Thursday, February 9, 2012

Awak Kerja Apa?

Salam u olsss...


Dua pegawai Lembaga Tabung Haji yang dipercayai terlibat dalam sindiket melangkau giliran menunaikan haji atau 'haji ekspres' dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta di sini esok.

Kedua-duanya berusia 30-an dan 40-an itu akan didakwa di bawah Seksyen 5(1) akta Jenayah Komputer 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut sumber, seorang daripadanya dikatakan telah membuat capaian ke Pangkalan Data Tabung Haji dan memasukkan rekod jemaah haji menggunakan program khas tanpa kuasa.

Katanya, ia sekali gus menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji untuk Lembaga Tabung Haji.

"Seorang lagi didakwa telah secara rasuah menerima suapan sebagai upah untuk menguruskan nama-nama jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010," kata sumber itu.  (UTUSAN MALAYSIA)



Adakah hal di atas punca masalah di bawah terjadi?


Kejadian berlaku petang semalam, 8 Februari 2012 di kaunter no 2 di salah sebuah pejabat Lembaga Tabung Haji.

E : Puan, saya nak buat pendaftaran untuk pergi haji.

TH : Duit dah cukup ker?

E : Belum, baru rm2000...

TH : Duit tak cukup tapi dah nak buat pendaftaran. Awak kerja apa?

E : $%&^%&*@



Seingat mata ai yang baca paparan skrin bergerak yang diletakkan di dinding kaunter tue, bila duit dah mencukupi rm1300 kita dah boleh buat pendaftaran haji.


Tapi kenapa petugas perempuan TH berkenaan macam nak marah2 jer siap tanya pekerjaan. Apakah seorang yang tak dak kerja tak boleh nak mendaftar walaupun ada duit? Atau dia sengaja bersoal sedemikian untuk niat yang lain?


Apa2 pun, fikir yang positif saja. Mungkin dia tengah datang bintang kot sebab tue emosi semacam. Ataupun dia tengah bergaduh dengan asben dia huhu...




p/s : selalunya orang TH bersopan santun jer kan bersesuaian prinsip Pendeposit Didahulukan, Pencapaian Diuatamakan...








12 comments:

  1. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. sedih kannnn~

    ReplyDelete
  2. err garangnye... tak baiklah... patutnye ramah dan bersopan santun :(

    ReplyDelete
  3. Hehe dia penatlah semalam; tak pun malam semalamnya dia tak dapat (ini lawak orang dah kawen) ahak ahak ahak...

    ReplyDelete
  4. @*SiRibenMerah betul tu..kerna sikap seorang saja, abis imej tercalar.

    ReplyDelete
  5. @RazFiRa betul tue...x sepadan dengan slogan mereka kan sikap macam tu...

    ReplyDelete
  6. @EmpayarUtama ahahahaha....oke oke saya pikir positif jer.

    ReplyDelete
  7. amboi kuajaq tol cakap camtu!!bukan pkai det apak ko!!! ---->teremosi plak :P

    ReplyDelete
  8. @Mohd Norafzal amboi tok ketuat speaking utagha nampak hihi... (^_^)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke