Showing posts with label CUTI CUTI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label CUTI CUTI MALAYSIA. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Rindu Nak Hapdet ~ Cuti-cuti Malaysia

Sebenarnya eyza sangat-sangat merindui nak hapdet blog tapi rasa macam banyak benda nak buat sampai blog pun terabai dah...Janji nak blogwalking ke blog kawan-kawan pun masih hanya janji tinggal janji...Ampun yea kawan-kawan. Agaknya mesti ada yang sudah lupa pada Eyza hihi...Tengok la tajuk blog dah berubah tapi header masih yang lama...segan sungguh aihh nak edit balik benda-benda alah tu haha...


Okey kali ni eyza nak bercerita pasal percutian eyza yang lepas.. Ala masa cuti wesak baru-baru ni...Sebenarnya plan dah lama, dok rancang macam-macam tempat nak pergi dan akhirnya sekali lagi Penang menjadi destinasi kami untuk bercuti. Ini pun plan last minit pagi Sabtu, hari yang nak bertolak tu. Beg baju bawa siap-siap walaupun hotel tak tempah lagi. Sebab dok pikiaq dari Alor Setar ke Penang tak jauh mana, jadi tawakal jea la...Kalau hotel penuh, balik hari saja lah.


Destinasi kami ke Pulau Pinang berjalan dengan lancar cuma masa nak keluar dekat susur keluar Georgetown nak naik jambatan, berlaku kemalangan antara lori dan sebuah MPV. Memang terganggu sedikit trafik yang sebelumnya lancar bertukar menjadi sesak sebab kenderaan semua pakat nak menyelit masuk lorong. Yea la masing-masing tak sabar nak sampai ke destinasi yang dituju.


Perjalanan kami menghala ke Batu Feringghi dan sesi mencari hotel pun bermula. Call hotel semua penuh dan akhirnya ada rezki kami terjumpa sebuah resort yang baru dibuka. THE LOST PARADISE RESORT, itu nama resort yang menjadi tempat penginapan kami. Terus eyza call tuan punya resort dan dimaklumkan tinggal 1 lagi villa dan lebih kurang 3 bilik saja yang kosong. Jadi dia bawak kami tinjau villa dan bilik-bilik yang ada untuk tengok mana satu kami berkenan. Dan eyza dan suami memang sudah jatuh chenta pada villa yang ditunjukkan itu. Selain ruang dalaman yang luas, (terbahagi kepada 3 ruang; ruang tamu, ruang bilik dan ruang santai) villa tu betul-betul menghadap pantai Batu Feringghi dan juga terdapat sebuah kolam renang yang sangat sesuai untuk berdating berdua di bahagian belakang villa. 





Tapi agak kesayangan sikit la di saat eyza nak merakamkam suasana dalam villa tu, tak eyza sedari rupa-rupanya eyza bawa kamera yang sudah kehabisan bateri dan tambah menyedihkan bila eyza tak bawa pulak pengecasnya huhuhu. Sedih yang amat waktu tu. Inilah bahananya bila buat perancangan di saat akhir. Benda penting camtu pun boleh tak ingat. Jadi eyza hanya boleh berkongsi dengan semua gambar-gambar yang diambil dari fB RESORT tu saja. 


~ nampak eyza sedikit berisi sebab pic tangkap jarak dekat ~


Kepada yang bercadang nak bercuti di Penang, cubalah rasai pengalaman anda menginap di resort ini yang dimiliki oleh Dr. Chew dan isterinya. Pasti anda berpuas hati dengan layanan dari mereka berdua sepanjang anda berada di resort mereka. Sebabnya kami berdua sendiri sangat berpuas hati dengan layanan oleh Dr. Chew dan isteri yang sangat peramah melayan pengunjung dan tanpa disangka pasangan ini telah email pada eyza untuk mengucapkan terima kasih kerna sudi memilih resort mereka untuk menginap. 


THE LOST PARADISE RESORT
262 JALAN BATU FERRINGHI
PULAU PINANG
TEL : 019-4707218


Tuesday, February 5, 2013

Selamat Bercuti...hehe



Esok eyza mula bercuti. Jadi blog akan bersawang untuk beberapa ketika huhu... Harap maaf yea eyza tak sempat nak blogwalking balas jejak kawan-kawan semua. Nanti lepas naik kerja, pelan-pelan eyza terjah balik yea....Jumpa lagi nanti!

Thursday, August 2, 2012

Cuti - Cuti CAMERON HIGHLAND

Sekadar tempek gambar saja sebab nak cerita pun banyak benda dah terlupa. Maklumlah dah lama pi tapi baru nak buat entri huhu... Eyza pergi ke sana 2 minggu selepas balik UMRAH iaitu pada 21-23 hb Jun yang lepas.


Ini pic apartment penginapan kami di Equatorial Hotel. Apartment yang mahal (satu malam rm300) tapi servis tidak memuaskan. Ada dua bilik tapi hanya 1 bilik dikemas dengan alasan bilik satu lagi terlalu banyak barang dan bila call pukul 3 petang (lepas balik ronda-ronda) untuk minta dia datang cuci, petugas kaunter tue bagi jawapan "maaf cik, pekerja kami dah balik semua. Dia orang hanya bekerja sebelah pagi sahaja."



Ini tempat pertama kami terjah iaitu ladang strawberi. Kami pergi ke OPAH STRAWBERIES & FARM'S. Pemilik ladang nie ialah orang senegeri eyza. Tak kenal pun tapi masa bersembang tue sempat kakak eyza tanya dia. Selain strawberi dia jugak ada tanam pokok rasberi.








Kemudian di tengah panas rembang kami pergi melawat ke Kedai Kaktus iaitu di Cactus Point.




Destinasi seterusnya ke Ladang Teh Bharat. Subhanallah cantik sungguh pemandangan ladang teh nie.



Tapi ladang ini agak curam sikit jadi tak berani turun sampai ke bawah.




Dan ini destinasi terakhir kami keesokan harinya sebelum balik iaitu melawat Taman Rama-Rama dan Serangga Cameron.








Sekian terima kasih hehe..Itu jer yang eyza ingat pun apa nak cerita. Salah satu sikap suka bertangguh punca entri semua lambat dikeluarkan hehe....



p/s : ada gak entri jalan-jalan ke Terengganu tapi mungkin eyza tak buat dah kot sebab baru tahun lepas pergi dan entri tu eyza dah buat.

Tuesday, July 17, 2012

Sepi Menyepi...

Rasa macam dah agak lama tak mencoret di sini. Seperti sibuk jer hari-hari yang dilalui huhu....


Sebenarnya agak lama eyza menyepi sebab eyza dan family pergi bercuti-cuti Malaysia. Mana lagi kalau bukan ke Terengganu.  Cuma sayangnya sebab sebelum nie plan nak ke pulau di sana tapi atas sebab - sebab yang tak dapat dielakkan, maka kami semua hanya ke Kuala Terengganu sahaja.


depan Masjid Kristal



Dan macam biasa kalau ke Terengganu eyza pasti mencari kedai makan yang bernama NRCAFE untuk makan malam di situ.


Ingatkan sepanjang eyza bercuti nie eyza nak auto published entri-entri percutian eyza di Cameron Highland tapi pada hari terakhir eyza kerja tue internet kat opis buat hal pulak. Dekat nak balik baru dia okey makanya tak sempat lah eyza nak taip entri itu. Kalau kat rumah memang tak sempat nak online pun sebab ada saja benda nak buat masa tue.


Semalam ingatkan nak taip entri tapi bila dok asyik BW ke blog orang lain, terus terpadam niat di hati heuheuheu...Jadi sementara mood masih ada pagi nie maka eyza coret sikit dulu menandakan blog eyza masih ada penghuninya hehe...





p/s : esok cuti lagi sebab ada appointment dengan doktor huhu takutnyaaaa.....



Wednesday, June 27, 2012

Sejuknyer...



Gambar nie diambil dekat Pasar Pagi masa eyza sekeluarga pi Cameron Highland minggu lepas. 


Sangat-sangat termalasnya nak hapdet entri kisah di Cameron Highland kerna dua sebab iaitu mood telah ke laut (terindu seseorang) dan sebab nak pi bercuti-cuti Malaysia lagi. InsyaAllah kalau terrajin eyza hapdet jugak sebab kisah-kisah tue semua sebagai kenangan untuk eyza simpan dan baca di kemudian hari.





p/s : semalam anak buah eyza yang sulung kena admit di wad.  harap-harap tak ada apa-apa masalah lah.

Tuesday, June 26, 2012

Percutian Ke Terengganu?

Sekarang nie eyza sekeluarga merancang untuk pergi bercuti (walaupun baru jer balik UMRAH dan CAMERON HIGHLAND) sebelum kita mula berpuasa.


Walaupun baru saja pergi Terengganu tahun lepas, tapi masih terasa nak pergi lagi sebab masa pergi tahun lepas tue tak habis lagi menjelajah ke sana.


Dan rancangnya tahun nie nak pergi ke kawasan yang ada pulau-pulau. Teringin nak tengok keindahan pulau-pulau yang ada di sana sambil melihat matahari terbenam.





Dan jugak teringin nak menyusuri dasar lautan tengok pemandangan hidupan laut dengan buat aktivit snorkeling.




Makanya eyza nak minta pandangan korang semua yang pernah ke Terengganu atau memang orang Terengganu, ada cadangan tak pulau mana yang paling seronok untuk pergi bercuti. Member eyza cakap pulau perhentian best kalau pergi honeymoon hihi... Tapi memandangkan eyza akan pergi bersama keluarga (ikut plan ada 3 keluarga bersama anak kecil akan pergi) haruslah pergi ke pulau yang sedap mata memandang. Jadi korang rasa pulak apa yang sesuai yer?




p/s : percutian yang diberi duit belanja sangat-sangat menyeronokkan hihi...

Sunday, June 10, 2012

Syukur alhamdulillah

Salam u olsss...





Alhamdulillah syukur akhirnya saya sekeluarga selamat kembali ke tanah air terchenta. Tepat jam 8.50pagi hari Rabu (06062012), berjaya menjejakkan kaki di bumi Malaysia setelah hampir 2 minggu meninggalkannya.


InsyaAllah lepas nie blog kesayangan nie akan berhapdet kisah2 sepanjang di sana. 


Terima kasih pada yang mendoakan keselamatan perjalanan ai sekeluarga dan kepada yang sudi berkunjung ke blog ai semasa sepanjang ketiadaan ai di sini. InsyaAllah lepas nie pelan-pelan ai akan berkunjung ke blog u olsss semua.




p/s : hari pertama memulakan kerja setelah bercuti panjang selama 2 minggu (^_^)

Tuesday, April 3, 2012

Ejen dah calling-calling

Salam u olsss...


Dalam entri sebelum nie, ai ada ceritakan pasal FASA PERTAMA BARU SIAP kan?


kredit : DENAIHATI.COM


Semalam ejen dah calling2 minta keperluan yang diperlukan untuk membuat visa. Dia minta 4 benda iaitu:

i- Gambar pasport (2 keping)
ii- Gambar visa (4 keping)
iii-Buku pasport
iv- Buku suntikan


Semua yang dia minta dah ada kecuali buku suntikan saja. Ekcelli, buku suntikan tue memang dah ada pada tahun 2008 lagi, tapi rasa macam nak ambik suntikan semulalah sebagai langkah berjaga-jaga.


Ejen tu pun ada cakap, better pergi suntik semula sebab takut suntikan yang lama dulu tue dah tak berkesan ubatnya. Hurmmm, klinik mana ekk yang sedia suntikan nie?




p/s : rasa macam masih banyak tak settle walaupun tarikh tue semakin mendekati huhu...

Friday, March 9, 2012

Fasa Pertama Baru Siap

Salam u olsss...


Fasa pertama projek untuk ai sefamily sudah bermula. 




Gambar untuk visa sudah pun siap diambil cuma tunggu ejen calling2 minta gambar2 nie.

(diblur atas nasihat EmpayarUtama)




Pasport memang dah ada lama. Tahun 2008 dah buat untuk 5 tahun jadi bakal tamat tempoh pada 2013. Maka ada setahun lagi peluang untuk ke luar negara hihi...





p/s : kena buat check list apa yang belum dibuat huhu...

Thursday, December 29, 2011

Selamat Jalan 2011 | Tahun Kenangan

Salam u olsss...


Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2012 akan mula mengambil tempat.


Seperti tahun2 sebelum nie, pastinya tahun yang akan berlalu ni meninggalkan memori bagi sepanjang tahun. Pastinya segala kenangan suka duka pahit manis telah terencah dalam tahun ini. 


Ada satu kenangan pahit yang berlaku dalam hidup ai untuk tahun nie tapi ai tanak ingat dan kenang dah sebab 'what past is past' kan? Pada yang tahu tue, terima kasih banyak2 untuk keprihatinan kalian menggembirakan hati ni kembali. Sedih itu tetap ada tapi sempena tahun baru nanti, dah tak nak kenang lagi benda tue.


Satu lagi kenangan (tak tau la pahit kaa tawar ka masin),  bila dalam portal myeg online nama ai telah tersenarai untuk disaman. Disaman untuk benda yang ai tak buat....


Dan macam biasa tahun nie pastinya kenangan manis akan dikenang dan tercatat dalam memori hidup. Kalau tahun lepas memori banyak berlaku di luar negara tapi kali nie dalam negara jer.


1. bercuti2 Malaysia bersama family di KELANTAN, TERENGGANU, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, KUALA LUMPUR, PULAU PINANG, PULAU LANGKAWI serta berkelah di GUA KELAM, PERLIS dan TITI HAYUN, KEDAH.


2. dapat adik ipar di Tahun Baru Cina.


3. lahirnya anak sedara yang keenam dalam keluarga pada 04 Disember 2011.


Apa2pun ai amik kesempatan nak ucapkan :


serta SELAMAT HARI LAHIR buat adik ai esok, 30 Disember 2011 (JUMAAT).





p/s : entri dipost awal takut hari last 2011 tak ber'online'.

Tuesday, October 25, 2011

Enjoylah hidup sementara masih berupaya

Salam u olsss.


Buat yang bercuti esok sempena Deepavali, selamat bercuti yer. Esok ai nak hadiri kenduri di rumah my kazen. Harap majlis berjalan lancar hendaknya esok.


InsyaAllah kalau tak ada apa2 aral ai akan sambung cuti. Mungkin bercuti pusing2 Malaysia sambil menenangkan hati dan perasaan. Kata orang sementara masih sihat dan berupaya jalan, nikmatilah hidup sepenuhnya. Jangan stress2 sebab hidup nie untuk dienjoy.


Doakan percutian we olsss semua berjalan lancar yer. Selamat pergi dan selamat pulang. Dan buat adik sorang nun jauh di pandangan mata tapi dekat di hati --> jangan lupa study for da exam yer MOHD SASUKE. Akak akan merindui coretan dan tulisan adik nanti.  sob sob...


Saturday, October 22, 2011

Hotel Hallmark Melaka

Salam u olsss...


Masa we olsss ke Melaka, di sinilah tempat penginapan semua.



 
Hallmark Hotel ialah sebuah hotel 2 bintang yang menyediakan 78 bilik tetamu yang selesa, termasuk bilik standard, deluxe dan 'suite' keluarga, bilik mandi sendiri, penghawa dingin, LCD TV warna dengan Astro dan kemudahan IDD.


sampai2 kena daftar dulu yer


inilah bilik yang we olsss dapat - no 308


perkara pertama buat lepas masuk bilik - on LCD TV



bilik nie menyediakan satu katil queen dan satu katil single



inilah ahli rombongan che kiah hehe bergambar ramai2 sebelum bertolak balik


Hotel Hallmark ni terletak di tengah-tengah tapak bersejarah kota Melaka dan kedai-kedai barangan antik. Antara destinasi yang terdekat dengan hotel nie ialah Chinatown, The Stadhuys, A'Famosa,dan Jonker Street.


Kalau nak ke Melaka lagi insyaAllah akan mencari hotel nie lagi sebab kedudukannya yang strategik dan selesa.


Hallmark Hotel (Melaka)
Address: 68, Jalan Portugis Off Jalan Kubu Melaka 75200 Malaysia
Telephone: +606-281-2888
Fax: +606-281-3409

Friday, October 21, 2011

Asam Pedas Daging | Pertama Kali Makan

Salam u olsss...


U olsss pernah makan tak asam pedas daging


Ai baru pertama kali merasanya sebab selalunya dok makan dan dok dengar orang sebut adalah asam pedas ikan; tak kisahla ikan parang ker, ikan kembung ker atau ikan pari. Yang utama ai hanya tahu asam pedas ikan sahaja.



(inilah rupa ASAM PEDAS DAGING)


Tapi kunjungan ai ke Melaka baru2 nie menemukan ai dengan asam pedas daging. Itu pun ai tahu daging boleh buat asam pedas lepas penjual tue tanya nak makan asam pedas ikan atau daging. Jadi mak dan ayah ayah try makan yang tue. Ai seperti biasa jer masih setia dengan asam pedas ikan kembung. Tapi ada la jugak ambik sikit asam pedas my mum tue nak rasa camner asam pedas daging nie.


Kalau u olsss ke Melaka, jangan lupa singgah ke Uptown Pahlawan Walk yang menjual set makanan ini iaitu nasi putih + asam pedas ikan/daging + ikan kering + timun pada harga yang RM5.50. Memang berbaloi2 harga dan rasa makanan tue.

Thursday, October 20, 2011

Muzium Samudera, Melaka

Salam u olsss...


Destinasi seterusnya kami ialah ke Muzium Samudera. Niat hati awalnya nak naik Melaka River Cruise tapi sebab malam tue keletihan, tangguh ke pagi esoknya. Tapi nasib agak kurang baik sebab ia hanya dibuka pada pukul 10.00 pagi sedangkan we olsss kat situ pukul 9.00pagi. Puas merayu jugak dekat penjaga kaunter tue untuk benarkan we olsss naik tapi sikit pun tak dilayan. Tak perlah tak der rezeki we olsss.


Walaupun agak kiciwa tak dapat naik tapi layan jugaklah dua tiga keping gambar mengubati hati huhu... Dalam kepala inilah benda pertama yang diangan2kan setibanya ke Melaka tapi tak dapat pulak.


 (semangat berkobar2 nak menuju ke kaunter tiket)

 (banner MELAKA RIVER CRUISE yang buat ai kiciwa tak leh nak naik)


 (tengok dari jauh ajer pekerja berkenaan tengah bawa kapal tue)


Akibat tak dapat naik Melaka River Cruise, maka diubati kekecewaan tue dengan naik kapal yang tak bergerak. We olsss ke Muzium Samudera.



 
(sebelum masuk dalam kapal tue kena beli tiket dulu tau)


 
 (tak mahal pun tiket dia, hanya rm3.00 sahaja)


 
 (besar sungguh kapal tue; tapi sebelum masuk kena buang kasut dan masukkan dalam plastik beg yang disediakan)


 (panglima2 @ pahlawan Melaka yang segak bergaya)


 
 (antara barang2 yang digunakan sebagai sistem barter pada zaman dahulu kala)


 (malu2 tanak pandang kamera hehe...)


 (haaa dah peluk Abang Tuah hikhikhik...)



Puas melenguhkan kaki menjelajah seluruh kapal naik turun tangga kapal, we olsss ke Muzium Samudera bahagian kedua pulak.



 (Muzium Samudera bahagian kedua, hanya kepala kapal sahaja diletakkan)




 (kapal berkepala burung)



 (antara aktiviti kaum ibu dan bapa di kampung)





(misteri nusantara, tapak kaki berjari 4 sahaja) 

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke