiba lagi
Detik yang memisahkan kita berdua
Saat itu kita akan terpisah buat seketika SAYANG
Ku harap kau dapat bersabar
Kita akan kembali bermesra dan bergurau senda bersama-sama
Sehingga kepulangan ku kembali di sisimu
Selamat tinggal SAYANG




 

p/s : agak pendek entri sebab tak der mood nak mengarang pulak adehhh....





Friday, November 11, 2011

11.11.11

Salam u olsss...


Hari ini 11 November 2011 jatuh pada hari penghulu segala hari, hari Jumaat yang berkat merupakan satu hari yang mempunyai tarikh yang agak cantik --> 11.11.11.


 

Ai dapat lihat banyak orang ambik tarikh nie sebagai suatu kenangan untuk mengabdikan benda yang penting dalam hidup masing2. Kawan ai sendiri pilih tarikh nie untuk melahirkan anak dia yang pertama. Mudah2an dia selamat melahirkan zuriat cintanya bersama suami.


Dan tarikh nie jugak banyak orang mendirikan masjid. Ramai orang ambil berkat hari jumaat untuk membuat majlis akad nikah hari nie. Tak terkecuali tadi ai tengok, orang Cina pun ambik kesempatan pada tarikh cantik nie untuk berkahwin.


Apa ada pada tarikh 11 November 2011 nie yea sampai orang berebut2 nak abadikan ia sebagai satu kenangan terindah? Tahun lepas semua pakat pilih tarikh 10.10.10. Tahun nie 11.11.11 pulak jadik pilihan. U olsss ada tak buat sesuatu sempena tarikh cantik nie ekk???


Apa2 pun sempena tarikh 11.11.11 nie ai nak wish 'HAPPY BIRTHDAY' buat member ai cik puan sree li eza yang tengah bersuka ria di karnival sukan kolej. Semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki selalu kawan!




p/s : search dalam google tadi kot ada keistimewaan dengan 11.11.11 tapi hampanya bila tarikh berkenaan banyak dikaitkan dengan orang Kristian!!! Satu pun tak der cerita pasal orang Islam.

OKU bukan bahan mainan

Salam u olsss...


Nak citer satu kisah masa ai pergi dengan family ke pasar tani jumaat yang lepas.



Alkisahnya masa tengah2 ronda nak beli barang, terjumpa seorang pak cik nie yang cacat penglihatan sedang berjalan dari satu gerai ke satu gerai yang lain untuk meminta sedekah.


Ai tengok semua peniaga2 kat situ marahkan dia sambil halau dia dari singgah di gerai mereka. Tapi dia tak putus asa, terus berjalan lagi. Bila ai singgah kat satu gerai jual barang2 dapur, jumpa lagi pak cik nie. Masa tu baru ai perasan ada sesuatu di belakang seluar dia. 


U olsss tahu tak rupa2nya mereka letakkan pelekat saiz 42 di belakang seluar dia. Kesian dia diperlakukan begitu. Sudahla duit tak diberi, dibuat macam tue pulak pada pak cik nie.


Mungkin mereka ingat orang OKU nie hanya layak dijadikan bahan mainan. Dia pun manusia macam kita semua, dia sendiri pun tak minta jadi begitu. Semuanya telah Allah tetapkan pada dia. Hurmm mana lah pergi perikemanusiaan mereka untuk membantu orang yang cacat?

Thursday, November 10, 2011

Dapat doodle award cumil dari CAER

Salam u olsss...


Pagi2 nie ai buka blog, intai kat shoutbox dulu tengok kot ada pesanan penting. Tadaa sekali dapat mesej cam kat bawah nie...

(motip letak imej nie nak bagitau ada shoutbox comel hehe...)


Sangat2 terharu okey my little bro, CAER sudi buatkan 'sesuatu' untuk ai walaupun tengah sibuk menstudikan diri untuk exam petang nie.


Apa lagi, trosss terjah blog CAER dan dapatlah 'sesuatu' yang sangat2 cumil dan kiut miut tue. Thank you so much CAER.




Menurut CAER, award nie diberikan khas kepada ai dan si syomel, FIONA sebagai satu penghargaan kerna telah menjadi pengomen yang paling tegar di belog dia hehe...



(baca yang ai highlight BIRU tue)



Untuk CAER, macam akak komen kat belog tadi : akak always being nice to cAer without expecting anything in return. And akak really2 appreciate doodle award yg cAER buat khas nie. thanks my little bro =)

Syukur kami tak pernah bertemu

Salam u olsss...


Pagi semalam masa tengah jalan menari2 kat dashboard untuk tengok apa perutusan terkini dari u olsss semua, ai ternampak satu tajuk entri yang selalu sangat orang buat dah. Berkenaan feveret blog dia. Dia senaraikan 6 blog, 2 daripadanya ai memang selalu terjah tapi ada satu blog dalam senarai dia amat2 menarik hati ai untuk selongkar balik entri2 dia...


Bila ai buka blog dia, rasa sesuatu menarik ai untuk terus melekat membaca coretan dia.'BILA HATI BERBICARA' nie banyak berkisah mengenai kerinduan seorang kekasih terhadap arwah bf dia. Apa yang tersentuh dan terkesan di hati ai, bila dia mengungkapkan kerinduan bila teringat segala kenangan bersama2 arwah bf dia. Kalau u olsss nak baca lebih lanjut kisah mereka, jengahlah 'BILA HATI BERBICARA' yea.


Ai tak leh nak cerita semua sebab ai buat entri nie cuma nak ucapkan syukur tetiba teringatkan iNCik. Sebab ai dan iNCik tak pernah lagi bertemu bersua muka walaupun dah 4 tahun kami kenal. Syukur kami tak perlu mempunyai segala kenangan manis untuk diingat ataupun barang2 untuk disimpan if something happen. Bukan mendoakan just in case ada apa2 jadi, tak adalah ai nak terasa sangat dengan kehilangannya.


 tengok kapal, ingat iNCik hehe....


Syukur sebab sepanjang tempoh perkenalan kami, hanya telefon dan email menjadi penghubung merapatkan hubungan kami. Bukan tak berniat nak jumpa, tapi tugasan iNCik tue agak menyukarkan kami untuk saling bertemu. Dalam sebulan ada la 4-5 hari saja dia boleh balik. Tolak tambah darab dan bahagi dengan masa perjalanan, ada lah dalam 3 hari jer dia boleh ada kat umah. Kesian plak kalau kami bertemu nanti, bila masa iNCik nak luangkan masa dengan keluarga dia. Walaupun kami sekampung tapi sekali pun tak pernah terserempak hehe...


Cukuplah ai rasa hanya telefon tempat kami bertemu dan bersembang serta bergaduh...hehe Di telefon jugaklah kami saling mengenali masing2. Yang paling utama, kami selalu bergaduh2 isu kerja kerajaan dengan swasta hehe... Yerlah dia kan kerja syarikat minyak yang gajinya sebulan bersamaan dengan gaji ai 3 bulan.


Dan selalunya ai banyak jadi pendengar setia untuk setiap masalah dia. Ai tak pandai pun nak selesaikan masalah dia, tapi sekurang2nya dia tak kan tensen bila dapat luahkan masalah.


Kesimpulannya, insan misteri nie yang selalu tak lekang dengan ucapan 'take care' di akhir perbualan kami, sentiasa mendapat tempat istimewa sebagai salah seorang kawan terbaek yang ai pernah ada. Even tak ada sebarang kenangan untuk disimpan di saat berjauhan, tapi ai tahu dia sentiasa dekat di hati. Bila dengar lagu dari kumpulan Arrow, otomatik teringat iNCik nie hehe...



Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati
Setiap malam ku tunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu
Ku terasa dunia ini bagai terhenti
Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu






p/s : good luck for u iNCik untuk exam yang akan berlangsung di Indonesia nanti  =)

Gambar2 Kucing Lagi

Salam u olsss...


Saja nak share gambar2 telatah kucing.






Giveaway Yanmieonline.com

Salam u olsss...


Dah laam tak join giveaway, arini tergeak hati nak masuk GA yang dianjurkan blogger fofular kak Yanmie.GA paling sempoi dan simple yang ai penah join hehe..Tak caya klik SINI untuk tengok dan baca syarat2nya.



Apa yang perlu:-
saya cuma inginkan pendapat anda tentang blog ini, apa yang perlu diperbaiki lagi dan apa yang perlu ditambahkan (simple review), tulis simple aje pun, tak perlu panjang-panjang (kalau nak buat panjang pun takpe hehe), contohnya themes, letak shoutbox, jam, lagu (Perumpanaan je, memang tak nak letak jam/lagu tu)  hehe atau apa-apa sahaja yang anda rasakan.



Pendapat ai :

Satu jer nak minta kak Yan tambah iaitu letakkan blog archive supaya memudahkan ai yang jarang sangat online ketika di rumah dapat cari dengan mudah apa2 cerita yang telah ketinggalan zaman hehe..sebab yang ada sekarang ni dalam blog kak yan hanya hapdet senarai post yang glamer2 ajer....


Okehh itu ajer pendapat ai untuk kak Yanmie. So u olsss semua jom la join sekali GA nie kerna “Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal

Wednesday, November 9, 2011

222 dan FIERUL

Salam u olsss...


Rasanya lama dah tak buat entri menceritakan pasal follower. Kali nie tengok ada satu angka yang menarik. Nombor 222..agak cantik nombor tue. dan ia milik blogger cikewi.


Nak kenal blogger dari labuan nie, jom terjah blog dia yea.



dan ini blogger FIERUL

story about me and my sweet chocolate


blogger yang menggunakan pink polkadot sebagai tema template. suka membuat entri dengan ayat2 yang ringkas dan mudah faham...kenapa dia guna nama fierul? ermm yang tue kena terjah blog fierul nie untuk tahu sepenuhnya yea. jom jom...

Kenapa citer pasal FIERUL? sebab saja nak tolong promote belog kengkawan hehe....

Khas untuk Dear Mustwany ;)

 Salam u olsss...


Entri nie dibuat khas untuk menjawab soalan yang cik must penat2 dah buat untuk ai. Okehhh jom tengok apa jawapan ai untuk cik must nie.





1. Selalu baca entry blog Cik Must tak?
~setiap kali online pastinya blog cik must akan masuk dalam senarai untuk diterjah.   


2. Filem apa yang paling terakhir dibaca?
~akak tak pernah baca filem, cuma tonton jer filem hehe last filem akak tengok citer LIBAS.


3. Kalau jadi cartoon or animasi, nak jadi superhero/superwomen yang mana?
~ayarkkk nak jadi apa ekk? ermm jadi yaya dalam boboiboy laa sebab dia cute ehhe... =)

4. Kalau dapat 1juta,apa nak buat?
~nak buat belanja kawen hehehe kalau dapat 1 juta perkara utama nak buat ialah pergi haji dengan mak ayah.

5. Blogger otai mana yang korang suka?
~ada ker blogger otai ekkk?

6. Pernah jumpa blogger yang lain tak?
~ ada...kawan2 yang jadi blogger hihi...

7. Ada planning nak jumpa tak?
~of cos la nak..jom jom buat gathering

8. Rasa-rasa nak jumpa blogger yang mana?
~nak jumpa CAER, CIK MUST, FIONA lalalala...dan semua laaa...hehe

9. Tempat mana teringin sangat nak melancong kalau free?
~nak ke MIRI, SARAWAK..cik must tolong sponsor tiket flight bleyyy hihi...nak jumpa seseorang nie hihi

10. Orang perangai macam mana korang paling suka dan tak suka?
~paling suka : yang sempoi dan gila2
~paling tak suka : yang sombong dan kekwat

11. Semua soalan ni sempoi tak? hihihihii
~ agak2 sesuai tak semua jawapan tue???





p/s : syarat2 yang lain tak boleh nak pikior lagiiii..sebab tengah kekenyangan makan banyak kat open house tadi.....

Tidur Bersama Life Jacket

Salam u olsss...


Pernah tak u olsss tido berselimutkan 'life jacket' ?





Kalau orang lain nak tidur mesti cari selimut yang empuk dan tebal macam pic baby kat bawah nie tapi lain pulak dengan kawan ai, iNCik...La nie bila tido dia akan memakai life jacket.





Kata iNCIk , dia pakai macam tue sebagai persediaan rapi menghadapi sebarang kemungkinan. Bukan sebab takut banjir tapi takut tenggelam di tengah lautan.


Sebabnya sekarang nie, tempat dia kerja di tengah lautan Miri sedang berlaku laut bergelora dengan gelombang yang kuat. Sekurang2nya bila dia tido pakai life jacket, bila kapal dia karam bolehlah dia terapung2 kat laut tue hehe...Macam2 lerrr iNCik nie. Apa2 pun, ai doakan semoga tak ada apa2 terjadi sepanjang iNCik tengah tido tue. Mudah2an terselamat dari sebarang bahaya bencana.






p/s : minggu lepas iNCik kata tidur dia terganggu dua hari berturut2 sebab kena tengok masalah kat dek atas, tapi 2 hari lepas tidur dia terganggu jugak sebab kapal terhuyung hayang dipukul ombak...sian iNCik!!!

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke