(gambar ihsan google - maaf lah kualiti kurang elok)
Mula tue buat tak kisah lagi, yer lah sebab luar negara selalu berlaku keadaan macam tue.
TAPI bila tengok ayat seterusnya kat tv tue macam nie;
'LAUT BERGELORA DAN AIR LAUT MENINGKAT TINGGI AKAN BERLAKU PADA PUKUL 6.00 PETANG HINGGA 12 TENGAH MALAM DI PANTAI LABUAN DAN SABAH'
Trosss hati rasa tak sedap ingatkan iNCik yang berada di LAUT LABUAN. Nak call tak boleh, hanya menunggu panggilan dari iNCik saja lah.
Dan bila dapat call dekat pukul 6 petang tue, fuhhhh terasa leganya bila dia cakap keadaan di sana masih okey.
Alhamdulillah mereka berada dalam situasi selamat walaupun telah mendapat amaran berjaga2.
Semoga Malaysia tidak mendapat tempias dari kejadian Tsunami di Jepun tue yang menjadi bencana terburuk dalam tempoh 300 tahun.
Sehingga malam tadi, gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter itu telah mengorbankan lebih 300 penduduk Jepun.
Bagaimanapun jumlah sebenar korban dijangka meningkat dari semasa ke semasa apabila kerja2 menegsan dan menyelamat dilakukan sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)