Salam u olsss...
Sepatutnya bulan Ramadan tak boleh nak marah2. Kena banyak bersabar tapi kadang2 tensen bangat dengan telatah orang yang sombong, angkuh dan berlagak menggunakan kuasa veto yang ada.
Ini kira entri sambungan dari Sungguh tak adil yang ai ada paparkan minggu lepas.Ingatkan cerita nie akan berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan tapi rupa2nya bila kau hanya kuli, selama2nya kau tetap dianggap kuli.
Entri sebelum nie ai post pada hari Selasa dan pada petang Rabu keesokkanya dapat berita STAF SOKONGAN (SS) boleh balik awal dengan masuk seperti biasa pukul 8.00 pagi. Tue pun sebab dapat pekeliling dari kerajaan negeri.
Tapi???
Pada petang Khamis tue lebih kurang dalam pukul 3.15petang (lagi 15 minit nak balik masa tue), keputusan balik awal tue ditarik balik. U olsss tahu alasan apa yang diberi yang bagi ai dan kengkawan VIP rasa sanagt2 tak logik (budak kecik pun leh pikiaq laaa kelogikan alasan tue).
Arahan balik awal ditarik balik sebab SS a.k.a KULI berkhidmat dengan kerajaan persekutuan, jadi surat pekeliling kerajaan negeri tak boleh dipraktikkan.
Yesss, saya menurut perintah tapi nak jugak tanya macam nie. Habis PENSYARAH tue berkhidmat dengan kerajaan mana yang boleh pulak balik awal??? Haiyaaa apa punya alasan daaa...
kredit pic HERE
U olsss rasa logik ker bagi jawapan macam tue? Cakap jer laa KULI mana boleh terbang seiring dengan orang yang berstatus tinggi. Umpama burung merak dan burung gagak. Tak setanding terbang bersama.
Ermmm ingatkan sebulan bulan puasa mereka mereka dan mereka yang berstatus tinggi nak beri kebaikan dan keadilan yang saksama tapi hampehhh...Sama jerrr macam biasa. Apa salahnya sebulan nie buat baik sket. At least orang akan ingat kebaikan tue. Hurmmm!!!
p/s : apa ada pada pangkat dan darjat??? boleh bawa ke kubur ker nanti???
pangkat dan darjat tu akan terkubur sekali bl kita mati..
ReplyDelete@ KSWSK : betul tue...tapi zaman laa itu yang dikejar sangat2
ReplyDelete