Tuesday, July 16, 2013

CheckUp... CheckUp... CheckUp...

Semalam eyza pergi KKIA buat check up. Rutin bulanan sejak disahkan pregnant...hihi.. Temujanji eyza pada sebelah petang, dalam pukul 2. Sekali masa sampai sana, tu dia haiih ramainya ibu mengandung termasuk baby-baby nak jumpa doktor. Makanya hampir separuh hari jugak la eyza nak tunggu proses eyza selesai.




Dan semalam jugak menjadi sejarah buat pertama kali dalam hidup eyza bila mana dalam satu masa, eyza disuntik 4 kali. 3 suntikan untuk cek HB dan satu suntikan tetanus untuk mengelakkan kancing gigi. Suntikan HB tu yang beri masalah bila nurse dah jumpa urat hijau di lengan kanan, tapi bila tarik picagari tiada darah yang keluar. Lepas tu nurse beralih ke lengan kiri dan mencari jugak urat hijau. Ditarik picagari pun tak ada jugak darah yang keluar. Ehh hairan jugak. Takkan tak ada darah langsung dalam badan eyza. Nurse pun dah blur. Last-last dia suruh eyza rehat kat tepi dulu sementara dia panggil pesakit yang lain.




Selepas selesai 2 pesakit, dia panggil eyza balik. Guna balik lengan kanan yang dah dicucuk awal tadi. Dan akhirnya keluar jugak darah. Kalau tidak jenuh la nak kena menanggung kesakitan berkali-kali setiap kali jarum suntikan menusuk lengan eyza. Tapi demi pengorbanan seorang ibu kepada anaknya, eyza redha saja walaupun akan dicucuk berkali-kali. Bila hantar sampel darah tu ke makmal dan dapat keputusannya rendah dari bulan lepas. Owh patut lah darah tak mau keluar yea. Rupanya tak cukup zat dan kalsium dalam badan huhu...


Semalam masa nak tidur terasa jugak lenguh satu badan. Orang kata itu kesan bila kita dapat suntikan tetanus. Nak alih badan ke kiri pun rasa berat saja. Memang satu pengalaman yang sangat berharga bila jadi macam nie. Rupanya bukan senang untuk seorang wanita melahirkan anak yea.



p/s : next check up pulak 2 hari sebelum raya dan akan disuntik tetanus buat kali kedua!









4 comments:

  1. dugaan seorg ibu....... remy lagi sebulan jer menunggu....... papa to be!!!!

    ReplyDelete
  2. @Remy hazza itulah remy...dugaan dan pengorbanan seorang ibu untuk anaknya...

    wah remy tak lama jea lagi tue...dah scan ker baby?

    ReplyDelete
  3. mesti sakit kena cucuk..semua ibu akan rasa macam tu kan.. :-)

    ReplyDelete
  4. @puteri airyn sakit jugak la erin bila jarum menembusi kulit hehe...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke