Salam Nuzul Quran...
Nak kongsi satu cerita skettt dengan u olsss pasal Rahsia di Sebalik Nuzul Quran.
Peristiwa ini telah berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan, iaitu pada tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah manakala 'Quran' pula bermaksud bacaan atau himpunan.
Penurunan kitab yang menjadi mukjizat Rasulullah S.A.W ini, seharusnya dijadikan panduan kepada umat Islam untuk merentasi rentetan hidup dalam arus modenisasi kini. Hal ini kerana, tidak ada sesuatu perkara pun yang tertinggal di dalam Al-Quran.
Firman Allah S.W.T :
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). [SURAH AL-AN'AM, AYAT 38]
Al Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur dan furqan serta memberi penjelasan kepada manusia. Oleh itu, sambutan Nuzul Quran sebenarnya bertujuan untuk memperingati seluruh manusia agar sentiasa mendampingi Al-Quran kerana kitab suci ini adalah penyelesai kepada segala kesulitan dan kemusykilan manusia. Dengan itu renung-renungkanlah bersama-sama.
salam kenal..datang tgk2 sini...;d...
ReplyDelete@ Run Away : salam kenal jugak yea...trimas sudi ziarah.. =))
ReplyDeletenice entri. perkongsian yg bagus di bulan & hari yg mulia
ReplyDelete@ THE LEKAT LEKIT STORY : thanks sudi dtg baca yea... =))
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTerima kasih singgah blog abg eq dan komen. Kad raya 'cyber' kat blog abg eq tu abg eq alu2kan untuk letak kat blog k...ikhlas dari abg eq...
Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba...
@ eqbalzack : sama2 kasih abg eq...
ReplyDeleteokies nanti saya letakkan kat sidebar saya...tenkiu again kasi permission... =))
selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri abg eq...