Salam u olsss...
Agaknya bulan nie bulan sakit gigi sedunia kot sebab sana sini ai baca orang dok cerita perihal sakit gigi. Pergi klinik pun tengok betapa ramainya pesakit yang memerlukan rawatan pergigian baik kanak2 mahu pun orang tua.
Dan tak terkecuali orang yang dok bercerita nie jugak hehe...Sejak sebelum ai ke bengkel lagi dah sakit gigi, tapi tangguh dulu pergi klinik. Maka pada hari Selasa baru2 nie jer lepas balik bengkel, ai ke klinik gigi. Tujuannya nak menampal lubang yang mengakibatkan kesakitan melampau.
Tengah2 dirawat, doktor tue pun tanya nak ubat bius tak. Ai yang tak tahu apa2, terus hanggukkan kepala jer. Keluar pada tue, rasa separuh dari muka tak dak apa2 tindak balas. Rupa2nya kesan ubat bius tue menyebabkan ai dapat rasa keadaan orang cacat. Bayangkanlah nak kumur mulut pun rasa mulut senget jer. Pastu bila minum air, air akan tertumpah macam mulut dah bocor. Walaupun hanya 3 jam sahaja, tapi ai dapat selami perasaan orang cacat muka nie.
Kalau ikut prosedur perubatan pergigian, ubat bius hanya diberi jika ingin mencabut gigi. Tapi dalam kes ai ni pulak diberi bius untuk memudahkan kerja doktor tue. Urmmm adakah doktor ini tak tahu etika atau buat2 lupa?
Cam tu ke? Tp x sakit kan?
ReplyDeletemas tak de masalah lagi hal gigi ni.tapi pernah baca bahan buatan penampal gigi.hihihi..cuba try search kat pak cik google nanti.
ReplyDelete@EmpayarUtama masa buat tue tak sakit tp rasa ngilu...
ReplyDelete@MaYa MustWany owh ada apa dgn bahan buatan penampal gigi ekk? kasi saspen jer mas nie hehe... =)
ReplyDelete