Thursday, November 10, 2011

Syukur kami tak pernah bertemu

Salam u olsss...


Pagi semalam masa tengah jalan menari2 kat dashboard untuk tengok apa perutusan terkini dari u olsss semua, ai ternampak satu tajuk entri yang selalu sangat orang buat dah. Berkenaan feveret blog dia. Dia senaraikan 6 blog, 2 daripadanya ai memang selalu terjah tapi ada satu blog dalam senarai dia amat2 menarik hati ai untuk selongkar balik entri2 dia...


Bila ai buka blog dia, rasa sesuatu menarik ai untuk terus melekat membaca coretan dia.'BILA HATI BERBICARA' nie banyak berkisah mengenai kerinduan seorang kekasih terhadap arwah bf dia. Apa yang tersentuh dan terkesan di hati ai, bila dia mengungkapkan kerinduan bila teringat segala kenangan bersama2 arwah bf dia. Kalau u olsss nak baca lebih lanjut kisah mereka, jengahlah 'BILA HATI BERBICARA' yea.


Ai tak leh nak cerita semua sebab ai buat entri nie cuma nak ucapkan syukur tetiba teringatkan iNCik. Sebab ai dan iNCik tak pernah lagi bertemu bersua muka walaupun dah 4 tahun kami kenal. Syukur kami tak perlu mempunyai segala kenangan manis untuk diingat ataupun barang2 untuk disimpan if something happen. Bukan mendoakan just in case ada apa2 jadi, tak adalah ai nak terasa sangat dengan kehilangannya.


 tengok kapal, ingat iNCik hehe....


Syukur sebab sepanjang tempoh perkenalan kami, hanya telefon dan email menjadi penghubung merapatkan hubungan kami. Bukan tak berniat nak jumpa, tapi tugasan iNCik tue agak menyukarkan kami untuk saling bertemu. Dalam sebulan ada la 4-5 hari saja dia boleh balik. Tolak tambah darab dan bahagi dengan masa perjalanan, ada lah dalam 3 hari jer dia boleh ada kat umah. Kesian plak kalau kami bertemu nanti, bila masa iNCik nak luangkan masa dengan keluarga dia. Walaupun kami sekampung tapi sekali pun tak pernah terserempak hehe...


Cukuplah ai rasa hanya telefon tempat kami bertemu dan bersembang serta bergaduh...hehe Di telefon jugaklah kami saling mengenali masing2. Yang paling utama, kami selalu bergaduh2 isu kerja kerajaan dengan swasta hehe... Yerlah dia kan kerja syarikat minyak yang gajinya sebulan bersamaan dengan gaji ai 3 bulan.


Dan selalunya ai banyak jadi pendengar setia untuk setiap masalah dia. Ai tak pandai pun nak selesaikan masalah dia, tapi sekurang2nya dia tak kan tensen bila dapat luahkan masalah.


Kesimpulannya, insan misteri nie yang selalu tak lekang dengan ucapan 'take care' di akhir perbualan kami, sentiasa mendapat tempat istimewa sebagai salah seorang kawan terbaek yang ai pernah ada. Even tak ada sebarang kenangan untuk disimpan di saat berjauhan, tapi ai tahu dia sentiasa dekat di hati. Bila dengar lagu dari kumpulan Arrow, otomatik teringat iNCik nie hehe...



Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati
Setiap malam ku tunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu
Ku terasa dunia ini bagai terhenti
Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu






p/s : good luck for u iNCik untuk exam yang akan berlangsung di Indonesia nanti  =)

7 comments:

  1. ehh jap bila hati bicara??? mana link nya kak far_east comel?

    coz de satu blog sama gak: http://biar-hati-berbicara.blogspot.com/2011/11/assalammmualaikum-all.html

    ke blog yang sama.
    ooo da de teman hati ye..cepat ler..mcm trdgr bunyi kompang ni.kikiki..smga bahagia ye kak.

    ReplyDelete
  2. @ MaYa MustWany : akak dah letak link dia hehe lupa laa tue..eksaited nak post...

    blog yg cik must kata tue milik rayyan kan? tak sama laa cik must..

    uishhh bukan teman aty laa cik must...only my best frenz...hihi pandai2 jer ekk dgr bunyi kompang..tue kompang cik must kot ihikss...

    ReplyDelete
  3. hihi..err mas da jenguk blog nya..xberani nak baca..tengok gambar pun mas dah rasa lain macam..sure kalau baca,menangis lagi..xperla..kak kirim salam padanya ye.aah rayyan..xleh bukak ke link nya?
    http://biar-hati-berbicara.blogspot.com

    mas nya kompang,xkan ler..hihihi

    ReplyDelete
  4. @ MaYa MustWany : ok mas xper akak faham perasaan mas..tak yah baca laa nt mengingatkan mas pada arwah yazid jer...

    nt akak try lain buka link rayyan..kot td server problem kot...

    hihi bukan kompang mas ekk? abis tue bunyi kompang sapa ekk?

    ReplyDelete
  5. thanks kak faham diri mas.
    kompang akak la tuh..hihihi

    ReplyDelete
  6. @ MaYa MustWany : ur welcome cik mas..akak sentiasa memahami adik akak nie hihi...

    opss kompang akak ker? dah lepas tarikh cantek.kena tggu tarikh cantik taun depan la baru kompang berbunyi hihi

    ReplyDelete
  7. yeah 12.12.12 hihihi

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke