Tuesday, August 18, 2009

KASIH BERUBAH 10

“Mirsya, dah dua tahun Shahrul di bumi kanggaru ini. Dan selama 2 tahun itulah hubungan kita sudah terjalin. Shah harap sangat percintaan kita berakhir dengan sebuah ikatan yang suci. Ikatan yang akan menghalalkan kita dari segala segi,” beritahu Shahrul ketika keluar makan bersama Mirsya di Viet Hoa Chinese Vietnamese Restaurant.
“Eee Shah ni, gatalnya. Mirsya ni baru 18 tahun, Shah dah sebut pasal nak kahwin. Gelilah,” ujar Mirsya.
“Shah bukan apa cuma Shah dah tak sanggup nak biarkan Mirsya macam ni. Maklumlah Mirsya ni sentiasa jadi perhatian pemuda sini. Sakit hati Shah bila melihat mereka merenung Mirysa sampai nak tersembul mata. Rasa macam nak cungkil aja biji mata mereka.”
“Amboi Shah, ganasnya. Kut yer pun sabarlah. Takkan lari gunung dikejar.”
“Wow! Satu perkembangan baru, sejak bila Mirsya belajar peribahasa ni?” usik Shahrul sambil tersenyum mengenangkan peristiwa dia mula berkenalan dengan Mirsya.
“Sejak jatuh cinta dengan pemuda Malaysia ni, Mirsya dah banyak belajar adat budaya Melayu.”
“Ya ker? Kalau macam tu bolehlah Shah uji,” soal Shahrul.
“Anytime,” balas Mirsya selamba.
“Bila Mirsya nak dedahkan hubungan kita ni?” soal Shahrul lagi.
“Mirsya rasa masih terlalu awal, lagipun kitakan masih belajar. Mirsya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk beritahu semua orang. Yang penting sekarang ni, cukuplah Along sorang aja yang tahu.”
“Bulan depan Shah dah tamat belajar. Nampaknya kita terpaksa berpisah untuk sementara waktu. Dan Shah janji, bila Shah dah dapat kerja, Shah akan hantar rombongan meminang,” ujar Shahrul dengan bersungguh-sungguh.
Sebenarnya perkara ini sudah lama dirancangkannya. Dia takut Mirsya terlepas ke tangan orang lain. Tambahan pula bila mengenangkan hubungan rapat yang terjalin antara Mirsya dan Danielle.
“Shah dah nak hantar rombongan meminang?” Ternyata Mirsya terkejut dengan rancangan Shahrul.
“Why so early?”
“Mirsya, meminang tak semestinya kita akan terus berkahwin. Shah cuma nak pastikan Mirsya menjadi milik Shah seorang,” terang Shahrul tentang kegusaran hatinya.
“Shah, sepatutnya Mirsya yang perlu berasa risau bila Shah akan pulang ke Malaysia. Maklumlah wanita Malaysia ramai yang cantik. Mirsya takut Shah tak tahan godaan aja. Tambahan pula Mirsya di negara lain. Jauh dari pandangan Shah,”
“No! Tentang Shah janganlah dirisaukan. Shah kalau dah suka seseorang, Shah akan terus setia dengan dia aja.”
“Kalau macam tu, tak payahlah Shah nak risaukan Mirsya. Kita dah kenal 2 tahun. Tentu Shah faham hati budi Mirsya.”
“Tapi, 2 tahun bukanlah suatu jangka masa yang lama jika nak dibandingkan dengan 18 tahun. Shah cuma takut…”
Belum sempat Shahrul menghabiskan ayatnya, Mirsya telah memintas.
“Are you mean Danielle?” soal Mirsya yang sudah dapat mengagak sebab kerisauan Shahrul.
“Ya!”
“Rupanya Shah cemburu hubungan Mirsya dengan Danielle. Shah! Shah! Danielle tu Mirsya dah anggap macam abang Mirsya sendiri,” jelas Mirsya sambil tertawa. Sungguh tak disangka kemesraannya bersama Danielle telah disalahtafsirkan oleh Shahrul.
“Itu bagi Mirsya. Tapi macamana kalau Danielle anggap Mirsya bukan sebagai adik?” soal Shahrul yang masih tidak puas hati dengan penjelasan Mirsya.
“Maksud Shah, kemesraan Danielle terhadap Mirsya selama ni sebagai seorang kekasih la,”
“Shah dapat lihat dari cara layanan dia terhadap Mirsya.”
“Shah, tolonglah faham. Mirsya dengan Danielle memang tak ada apa-apa hubungan. Memang Mirsya akui Mirsya agak rapat dengan dia. Tapi itu tak bermakna Mirsya dah jatuh cinta padanya. Lagipun sebelum parents dia meninggal dunia lagi, Mirsya memang dah rapat dengan dia.”
“Tapi…”
Nampaknya Shahrul masih belum berpuas hati dengan kenyataan Mirsya. Baginya, selagi Mirsya bukan haknya yang sah selagi itulah perasaan cemburu terus menguasai dirinya.
“Shah, please trust me! Dalam sesebuah perhubungan mesti ada sifat saling percaya mempercayai. Kalau tidak tak bermaknalah hubungan itu. Shah seolah-olah meragui keikhlasan Mirsya,”
“Mirsya, Shah cuma tak nak Mirsya terlepas ke tangan orang lain. Shah tak dapat bayangkan hidup tanpa Mirsya. Selama ini kekosongan hidup Shah telah diisi dengan kehadiran Mirsya. Bagi Shah, Mirsyalah nyawa Shah.”
“Shah, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita manusia hanya merancang, tapi Dia yang menentukan. Shah harus ingat tu. Kalau dah ditakdirkan Mirsya bukan milik Shah, Shah kena redha. Shah kena pasrah.”
“Mirsya cakap memang la senang, tapi yang menanggungnya Shah seorang.”
“Kenapa pula Shah menanggung seorang? Allah sentiasa bersama hambaNya. Setiap ujian dariNya ada hikmah di sebaliknya.”
“Shah minta maaf Mirsya, kadang-kadang Shah hilang kawalan. Seumur hidup Shah inilah kali pertama ada orang menghargai Shah, mengambil berat pasal Shah selain parents Shah. Shah sedar kadang-kadang tu Shah seolah-olah menyalahkan takdir. Shah lupa pada Dia. Shah lupa Dialah yang berkuasa ke atas segala sesuatu.”
“Sudahla Shah, kita sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan.”
“Terima kasih Mirsya kerana telah menyedarkan Shah selama ni.”

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke