Tuesday, September 6, 2011

Adakah JODOH kita tepat?

Sekadar perkongsian hasil tulisan penceramah motivasi yang terkenal, DR. H.M TUAH ISKANDAR AL-HAJ berkenaan JODOH.




Apakah petua untuk cepat jodoh? Pada saya cepat jodoh bukanlah isunya berbanding apakah jodoh kita tepat. Berapa ramai orang mengalami petaka dalam hidup oleh jodoh yang tidak serasi. Berkahwin itu senang tetapi membina kebahagiaan hasil daripada perkahwinan itu bukanlah begitu senang.

Sepatutnya kita tidak perlu terlalu risau oleh jodoh  yang lambat  tetapi risaulah kalau2 jodoh kita itu nanti hanya memberikan kesusahan pada kita. Terlalu banyak rumah tangga yang terpaksa mengharungi onak dan duri kehidupan meskipun pada awalnya semuanya kelihatan okey.

Sebenarnya, adalah lebih baik lambat kahwin daripada terpaksa hidup dengan orang yang pincang perasaan. Di Rochester, Amerika Syarikat, seorang lelaki, Gilbert Herrick berkahwin buat kali pertama semasa dia berumur 99 tahun. Mengapa hingga sebegitu lama?

"Saya tidak pernah menemui seorang wanita yang sesuai sehinggalah saya menemui Virginia," kata Herrick.

Andainya jodoh tidak kesampaian sehingga penghujung usia, itu bukanlah lambang kekurangan cuma yang jelas tiada beban yang perlu digalas. Tanggungjawab dan kewajipan perkahwinan bukanlah mudah, andainya gagal dipenuhi ia mendatangkan dosa. Memang betul perkahwinan adalah laluan mudah untuk ke syurga, tetapi andainya gagal menjalankan tanggungjawab yang membawa dosa adalah lebih baik hidup tanpa berkahwin.


(kredit HERE)


Jadi adalah tidak betul menganggap anda telah kehilangan sebahagian daripada sebab uintuk berbahagia andainya belum bertemu jodoh. Andainya jodoh itu datang dengan mudah, sambutlah ia dengan mudah. Andainya ia sukar lagi payah, anggap sahaja kecepatan bukanlah terbaik buat anda. Andainya ia tidak datang2 juga dan andainya hingga ke sudah, itulah rahmat Tuhan untuk memudahkan laluan anda ke syurga.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al Israk, ayat 30 bermaksud :

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.

Sabar, solat dan sedia adalah tiga  ungkapan penting dalam menghadapi apa jua.

Jadi kepada mereka2 yang terlibat janganlah bersedih seperti saya di SINI sebab masih ramai lagi di Malaysia yang hidup bersendirian.




9 comments:

  1. boley kan doa agar dipercepatkan bertemu jodoh? :)

    ReplyDelete
  2. @ Acik : boleh sgt2 sebab doa mmg digalakkan sebagai salah satu usaha kita...

    ReplyDelete
  3. macam ne ye nak ubah tanggapan family yang orang sabah tak baik serba serbi,coz tengah berkawan dengan orang sabah.family tak suka coz ramai anak2 jiran kawin dengan orang sabah tak kekal,da de bini kat sabah n kaki pukul.

    ReplyDelete
  4. @ MAYA_mustwany : mintalah dia ambik hati family dulu. InsyaAllah kalau dia berniat baik pasti akan mendapat restu dari family. Yg penting cik maya berdoa la byk2..akak harap family cik maya terbuka hati menerima si dia nanti.

    ReplyDelete
  5. coz banyak sangat tanggapan buruk kat orang sabah.dulu orang kelantan pun tak bagi.orang terengganu pun tak bagi.macam2.bagi mas,xsemua orang dlm negeri tuh jaat.insyaallah.disebabkan takut dihalang,mas senyapkan dulu hubungan ni.hanya adik je tahu.

    ReplyDelete
  6. memang pun byk tanggapan pasal orang2 dari negeri2 tue...betul tue tak semua mereka jahat tapi kan sebab nila setitik abis rosak susu sebelanga. kalau mas boleh yakinkan family pasal hubungan ini, akak yakin suatu hari nanti family mas pasti boleh terima. cuma mas kena byk bersabar la sebab kerja nie bukan mudah

    ReplyDelete
  7. insyaallah..xkira la laki ni org mna2 laki dari ngri lain,arap parents xpndang serong mna2 negeri.

    ReplyDelete
  8. @ MAYA_mustwany : mudah2an...akak doakan cik mas cepat bertemu jodoh dgn si dia..jgn lupa jemput akak nt kihkihkih...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke