Showing posts with label HAMIL. Show all posts
Showing posts with label HAMIL. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

Corat Coret Kenangan 2013

Tahun 2014 dah lama memasuki tirai tapi baru sekarang nie jea eyza sempat menaip entri 'corat coret kenangan 2013'...yeah masa membataskan segala pergerakan eyza sebelum ini. 


Tahun 2013 ~ tahun segala kenangan manis dalam hidup eyza. Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana memberikan sinar kebahagiaan buat diri eyza. Aku bersyukur padaMu Ya Allah.


Permulaan kenangan manis 2013 dimulai pada bulan Februari di mana pada tarikh keramat 08 Februari (JUMAAT), eyza selamat disatukan dengan si dia dan bergelar isteri orang. 





Yang Kedua bila pada bulan MAC, eyza disahkan hamil. Sangat-sangat teruja rasa waktu tu sampai beli alat penguji kehamilan senyap-senyap dan pagi tu sebelum mandi pergi kerja eyza buat test UPT. Masa mula-mula test tu eyza silap buat. Tak ada langsung naik garisan. Lepas tu eyza cuba sekali lagi dan alhamdulillah bila dalam masa beberapa saat jea keluar dua garisan merah. Terus eyza mandi cepat-cepat dan kejutkan hubby nak tunjuk benda ni. Dia blur mula-mula tu kemudian baru dia tersenyum lebar hehe... 



Yang Ketiga ialah bila permata hati kami selamat dilahirkan pada 17 November 2013 (AHAD). Anugerah terindah dari Allah s.w.t ini pelengkap kehidupan kami kini. Dengan telatah dia yang boleh buat eyza tersenyum sorang-sorang bila duk kat opis ni memang seorang anak yang baik macam ayah dia...hehe. Sangat behave dan berdikari. Budak mata boolat nie memang boleh buatkan eyza asyik rindu dia saja bila duk kat opis...hehe



Alhamdulillah segala kenangan 2013 memberi eyza perubahan status 2 dalam 1. Dari bujang menjadi isteri orang dan dalam tahun yang sama jugak menjadi ibu. Syukur sangat-sangat diberi kemudahan oleh Yang Maha Esa. Harapnya kedatangan 2014 membawa lebih kebahagiaan kepada keluarga kecil kami. LUV U my family.

Thursday, October 31, 2013

Kerenah Jururawat Klinik Kesihatan

Ini bukan kali pertama eyza menghadapi masalah dengan nurse di KKIA. Tapi dah masuk kali keempat bila kena giliran eyza setiap kali ada temujanji dengan mereka-mereka ini.





Alkisahnya setiap kali eyza ada pemeriksaan kehamilan di Klinik Kesihatan, mesti akan menghadapi masalah dengan nurse di situ. Bayangkanlah temujanji eyza pukul 2 petang dan eyza bergegas dari opis ke situ yang memakan masa dekat 45 minit supaya sampai tepat pada masanya. Tapi bila eyza sampai situ, boleh pulak nurse-nurse di situ tak ada dalam bilik rawatan. Sedangkan waktu kerja bermula pukul 2 petang. Pernah sekali eyza dengar, mereka sembang bagi tahu nurse di situ sedang makan dan solat padahal jam dah dekat pukul 3 petang.





Dan sesi rawatan pesakit hanya akan bermula pukul 4.30 petang. Tapi bila kita masuk dalam bilik rawatan, nurse ni tak periksa kita lagi tapi duk sibuk menyembang bergosip sesama mereka. Eyza duk kat kerusi sebelah dia terpinga-pinga dengar gosip mereka. Walhal nak buat pemeriksaan tak sampai 5 minit pun. Rasa bengang sangat bila jadi macam tu. Dan kalau kita melawan mereka, satu KKIA akan dicanang nama kita dan untuk rawatan seterusnya mereka akan mendera kita untuk lagi lewat menerima rawatan. 


Adehhh tak paham betul la cara kerja mereka ni. Adakah sengaja mereka melewatkan proses rawatan pesakit untuk menuntut elaun lebih masa (OVERTIME)?? Halal dan berkat ker rezki buat dengan cara macam tu?




p/s : nurse kerja mulia tapi kerana perangai segelintir nurse, terpalit stigma negatif untuk semua nurse!



Wednesday, October 30, 2013

WW ~ Doa Mohon Dipermudahkan Bersalin




Seeloknya diamalkan doa ini ketika kandungan sudah mencecah 9 bulan. Bukan apa takut kalau amal dari awal, nanti lahir bayi tak cukup bulan pulak....Mudah-mudahan kita semua diberi kemudahan oleh Allah swt di saat berjuang melahirkan satu nyawa lagi di muka bumi ini...

Tuesday, October 29, 2013

Kaki Mengembang??




Kaki sapa dah mula mengembang ni...huhu...


Ekcelli eyza pun tak perasan kaki eyza dah mula mengembang..Hari tu nurse ada bagitau kaki eyza dah kembang tapi eyza tengok tak ada apa-apa perubahan pun kat kaki. Pakai kasut biasa pun masih muat lagi.


Tapi semalam masa nak sarung selipar jamban kat opis nie, ehh kenapa kaki kiri eyza tak boleh tolak ke depan...Alaa kaki eyza dah besar ker? Baru lah eyza perasan kan kaki eyza dah mula mengembang...huhu...


Namun masalah kaki kembang ni boleh diatasi dengan melakukan perkara-perkara seperti di bawah. (SUMBER : SINI)

~ jangan duduk atau baring terlama. Sekali sekala bangun dan berjalan.

~ tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

~ naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.

~ rendam kaki dalam air sejuk.

~ jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.

~ regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda gerak-gerakkan.

~ minum air secukupnya. ini dapat membantu mengurangkan pengumpulan air di bawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki.

~ gunakan kasut dan stokin yang selesa. jangan pilih yang ketat.

~ kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.

~ gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.

~ amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

~ amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. 




p/s : paksa diri jugak la pakai selipar yang tak muat tue...nanti kalau beli yang besar, sapa nak pakai pulak nanti...hihi

Saturday, October 26, 2013

Perlu Ker Kaunter Khas?

Bila dah jadi dekat diri sendiri baru terpikir pasal nie hehe...Biasalah orang kata kalau dah terkena batang hidung sendiri, baru tau camna.


Alkisahnya eyza ada berurusan dengan pejabat ASB dan Tabung Haji. Sekali pergi tu dia tengok betapa ramainya orang dalam tue. Sampaikan rasa macam mereka-mereka ni harus menyediakan satu kaunter khas untuk orang-orang yang macam kami ni hehe lebih kurang macam gambar kat bawah ni laa....





Kalau dah ada kaunter khas macam nie baru rasa tak letih sangat menunggu lama-lama kan. Almaklumlah di saat-saat ketaksihatan ni, hanya ini yang kami harapkan....

Thursday, October 24, 2013

Tanda - tanda Dah Nak Bersalin

Sekadar berkongsi dengan semua tanda-tanda bila anda sudah hampir waktu melahirkan...

Perut akan menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

Anda mungkin terasa:
1) sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
2) kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing.
3) sakit perut, memulas.
4) kerap buang air besar.
5) kerap terkentut.
6) sakit belakang kerana bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. 





Dan tanda-tanda anda harus bersiap sedia ke hospital bila terjadi salah satu dari tiga perkara di bawah ini iaitu :

1) keluar lendir bercampur dengan darah - lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim.
2) keluar air ketuban - air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina, warnanya jernih dan tanpa bau.
3) senggugut macam sakit period





p/s : eyza masih belum bertanda-tanda yang harus bersiap sedia lagi hehe....

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke