Salam u olsss...
Hari ini 14 Februari, seperti yang diketahui umum, merupakan hari sambutan kekasih atau Valentine Day. Ada tak orang yang dapat mawar merah hari ini?
Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day
ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia
diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”,
maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu
perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena
ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama
dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Sambutan Hari Kekasih ini hanya disambut oleh orang yang bukan beragama Islam dan kita sebagai seorang yang Islam tidak patut mengagungkan hari yang istimewa mereka itu.
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna,
sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat
melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh
Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah
s.a.w itu bagi mencarinya.
Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan
selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza
tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat
dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin
zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
(sumber dari : JAKIM)
yup...say no to v-day...
ReplyDelete@Nyue yeah sama2 kita say no... =)
ReplyDeleteatok tak ponah pun raikan
ReplyDelete@Suhami Ahmad baguih tu tok...xpayah la nak raikan benda haram nie... (^_^)
ReplyDeletehehe . ta pe laa kalau ta boleh penuhi . mun ta kesa . join jea :)
ReplyDelete@LoveMimu owh boleh ekk mun...okies nt saya join ekk...(^_^)
ReplyDeletekalo individu tu rasa dia islam, dia x kn sambut valentine day ni. tapi pape pon ri ni bezday my prenz... huhu
ReplyDeleteHari2 saya sambut hari berkasih sayang...
ReplyDelete@hyz kalau sambut besday arini tapi sebab mengingati hari lahir sendiri... =)
ReplyDelete@Myvitrd haa patutnya mcam tue la...tiap2 hari berkasih sayang... =)
ReplyDeletetahun lepas mas dpat..
ReplyDeletealahai..boring tul.
@MaYa MustWany lorr ya ker? anggap jer tue hadiah...xdak maksud lain hihi..
ReplyDeleteok caer mmg x penah smbut hari ni..smbut besday ade la..hehe
ReplyDeleteoppa follow sini...follow oppa balik okey... nice sgt blog ni... blog yg superb! entry yg sgt cool...
ReplyDeleteselamat berblogging.. Maju Jaye! hehehehe.. nice to meet you...
Sama je hari ni ngan hari-hari yang lain - sibuk, makan, kerja, menyibuk, buat-buat sibuk, dan lain-lainnya :(
ReplyDelete@caer sasuke hehe sambut besday oke jer...tak der larangan pun... =)
ReplyDelete@sabry oppa thanks...selamat berblogging too... =)
ReplyDelete@EmpayarUtama ihiks memang sempoi EmpayarUtama nie...(^_^)
ReplyDeletetak dapat pon bunga.. kih kih kih
ReplyDelete@Aujinz hehe nanti ada ler tue peminat misteri kasi bunga kat aujinz... (^_^)
ReplyDeleteApa pun kita tak sepatutnya meraikannya kerana bertentang dengan agama Islam. Saya cuma sambut hari lahir adik ipar je sebabnya tarikhnya sama.Anda free, meh jenguk tinta midonz pulak
ReplyDelete@midonz betul tue midon. as muslim, benda2 macam nie mmg tak sepatutnya kita megahkan...tp kalau nak sambut besday, itu oke la...(^_^)
ReplyDelete