Sunday, August 14, 2011

Bonus Raya untuk Kakitangan Awam Negeri Kedah

Salam u olsss...


Nak berkongsi berita yang baru ai dapat dari adik ai. Trosss search dalam google dan ini yang maklumat yang ai dapat dari BERNAMA.



ALOR SETAR – Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam negeri itu bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri akan menurut langkah kerajaan pusat dalam pemberian bonus itu, selain turut memberikan bonus setengah bulan gaji tersebut kepada semua anggota dewan undangan negeri Kedah.




“Kita akan bayar pada 18 Ogos yang dibayar bersama gaji bulan ini. Keseluruhannya kita akan membayar lebih RM5 juta,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azizan masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, sejak dimasukkan ke pusat itu minggu lepas. – BERNAMA






p/s : ehem3...yang dapat bonus berganda tue leh kasi duit raya lebih laa tahun nie hihi...

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke