Qoute di bawah nie ai buat masa nak join Small Contest | Duit oh Duit tapi rupa2nya dah tamat tempoh peraduan dia.. Jadi dah kebetulan ai nak citer bersangkut paut dengan duit, maka ai paparkan kembali qoute itu di entri ai nie..
Duit oh duit...
Dengan duit macam2 boleh dibeli!
Dengan duit tergadai bodi!
Dengan duit saudara dimusuhi!
Dengan duit manusia hilang diri!
Duit oh duit...
Kau memang berhantu!
Sekejap kau menyenangkan!
Sekejap lagi kau menyusahkan!
Oh duit!!!
masa dok cari image duit kat google, terjumpa picture nie ...banyak duit bro eyriqazz pegang yerrr..opsss lupa 4 angka tengah dalam genggaman dia...hikhik
Kenapa dunia sekarang nie semakin mengagungkan duit ya? Orang berduit akan dipandang tinggi kalau boleh setinggi bangunan KLCC kutt..Manakala orang yang tak berapa kaya duit akan dianggap hina!
U olsss ingat lagi entri ai yang ini --> Gara2 15 hengget saja! yang juga cerita pasal duit.
La ni disebabkan duit boleh mengubah karakter seseorang dari lemah lembut ke garang macam singa. Malah sanggup jadi musuh lagi walaupun hanya kerna 1 sen sahaja. Dasyat kan penangan duit dalam hidup manusia zaman sekarang nie.
Sebab duit juga, dalam tempoh yang singkat dua kejadian dah berlaku kat ai. Yang satu macam ai citer sebelum nie lah --> Gara2 15 hengget saja!. Satu lagi bersangkut paut dengan duit jugak tapi lebih kepada kau pangkat tinggi, aku utamakan dulu dari kerani biasa jerrr....
Alkisahnya pasal jurugambar perkahwinan. Niat baik ai nak tolong kawan yang buat part time ambil gambar kawin, akhirnya ai yang terkena. Ai rekemen kat my sis untuk kenduri dia baru2 nie. Kenduri berlangsung bulan dua dan dijanjikan akhir bulan 3 akan siap semuanya.
Tunggu punya tunggu sampai dah nak masuk bulan 5, sekeping gambaq pun tak nampak lagi (dah laa my sis tak buat back up lain, mengharapkan si jurugambaq nie ajer).
Selidik punya selidik, baru lah terbongkar cerita sebenaq. Jurugambaq nie terdiri dari A (bukan nama sebenar - staf sokongan) dan B (jugak bukan nama sebenar - pensyarah).
Bila my sis naik hangin, barulah si A nie bukak cerita kenapa gambaq2 nie masih tak sampai ke tangan my sis.
Rupa2nya si B nie dok sibuk menyiapkan album kawan dia (pensyarah jugak) yang majlisnya sebulan lewat dari majlis my sis. Dua album sekali siap untuk pensyarah tue. Sedangkan yang my sis punya, bukan kata satu album, sekeping gambaq pun tak nampak lagi.
Patutlah bila ai tanya si B nie status gambaq my sis, dia kata dah ai uruskan dengan si A so jangan tanya dia apa2. Kiranya dia tak dak kaitan langsung dengan ai.
Adehhh bengang jugak lah dengar. Tapi sebab ai malas nak panjangkan kisah lepas si B jawab macam tue, maka ai diamkan aja.
Tak sangka sungguh, ada orang pandang sampai macam tue sekali dekat orang yang gheja biasa aja. Nie lah jadinya bila hidup bertongkatkan DUIT semata2...
p/s : sapa nak duit MARI RAMAI2 JOIN CHURP2 RACE. KLIK SINI YERRR!!!
p/s/s : JOM TONTON TV DI SINI!!!
eh,eh..tuh duit raya ...hik3...nak duit boleh redeemkan gto pointz..blom redeem lagi kan?
ReplyDeleteShocking|Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak
@ eyriqazz : oo duit raya kerr?? hikhik..ingatkan nak sedekah kat mana2 blogger..
ReplyDeleteermm nak redeem kaa ekk?