Tuesday, September 4, 2012

Makan-makan @ Open House 2012

Jumaat lepas bersempena HARI MERDEKA family eyza ada buat majlis makan-makan sikit. Boleh dikatakan ala-ala open house la cuma buat kecil-kecilan sahaja. Tetamu yang dijemput pun cuma saudara mara dan jiran terdekat serta orang surau.


Seawal 7 pagi eyza dan mak ayah dah bergerak ke pasar borong  dan pasar tani. Sampai rumah 7.30pagi tengok orang dah mula sampai nak buat kerja. Seronok tengok keadaan masa tue sebab eyza suka tengok keadaan kalut-kalut macam tue. Semua orang ada tugas masing-masing. 


Dan lebih kurang pukul 11 pagi semua dah siap dan pukul 11.30pagi orang surau mula sampai nak baca tahlil dan doa selamat (mak cakap doa selamat nie jugak sempena selamatnya kami balik dari UMRAH hari itu).




Antara menu-menu yang disediakan ialah :

~ KETUPAT PALAS DENGAN GULAI DAGING DAN SERUNDING AYAM DAN IKAN ~

~ MEE GORENG MAMAK STYLE ~

~ BIHUN GORENG DAN BIHUN SIAM ~

~ PUDING MARBEL ~


~LAKSAM~

Menu utama ialah nasi putih bersama-sama :


~ AYAM MASAK MERAH ~

~ GULAI IKAN TALANG ~



~ IKAN KEMBUNG PERCIK ~


~ KULIT TEMBIKAI MASAK ASAM ~

Tambahan menu yang tak terdapat dalam gambar ialah cempedak goreng, keropok, kek coklat moist, buah tembikai dan air teh ais limau.


Pukul 5 dah tutup majlis dan siap basuh periuk dan buang khemah sebab ingatkan orang dah tak ada tapi lepas tue ada lagi orang mai sampai ke tengah malam. Penat rasanya tapi puas sebab semua orang dapat makan dan siap boleh tapau bawak balik rumah lagi . Kami sebagai tuan rumah macam biasalah makan mana yang sempat jer.


InsyaAllah ada rezeki tahun depan kita buat lagi sebab ini dah tahun ketiga berturut-turut kami buat rumah terbuka.

8 comments:

  1. alhamdulillah... semoga majlis diberkati...... menu pun best...menyelerakan..... rterutama mable pudding tu.... comel....
    paling teringin nak rasa ...
    kulit tembikai masak assam.....
    first time dengar.....he3

    ReplyDelete
  2. @Remy hazza alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya.

    puding marbel tue eyza tempah kat membe opis nie..nak buat sendiri rasanya comot jer bentuknya nanti hihi..

    kulit tembikai masak assam tue eyza pun tak penah rasa tapi rata2 yg makan semua kata sedap huhu..

    ReplyDelete
  3. banyaknye lauk:)

    in b4, tq ya pasal share tentang yang tak keluar gambar tu..sangat membantu..terima kasih:)

    ReplyDelete
  4. @nazha anua ur welcome nazha.. membantu apa yg termampu jer hihi..

    ReplyDelete
  5. menarek nyew menu..kulit tembikai masak asam..sedap tak..hehehe

    ReplyDelete
  6. @Chenta Eyfa Latieyfa menu utama tu yang dalam perancangan. menu lain semua main tokok tambah jer last minute hihi..

    eyza tak sempat pun nak makan sebab masa tue makan jer apa yang ada huhu..dah nama pun tuan rumah huhu

    ReplyDelete
  7. Ketupat daun palas tu kegemaran cik malarang.. :-)

    ReplyDelete
  8. @Myvitrd oh ya ker? feveret eyza jugak tue tapi xleh makan banyak sangat...angin hihi..

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke