Syukur alhamdulillah hari ini dah hari kedua kita semua umat Islam berpuasa. Bermakna sudah berlalu 1 Ramadan dalam diari hidup kita.
Syukur sangat-sangat bila eyza berjaya menghabiskan satu hari berpuasa dengan selamatnya. Alhamdulillah tanpa sebarang masalah dari bermulanya waktu sahur hingga ke azan maghrib menandakan waktu berbuka puasa.
Cuma sangat sedih la selepas minum air zam-zam dan makan sebiji buah kurma, perut eyza tak boleh nak makan nasi. Padahal perut dah berkeroncong kelaparan tapi apakan daya. Inilah dugaan yang harus eyza tempuhi bila mana berpuasa di kala pregnant. Tapi walaupun tak dapat makan dengan sempurna ketika berbuka, eyza sangat-sangat bersyukur sebab eyza masih lagi boleh berpuasa hari ini. Dan harap-harap eyza diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan ibadah puasa sehingga 30 hari.
Dan mudah-mudahan berbuka puasa untuk hari kedua ni, eyza dah boleh makan sikit nasi. Kesian baby dalam perut kicking-kicking ibu dia mungkin kelaparan...hehe...
kesian baby lapar nasi.. hehe
ReplyDeleteselamat berpuasa eyza dan hubby serta baby...... salam ramadhan....
ReplyDeletenak kasi hadiah raya nie.....
ReplyDeletehttp://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2013/07/contest-ramadhan-raya-by-cik-akak.html
@hana hadi hehe tak pa ibu dia bagi makan yang lain selain nasi.
ReplyDelete@Remy hazza selamat berpuasa jugak untk remy sekeluarga....
ReplyDeletetq tag eyza...nanti eyza join yea yg remy tag tue...