Monday, March 14, 2011

Budak sekolah agama pun gangster jugak ekkk?

Baru2 nie anak sedara ai balik bercuti dari asrama dengan menaiki bas.

DAN dia balik dalam keadaan keletihan yang amat sangat. Rupa2nya perjalanan dari asrama nak ke rumah yang mengambil masa hampir 1 jam, dia hanya berdiri dalam bas.

Bayangkan budak sekolah yang baru masuk Tingkatan 1 berdiri selama itu. Pasti lenguh habis segala sendi.


Bila diselidiki, punca dia tidak dapat duduk dalam bas kerana 'kakak senior' tak benarkan duduk. Jadi sepanjang perjalanan tue, hanya dia seorang yang berdiri dalam bas.


Senior Tingkatan 5 nie memang suka membuli budak2 Tingkatan 1. Malah siap bagi warning lagi, kalau lapor kat Guru Disiplin lagi teruk dibuli di asrama nanti.

Ingatkan bila duduk di sekolah agama, tak der la masalah disiplin di kalangan budak2 nie. Walaupun hanya beberapa kerat jerrr yang teringin jadi gangster tapi nampak tak elok lah. Nanti orang kata lepasan sekolah agama nie teruk sungguh perangai.

Jangan jadi seperti; kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jadi renung2kanlah... ;)

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke