Tuesday, March 8, 2011

Bila Saman, Cepat Saja | Bila Nak Selesai, Lambat Pulak

Gara2  Kena Saman Daa ini la nie hidup ai dilanda MASALAH...

Ingatkan sebelum ini ai ada cerita bila pergi balai polis nak selesaikan isu saman ini, pihak polis suruh ai berhubung dengan balai polis daerah yang kena saman tue.









Jadi sepanjang hari kelmarin ai cubalah hubungi IPd Batu Pahat nie nak tanya cara nak selesaikan masalah ini.






Lepas dapat cakap tue dia minta ai buat surat rasmi untuk rujukan Ketua Trafik sana..Maka bertungkus lumus lah ai dan Deeya menghasilkan surat seperti di atas tue...


Sampai 3 kali penghantaran faks kelmarin selepas kali pertama ai call dia cakap fax yang ai hantar tak sampai pun. Sehinggalah pagi tadi baru dia sahkan dah terima faks dari ai.
Bila ai tanya apa tindakan pihak sana, orang yang terima faks nie cakap minta berhubung dengan pegawai yang berkaitan.


DAN bila call orang berkaitan tue, boleh dia cakap kat ai faks tue tak sampai kat tangan dia lagi dan nak sambung ai ke bahagian saman. Tunggu punya tunggu dia sambung, rupa2nya dia tak sambung pun tapi trosss letak.


Kemudian ai call semula dan nasib baik operator dia Cik Leeya tue sungguh baik hati. Dia bagi contact personal staf  kat sana.


Tapi masalah tak boleh selesai jugak sebab waktu ai call pukul 12.30 tue dia tengah rehat. Dia minta call semula pukul 1.30 petang.


Agaknya dia tahu itu nombor ai, sampai ke saat ini ai masih tak boleh tembusi talian dia. Bila call di pejabat nak minta cakap dengan dia, orang ofis dia bagitahu dia tak masuk pejabat lagi.


Susah lah macam nie. Sebabkan dia orang nie, ai pulak kena berMASALAH...Mungkin ini yang orang ramai selalu kata KARENAH BIROKRASI di kalangan pegawai kerajaan. Bila nak keluarkan nama sebagai ORANG KENA SAMAN cepat sungguh buat tindakan tapi bila ORANG KENA SAMAN nie nak selesaikan kes SAMAN nie banyak punya kerenah dan ragam.


No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke