Monday, July 8, 2013

Dugaan Di Kala Kerinduan

Di saat eyza berada dalam kerinduan memuncak pada mak dan abah eyza yang masa tu pergi UMRAH, eyza diduga dengan masalah kesihatan.


Dalam seminggu lepas mak abah eyza berangkat ke tanah suci, eyza diserang sakit mata. Hari Rabu (12062013) tu eyza dah rasa lain macam kat mata. Lepas tu bangun pagi Khamis (13062013), eyza rasa sebelah mata eyza dah kecik. Tapi eyza pergi kerja jugak.



~ dah mula nampak sepet sebelah mata eyza ~


Balik kerja petang Khamis tu terus eyza ajak hubby pergi klinik. Sebab mata eyza makin sakit dan pedih. Akhirnya doktor mengesahkan memang eyza sakit mata. Dia bagi ubat titis dan ubat glu. Maka bermulalah episod eyza mengumpulkan ubat dan MC. 



Hampir 2 minggu jugak eyza tak kerja dan asyik berulang alik ke klinik untuk mengambil MC sebab doktor bagi MC 2 hari jea. Jadi bila MC habis, kena pergi klinik lagi tambah MC.


~ kalau perasan mata eyza nampak biru bukan sebab eyeshadow tapi lebam  gara-gara asyik tenyeh mata ~


Memang terasa dugaan sungguh bila sakit, mak dan abah tak ada di sisi. Nasib baik ada incik hubby yang sudi menjaga eyza sepanjang eyza sakit nie. Terima kasih suamiku sebab sentiasa bersabar melayan kerenah isterimu yang ketika itu sedang sakit. Minggu pertama sakit tue, eyza langsung tak boleh nak makan. Bila makan jea mesti muntah. Incik hubby punyalah susah hati, duk asyik tanya eyza teringin makan apa. Tapi hanya gelengan jea mampu eyza beri. 


Dan alhamdulillah lepas mak dan abah balik dari UMRAH, eyza dah beransur-ansur baik. Berkat basuh mata dengan air zam-zam dan makan kurma Ajwa. Syukur, syukur.




p/s : dugaan sakit mata di saat preggy bila tak boleh makan ubat sembarangan...

6 comments:

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke