Salam u olsss...
Pada sewaktu ketika ada beberapa orang sahabat tidak mahu berkahwin dan hanya mahu menumpukan perhatian kepada amal ibadah. Mereka mahu mendekatkan diri sedekat-dekatnya kepada Allah SWT dan mendapat makam yang terpuji sebagai orang-orang yang bertaqwa.
Lalu dalam kalangan mereka itu ada yang bersumpah tidak mahu berkahwin dan mahu beramal ibadah sepanjang masa. Mereka berpendapat dengan perkahwinan itu akan menjadi batu penghalang, beban dan keberatan untuk mereka beramal ibadah baik di sebelah siang atau malamnya.
Mereka juga berpendapat bahawa Rasulullah seorang yang maksum (terpelihara daripada dosa). Dengan kelebihan Rasulullah SAW tidak perlu bersusah payah mahu menempatkan diri dalam kalangan orang yang soleh, disayangi dan diredhai oleh Tuhan.
Manakala para sahabat ini berpendapat lagi bahawa oleh kerana mereka tidak maksum, untuk mendapatkan redha Tuhan dan menempatkan diri dalam kalangan orang-orang yang beruntung lagi dikasihi Allah SWT, maka mereka pun bersumpah hendak memusatkan seluruh perhatian kepada amal ibadah semata-mata, baik di siang hari mahupun pada malamnya.
Ada antara mereka bersumpah mahu bersolat sepanjang malam dan tidak mahu tidur. Ada yang mahu berpuasa tanpa berbuka sepanjang hari dan malam. Ada yang mengharamkan diri untuk berkahwin.
BERSAMBUNG ke SIRI II
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)