Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Sepi Menyepi...

Rasa macam dah agak lama tak mencoret di sini. Seperti sibuk jer hari-hari yang dilalui huhu....


Sebenarnya agak lama eyza menyepi sebab eyza dan family pergi bercuti-cuti Malaysia. Mana lagi kalau bukan ke Terengganu.  Cuma sayangnya sebab sebelum nie plan nak ke pulau di sana tapi atas sebab - sebab yang tak dapat dielakkan, maka kami semua hanya ke Kuala Terengganu sahaja.


depan Masjid Kristal



Dan macam biasa kalau ke Terengganu eyza pasti mencari kedai makan yang bernama NRCAFE untuk makan malam di situ.


Ingatkan sepanjang eyza bercuti nie eyza nak auto published entri-entri percutian eyza di Cameron Highland tapi pada hari terakhir eyza kerja tue internet kat opis buat hal pulak. Dekat nak balik baru dia okey makanya tak sempat lah eyza nak taip entri itu. Kalau kat rumah memang tak sempat nak online pun sebab ada saja benda nak buat masa tue.


Semalam ingatkan nak taip entri tapi bila dok asyik BW ke blog orang lain, terus terpadam niat di hati heuheuheu...Jadi sementara mood masih ada pagi nie maka eyza coret sikit dulu menandakan blog eyza masih ada penghuninya hehe...





p/s : esok cuti lagi sebab ada appointment dengan doktor huhu takutnyaaaa.....



Tuesday, June 21, 2011

NR CAFE - kedai makan PERLU singgah jika ke TERENGGANU

Kalau u olsss ke Terengganu, jangan lupa singgah makan di NR CAFE yang terletak di Pantai Teluk Ketapang berdekatan dengan kawasan Lapangan Terbang KT.


Menyajikan pelbagai makanan Ala Thai, Western Food, Herba Food dan Snek, Restoran NR CAFE ni dibuka bermula petang hingga awal pagi.



Papan tanda NR CAFE - agak gelap sebab pergi waktu malam... ;)




Suasana ruang dalam NR CAFE...We olsss pilih untuk duduk bawah pondok yang boleh memuatkan 6 orang sahaja (rasa macam berada di kampung sahaja dengan suasana itu).




Hampir keseluruhan ruangan luar dan dalam NR CAFE nie menggunakan bahan2 semulajadi flora dan fauna.




Agak unik tengok lampu yang bergantungan berukiran nama NR CAFE.





Ai order air Fresh Orange dan tak sangka rupanya air jus buah2an semuanya didatangkan dalam gelas yang besar. Mula ingat tak mampu nak habiskan tapi sekali rasa terosss rasa nak lagi. Pertama kali rasa air buah yang cukup rencah dan rasa.

Secara keseluruhannya u olsss memang PERLU singgah ke sini untuk menikmati makan malam kerana makanannya yang marveles dan harga yang berpatutan. Masa we olsss bercoti2 ke Terengganu selama 3 hari 2 malam, untuk 2 malam berturut2 we olsss datang makan di sini.


Thursday, June 16, 2011

Bas Bandar

Pertama kali jugak tengok nie.


Masa nak ke Pasar Payang, ternampak satu papan tanda yang tulis macam di bawah nie.




Lepas tue meliar mata nak tengok macamana lah rupanya bas bandar tue.

Dan nasib baik, kebetulan masa tue dia tengah parking elok kat tepi jalan. Apa lagi trosss ai amik gambar rupa bas tue nak share kasi u olsss tengok sama. Akibat bas tue agak2 panjang, jadi tak dapatlah nak ambil gambar keseluruhannya memandangkan ambik gambar pun pakai henpon aja.







Ai difahamkan bas nie akan bergerak ikut jadual tertentu. Jadi tak dapatlah ai nak merasa pusing2 bandar KT naik bas nie.

Kalau u olsss pergi KT, cubalah cari bas nie yang hentiannya ada dekat Pasar Payang. Harga tiket dikatakan hanya RM1.00 tapi kalau silap ai minta maaflah.

Thursday, June 2, 2011

Bercoti2 Malaysia ke Terengganu

Salam u olsss.....

Arini ai nak hapdet cerita ke mana ai menghilangkan diri selama 4 hari hehe...

Ala u olsss mesti dah tau kan berdasarkan 2 entri ai sebelum nie tapi tak per lah ai tetap nak citer jugak hihi

Ai sefamily bercoti2 Malaysia ke sebuah negeri di Pantai Timur yang terkenal dengan 'SENYUM SOKMO' nyerr.....




Hampir dekat 15 tahun tak jejak Terengganu dan itulah penjejakan ai sefamily yang pertama setelah hampir satu setengah dekad tak ke sana.

Bertolak dari rumah dalam pukul 11 pagi dan sampai betul2 di hotel dekat Kuala Terengganu pukul 9.30 malam (masa tue hanya sempat hapdet dalam facebook jerrr).

Agak2 u olsss mesti terpikir kan kenapa lambat bebenor we olsss sampai. Dekat 10 jam jugakkan. Memang sangat2 letih duduk dalam kereta lama2 tapi demi keselamatan semua, mak ayah ai tak kasi pandu laju2 sangat tambahan pulak jalan ke pantai timur tue kan berliku2.

Percutian 3 hari 2 malam rasa sangat2 singkat sebab we olsss tak habis menjelajah Terengganu lagi. Dalam tempoh masa tue, hanya sempat ronda2 Kuala Terengganu aja.

We olsss hanya sempat ke tempat feveret pelancong jerrr...Ke Taman Tamadun Islam tengok Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pasar Payang dan Pantai Batu Buruk.

Disebabkan we olsss pergi  masa cuti sekolah memang agak sesak laaa bandar Kuala Terengganu nie.

Dah lama tak datang Terengganu, kagum ai tengok banyak perubahan dah berlaku kat Kuala Terengganu. Dengan bangunan2 yang tinggi bak pencakar langit dan kesesakan lalu lintas yang teruk tak ubah seperti sedang berada di Kuala Lumpur aja.

Agaknya kalau pergi lagi 10 tahun akan datang, Terengganu dah berubah sepenuhnya kot hihi.

Apa2 pun percutian 3 hari 2 malam memang da best laaaa sebab boleh release tension sambil hilangkan stress. Enjoy sangat2 dapat amik angin kat tepi pantai. Memang Malaysia mempunyai destinasi percutian yang terbaek lah. Jom kita cuti2 dalam Malaysia saja.




p/s : besaq sungguh Pasaraya Giant dan Mydin kat Kuala Terengganu nie.

Tuesday, April 12, 2011

Ada Cadangan ke Terengganu?

Salam u olsss...

Ai nak minta tolong u olsss sapa2 blogger kelahiran Terengganu atau pernah pergi Terengganu...



Bukan apa, ai sefamily cadang2nyer nak pergi bercuti di Kuala Terengganu. Jadi nak tanya pendapat u olsss lah tentang tempat2 yang menarik di sekitar Kuala Terengganu dan hotel mana yang best untuk penginapan nanti.




Baru2 nie ai ada tengok cerita 3 hari 2 malam pasal percutian di Pulau Redang tue. Tengok tempat dia menginap best ajer cuma terlupa nama hotel tue...

Kalau u olsss baik hati tolong ai ekkk...Hihi Dah dekat 20 tahun tak pergi Terengganu jadi agak samar2 laa tempat2 yang menarik kat sana. Yang ada di fikiran sekarang nie hanyalah Pantai Batu Buruk..Sesapa ada cadangan jangan malu jangan segan, tinggalkan cadangan anda di ruangan komen yerr..



Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke