Showing posts with label SAMAN. Show all posts
Showing posts with label SAMAN. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Akibat Kecuaian Orang Lain

Sebelum nie masa nak iron kain tue dan nak buka lipatan eyza terperasan ada satu jarum peniti lekat di kain tue. Eyza cek semula kain tue, tu dia ada dekat 5-6 jarum peniti di kain itu.


Dan semalam masa eyza tengah makan kat opis, eyza terasa ada benda mencucuk kaki tapi eyza ingatkan ada semut ker kat situ. Kemudian tak der rasa apa dah.


Masa tengah duduk atas kerusi buat kerja, eyza rasa sakit kat kaki dan macam ada benda tajam tikam kaki. Dan rupa-rupanya ada satu lagi jarum peniti terselit di celah-celah lipatan kain itu.




Lepas buang tue, eyza tengok kaki eyza ada kesan garisan dan cucukan jarum peniti tue. Dah macam mat pit yang suka cucuk-cucuk jarum pulak.


Alahai akibat kecuaian pekerja kedai jahit yang tidak membuang jarum-jarum peniti tue selepas selesai menjahit maka kaki eyza menjadi mangsa keadaan. Harus minta ganti rugi nie sama tokey dia huhu...





p/s : nasib baik jarum tue tak tertusuk masuk ke dalam kaki!

Tuesday, March 8, 2011

Bila Saman, Cepat Saja | Bila Nak Selesai, Lambat Pulak

Gara2  Kena Saman Daa ini la nie hidup ai dilanda MASALAH...

Ingatkan sebelum ini ai ada cerita bila pergi balai polis nak selesaikan isu saman ini, pihak polis suruh ai berhubung dengan balai polis daerah yang kena saman tue.









Jadi sepanjang hari kelmarin ai cubalah hubungi IPd Batu Pahat nie nak tanya cara nak selesaikan masalah ini.






Lepas dapat cakap tue dia minta ai buat surat rasmi untuk rujukan Ketua Trafik sana..Maka bertungkus lumus lah ai dan Deeya menghasilkan surat seperti di atas tue...


Sampai 3 kali penghantaran faks kelmarin selepas kali pertama ai call dia cakap fax yang ai hantar tak sampai pun. Sehinggalah pagi tadi baru dia sahkan dah terima faks dari ai.
Bila ai tanya apa tindakan pihak sana, orang yang terima faks nie cakap minta berhubung dengan pegawai yang berkaitan.


DAN bila call orang berkaitan tue, boleh dia cakap kat ai faks tue tak sampai kat tangan dia lagi dan nak sambung ai ke bahagian saman. Tunggu punya tunggu dia sambung, rupa2nya dia tak sambung pun tapi trosss letak.


Kemudian ai call semula dan nasib baik operator dia Cik Leeya tue sungguh baik hati. Dia bagi contact personal staf  kat sana.


Tapi masalah tak boleh selesai jugak sebab waktu ai call pukul 12.30 tue dia tengah rehat. Dia minta call semula pukul 1.30 petang.


Agaknya dia tahu itu nombor ai, sampai ke saat ini ai masih tak boleh tembusi talian dia. Bila call di pejabat nak minta cakap dengan dia, orang ofis dia bagitahu dia tak masuk pejabat lagi.


Susah lah macam nie. Sebabkan dia orang nie, ai pulak kena berMASALAH...Mungkin ini yang orang ramai selalu kata KARENAH BIROKRASI di kalangan pegawai kerajaan. Bila nak keluarkan nama sebagai ORANG KENA SAMAN cepat sungguh buat tindakan tapi bila ORANG KENA SAMAN nie nak selesaikan kes SAMAN nie banyak punya kerenah dan ragam.


Sunday, March 6, 2011

Ingat boleh selesai dah kes saman

Petang tadi dalam pukul 6.30 petang ai pergi laaa ke IPD Alor Setar..Ingat nak selesaikan lah kes saman ai tue.




Sampai2 jerrr kat balai polis tue tengok ada laa orang dok beratur nak bayar saman.

Tiba giliran, ai pun mula laa bertanya akak polis tue pasal masalah saman ai nie...

Tapi u olsss tahu dia bleh cakap apa...

'Cik kena call IPD Batu Pahat nie untuk maklumat lanjut'

Haaa ingatkan dah boleh selesai masalah saman nie rupa2nya kena berurusan dengan polis di Batu Pahat lakk...Adehhh nasib baik la ni dah ada kemudahan boleh telefon. Kalau lah tak dak semua tue jenuh laa nak ke Batu Pahat semata2 nak tanya soal saman yang ai tak pernah buat langsung nie. Terpaksa naik bas dari utara menuju ke selatan hanya untuk hal ini jerr..

Tak pasal2 ai kena terlibat dengan kes saman nie lak...Dah la nama sudah disenaraihitamkan. Tak boleh perbaharui lesen dan cukai jalan...Naya punya kes...

La nie kena search internet laaa cari nombor telefon IPD Batu Pahat nie....



Entri berkaitan :

.:: Kena saman daa ::.

Saturday, March 5, 2011

Kena saman daa

Petang kelmarin saja laa tergerak di hati ai nak cek saman kat myeg  nie... Konon2nya nak buat kalutcam orang dok bayar saman la nie hihi

Mula tue login laa dulu lepas dah daftar kat myeg nie.....

Klik laaa kat PDRM enquiry & Payment tue....dan masukkan lah IC ai...dalam hati rileks jer laa sebab tak penah buat salah pun kan kat jalanraya...


Sekali daaa dia keluar ai ada satu saman yang perlu dibayar....


Klik la nak tahu detail saman  tue...wahhh terkejut giler ai disaman di batu pahat sedangkan ai tinggal di alor setar. dah tue saman pada waktu ai tengah kerja...




Agak mengkonfiuskan ai sekejap biar betul sistem myeg nie....Nampaknya terpaksa laa berebut dengan orang ramai nak bersoal jawab dengan pak polisi nie...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke