Tuesday, December 27, 2011

TENTANG DHIA | Melly yang paling beruntung

Salam u olsss...



Rasanya sekarang nie semua orang tengah membicarakan drama 'TENTANG DHIA' kan? Dah jadi drama episod yang paling diminati sekarang nie.


Sebab dah banyak buat ulasan pasal drama berepisod tue, jadi ai tak nak lah ulas berkenaan jalan cerita drama TENTANG DHIA nie sangat. Cuma ai hanya nak bagi pandangan peribadi yang ai dapat dari drama nie.


Masa mula2 tengok drama nie, ai tertarik dengan watak NORKAMADHIA yang dilakonkan NORA DANISH. Yerlah dalam drama nie dia diminati 3 orang lelaki serentak iaitu ZIKIR (ADI PUTRA), RAFFI (IRFAN ROSLAN) dan AZMI (AKO MUSTAPHA). Beruntungkan dia ada 3 pilihan waktu tue. Tapi bila plot cerita ini mula berkembang dan hampir sampai ke penghujungnya, serasa ai watak MELLY (IZREEN AZMINDA) pulak yang lebih beruntung. Walaupun ai tahu di episod akhir, sudah tentu DHIA akan mendapat kemenangan (kebiasaan untuk drama Melayu lah...hehe) tapi kalau u olsss tengok secara keseluruhan MELLY yang sangat bertuah.


Sebab apa tau ai kata MELLY yang bertuah :

~ sebab walaupun dah bermacam2 dosa yang dia lakukan, dia masih diberi ALLAH peluang kedua untuk bertaubat. Dan dia dapat kesempatan untuk meminta maaf dari orang2 yang dia pernah buat salah (kecuali mak dia lah....) selama ini. 


Dikaji dari sudut pandangan yang positif kan, sungguh beruntung bagi manusia yang mendapat peluang kedua dari Allah untuk bertaubat. Lagi manis jika dia memang bersungguh2 bertaubat.Bayangkanlah dari seorang yang memang benar2 jahil bab agama boleh dapat hidayah dari Allah s.w.t. Sangat2 bertuahlah orang seperti itu.


Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.Surah as-Syura : 25


"Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan." Surah al-Baqarah : 222


Apa-apa pun ai nak ucap syabas dan tahniah lah pada penulis skrip drama TENTANG DHIA nie sebab banyak mesej yang boleh dapat dari drama ini walaupun ia hanyalah sebuah drama.





p/s : kalau ada yang berkata 'elehhh dalam drama semua boleh buat', entri ini diulas hanya berdasarkan pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan skrip hehe... =)

12 comments:

  1. cinta x semestinya memiliki kan. Melihat orang yang kita cinta bahgia is a trueeee love n bukan mudah nak lakukannya.. wink wink

    ReplyDelete
  2. @LidiaSuraya betul tue lidia....andai org tu bahagia, kita tumpang gembira...^_^

    ReplyDelete
  3. melly akhirnya kembali ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tengok kesudahan cerita ni.. apakah nasib mak mertua dhia tu.. KEJAM & ZALIM..

    ReplyDelete
  5. Alamak tv x sempat nengok; tv rajin nengok aku :)

    ReplyDelete
  6. aah,mak n abah pun cakap benda sama petang tadi.coz lepas semua dosa nya,dia dapat jadi anak angkat org kaya yang baik,dapat azmi yang baik.bahagia je hidup dia.hihihi


    tak sabar sok last.geram betul.xsabar nak tahu pe jadi kat mak n adik zikir tuh.menci2

    ehh drama je//lalalala

    ReplyDelete
  7. @fadh leyanie alhamdulillah melly dah temui jalan yang benar...

    ReplyDelete
  8. @Myvitrd woo AHM pun tgk gak ekk citer nie hihi yea la kan tak sabar nak tau ending citer nie.

    ReplyDelete
  9. @EmpayarUtama hehe tue tandanya EU sorang yang sentiasa sibuk... =)

    ReplyDelete
  10. @MaYa MustWany betul kan cik mas...melly paling beruntung kan..lepas semua benda jahat dia buat, akhirnya Allah bagi peluang kedua kat dia utk bertaubat...

    hihi sabar2...kita tunggu petang nie ekkk sama-sama...=)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke