Monday, March 14, 2011

Bersiar-siar dengan kapal Star Cruises - Part IV (AKHIR)

Seterusnya hari ketiga, kapal berhenti seketika untuk memberi peluang we olsss bersiar2 di Phuket, Thailand.

Di Phuket nie waktunya lewat satu jam dari Malaysia. Masa we olsss sampai kat Pantai Puteri tue tengok aisehhh apasal tak der sapa2 pun yang tunggu we olsss. Check balik jadual rupanya di sana baru pukul 7 pagi...

Jadi tak der benda apa nak buat maka we olsss pun memulakan aktiviti macam biasa we olsss. Bergambar hehe..


Nie kes tak der kerja la nie dok ambil gambar kapal dari jauh...Hehe dah ai ada atas darat.


Ini pulak dekat Pantai Puteri tue (maaf lah kalau silap nama pantai nie)..Tengok la u olsss punya la sampai awal pagi, kerusi pantai tue pun masih kosong lagi...


Tapi awas jika u olsss teringin bergambar dengan polis Thailand, sediakan 1000 Bhat yerrr untuk sekeping gambar. Kejadian nie dah berlaku kat salah seorang ahli rombongan we olsss.


We olsss dibenarkan berada di Phuket sehingga pukul 4 petang sahaja. Jadi we olsss ambil masa yang ada tue meronda pekan Phuket nie lah.

Tak der lah membeli belah sangat sebab barang2 di sini terlalu mahal lah. Cuma yang bestnya ada satu kedai cenderahati yang jual barangan kulit pada harga yang boleh dikatakan berpatutan tapi sayangnya kedai nie tak menerima Ringgit Malaysia. Hanya duit Bhat atau Dollar saja diterima.


Yang nie bergambar dekat kedai jual makanan berasaskan gajus sebab tue depan kedai dia diletakkan replika buah gajus yang sangat2 besar.


Lebih enam jam we olsss meronda, perut hanya terisi dengan air mineral yang dibawa turun dari kapal dan setongkol jagung manis. Bukan tak der orang jual makanan tapi tak berani nak makan sebab tak tahu kesahihan HALAL ker tidak makanan tue. Jadi terpaksalah ikat perut sampai naik ke atas kapal dan sebab tak tahan kelaparan, dalam pukul 2.30 petang we olsss mula bertolak ke jeti untuk naik balik kapal.

Malam tue we olsss ada dinner dan part paling best time nie dapat tengok gaya pakaian orang ke dinner. Macam2 fesyen ada. Gaya pengantin pun ada jugak tengok baju berkelip2... Adehhh sempat lagi dia orang nie buat baju ekkkk...Ai macam biasa lah pakai baju biasa jerrr.

Sementara menunggu waktu nak dinner tue, adalah pelayan2 nie bawak keluar air untuk diminum. Tapi ai nak nasihatkan u olsss JANGAN sesekali ambil air tue ekkk sebab air tue adalah WINE atau dalam bahasa mudahnya kita cakap air arak lah.

Lepas habis dinner tue, we olsss ambil kesempatan bergambar lagi buat kali terakhir sebelum kapal mula bergerak menuju ke Pelabuhan Singapura.

2 comments:

  1. berapa kos naik Star Cruise nie? Mahal tak??..asyik naik kapal terbang jer, sesekali nak try kapal plak.. koh koh koh

    ReplyDelete
  2. @Aujinz tatau lak rega dia baper sebab eyza ditaja member2 hehe...cuma bawak duit shopping jerrr hihihi...ala xbest pun naik kapal laut nie...duk dalam tue jer tak gerak mana hihi..

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke