Showing posts with label MASALAH. Show all posts
Showing posts with label MASALAH. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Punca Mobile Data Celcom 1 Malaysia tak boleh digunakan lagi?


Itu antara perbualan kedua antara eyza dengan Agent Celcom. Perbualan pertama rujuk SINI. Sebelum ini Agent Celcom memaklumkan kalau selepas eyza menukar sim kad ke telefon lain dan Internet okey, bermaksud telefon eyza yang bermasalah. Tapi setelah terjadi perkara yang sama pada telefon kedua, eyza dapat agak puncanya. Cuma eyza saja nak tahu jawapan dari pihak Celcom sendiri mengenai masalah ini.


Kalau sebelum ini, jika selepas kita membayar untuk langganan sebulan, walaupun kredit sudah tamat tempoh, internet masih boleh digunakan. Tapi sejak bulan lepas, Celcom telah membuat pelarasan pakej internet di mana internet hanya boleh digunakan bila kredit aktif walaupun anda telah membayar untuk pakej sebulan. Sungguh tidak adil bila Celcom membuat pelanggannya begini. Sudah la tidak dimaklumkan apa-apa maklumat. Jadi eyza buat keputusan untuk terus bertukar pelan data. Rasa kecewa pula dengan servis dari Celcom.

Wednesday, November 5, 2014

Tuesday, May 6, 2014

Daftar Online Untuk Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Kedah

~ klik SINI untuk LOGIN MASUK ~


Bermula semalam, 5 Mei sehingga 19 Mei para pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran kemasukan ke Matrik boleh mula membuat pendaftaran online.Yang gambar kat atas tu adalah imej LOGIN untuk pelajar-pelajar yang dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Kedah.


Sebenarnya tujuan eyza buat entri ni pun sebab eyza salah seorang AJK URUSETIA untuk Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (MPPB) 2014/2015. Jadi kalau sapa-sapa pelajar nak tanya boleh la soal eyza di sini atau call opis eyza di talian 04-9286100. InsyaAllah eyza akan cuba bantu selesaikan masalah adik-adik semua...hihi...




UPDATE:

Sila pastikan perkara berikut sebelum menggunakan e-Pendaftaran:
  • Pastikan pembayaran yuran telah dibuat dan slip bank BSN telah diperolehi. 
    Nombor slip bank BSN perlu dikunci masuk.
  • Telah membuka Akaun Bank Rakyat. 
    Nombor Akaun Bank Rakyat juga perlu dikunci masuk.
  • Gambar pelajar dalam format JPG atau PNG (rujuk contoh dalam e-Pendaftaran). Sila "upload" semasa e-pendaftaran bagi memudahkan proses menyediakan KAD MATRIK.
  • Cetak 3 salinan slip e-pendaftaran untuk kegunaan pada Hari Pendaftaran (25 Mei 2014) nanti.

Thursday, April 19, 2012

Masalah Klien Jadi Gosip?

Salam u olsss...


Apa perasaan u olsss kalau satu hari u olsss mendapatkan khidmat kaunselor di pejabat dan selepas u olsss keluar dari bilik dia, masalah u olsss tue dijadikan bahan gosip. 


Serius sampai ke saat ini, ai tak percaya pada perkhidmatan kaunselor. Buktinya sudah ada di depan mata yang berlaku di pejabat ai. Kaunselor2 nie tak boleh langsung nak simpan rahsia klien dia.




Dan sepatutnya sebagai seorang kaunselor harus mengamalkan etika macam di bawah ni.






Tapi yang sebaliknya berlaku pulak bila apa yang terjadi pada klien dan apa yang klien cerita dijaja dari satu tempat ke satu tempat. Dari orang tak tahu masalah, sampai satu pejabat dah heboh. Benda nie jadi kat membe pejabat ai sendiri. Dan si kaunselor nie pergi cerita kat orang pejabat jugak. Tak pasal2 masalah membe ini diketahui semua orang.


Ai pernah tanya pada seorang bekas kaunselor dan dia kata semasa seorang kaunselor dilantik, mereka telah berikrar akan menjaga rahsia klien selagi ia tidak membahayakan nyawa klien dan orang2 sekeliling. Tapi macamana kaunselor tue boleh langgar prinsip dan ikrar itu. Jangan kerna nila setitik, habis rosak susu sebelanga.




p/s : haishhh janganlah paksa saya buat benda yang memang saya kata TAK NAK!

Tuesday, April 17, 2012

Semalam Hari Masalah Di Telefon

Salam u olsss...


sumber dari GOOGLE



Semalam memang betul2 hari yang memberi masalah pada ai bila bercakap di telefon.


Pertamanya : teruja bila call seseorang tapi bagai terasa di awang-awangan bila si pemanggil bersuara dengan nada suara yang tersangatlah merdu bak buluh perindu. Perghhh ingatkan suara ai dah cukup lembut dan bersopan bila bercakap di telefon, rupa2nya dia lagi lembut dan sopan dari ai walaupun dia seorang lelaki. Terpesona sekejap dengan suara dia. Macam nie disuruh call dia tiap2 hari pun tak apa hehe... (^_^)


Keduanya : terkedu sebentar ai bila ai hubungi rakan sepejabat ai dan sebelum dia mengakhiri perbualan, ai terdengar satu ayat dari dia yang rasa macam geram aja. Ekcelli ai call dia untuk maklumkan pasal ada mesyuarat yang dia perlu hadiri. Dan ai hanya sebut singkatan bagi tajuk mesyuarat itu. Dia tanya ai balik nama penuh mesyuarat itu. Oleh sebab ai memang ingat2 lupa nama sebenar bagi singkatan itu, ai dibulinyer walhal dia sendiri pun tahu nama sebenar mesyuarat itu. Dan lepas ai cakap kat dia, 'kalau dah tahu, buat apa tanya lagi' dan dia balas 'I LOVE YOU'. Perghhh geram dengan ayat last dia tue. Inilah nasib kalau masih single kan. Ada saja orang nak guna modal tue sebagai bahan gossip.


Tapi nasib baik orang yang pertama jadi penyelamat menyejukkan keadaan. Kalau tidak makin stress lah bekerja hari itu.





p/s : hari ini ada perjumpaan pengarah baru bersama staff dan macam biasa ai sentiasa dianaktirikan. Memang tugas macam ai tak membenarkan ai menghadiri apa2 perjumpaan di pejabat. Nama jer orang depan tapi ai selalu ketinggalan sebarang isu semasa di pejabat.

Friday, April 6, 2012

Berjaya Jugak Delete!!!

Salam u olsss...


Semalam dulu kan ai ada post entri pasal FIBOX... Rasa macam tak seronok jer masuk belog tapi tak der komen-komen di shoutbox untuk di blogwalking huhu...







Lepas godek-godek di web fibox, khirnya ai berjaya jugak nak delete komen di fibox dan dah ban pun nama mereka-mereka yang tak sepatutnya itu.


Harapnya tak ada lagi lah nak letak iklan kelucahan tue kat fibox ai yer. Nak letak iklan boleh tapi bukan berunsur kelucahan macam tue. Sangat2 malu nak baca hokeyy!!!




p/s : boleh kembali BW dengan nama-nama baru di shoutbox!

Monday, November 14, 2011

Tulun..tulun...what to do???

Salam u olsss...




S : Mir, sory coz tinggalkan mir dulu.

M : Xper janji sy bahagia.Mir happy untuk kebahagiaan sy.

S : hm, tp sy tau mir pasti kecewa. Masih ada ruangkah sy di hti mir?

M : benda dah lepas sy. xpayah diingat kembali la.kita kan masih berkawan?

S : mir, sy xbahagia.dan kami dah break. tp sy tau mir kecewa.xsalah sy kmbali pd mir.d hti sy mmg msh terpendam pd mir.




U olsss penah berdepan tak dengan situasi macam di atas? ermm apa nak jawab yea?


Ai dan S pernah jadi kawan dan hampir setahun yang lalu ai dan dia terputus hubungan selepas dia sedang asyik maksyuk berchenta. Orang tengah bahagia jadi ai tak nak ganggu. Lagi pun hubungan kami hanya berlandaskan kepada talian persahabatan saja. Tak pernah lebih pada tue.


Tapi bila tengahari tadi dapat mesej dari dia macam kat atas tue --> sory coz tinggalkan mir dulu buat ai jadi kaku dan kelu nak berkata2. Sebab seingat ai, we olsss xpernah ucap salam perpisahan atas persahabatan yang lama terjalin nie. Jadi kat mana rasionalnya dia kata ai kecewa? Adehhh masalah lain tak selesai lagi, timbul plak masalah baru...Tulun..tulun....Apa nak buat nie?


Semalam dapat lagi mesej dari S. Dia cakap nie mungkin balasan atas dosa dia meninggalkan ai..Adehh penin penin bila masa ai dan dia berchenta???

Monday, September 12, 2011

Susahnya nak topup gara-gara 6%

Sejak tersiar dalam semua media massa pasal caj 6 % untuk setiap tambah nilai kredit dan kad sim, agak susah betul nak mentopup (betul ker bahasa tue huhu).




Pergi jer ke kedai top up mesti semua akan cakap top up dah habis. Betul ker dah habis atau u olsss simpan untuk keuntungan yang akan mendatang. Hishhh gara2 6% semua penjual top up dah menyusahkan semua pembeli.

 Nasib baiklah ada alternatif lain untuk top up...Thanks to Maybank 2u.

Alahai MAXIS, DIGI dan CELCOM, buat apalah nak kenakan caj macam2 lagi. Dah la kadang2 servis tak memuaskan. Sesuka hati jer tue amik duit tanpa maklum apa2 macam MAXIS baru2 nie buat kat ai.



Monday, August 22, 2011

Saya tak buatlah, kenapa PAKSA saya cakap YA!!!

Salam u olsss...


Dua tiga hari yang lalu ai berdepan masalah dengan hotlink di mana kredit ai telah dipotong tanpa sebab. 


Jadi petang kelmarin, ai cuba call CUSTOMER SERVICE CENTER hotlink di talian 1300-82-0120. Tapi cubaan ai sebanyak 3 kali menghubungi  semalam tak berjaya bila dengan selambernya petugas tue minta ai call kemudian dengan alasan talian mereka menghadapi masalah gangguan walaupun dia dah ambik nombor telefon bimbit ai. Malas nak cakap banyak, ai tunggu sehingga hari nie untuk menghubungi semula nombor berkenaan.


Akhirnya percubaan ai yang pertama berjaya bila dijawab seorang petugas wanita bernama 'A'. Maka ai pun mula menerangkan apa masalah yang ai hadapi.



(walaupun hanya rm2.50 tapi itu tetap duit ai)



Lepas dia semak nombor telefon ai dalam sistem, dia tanya ai ada buat TRANSFER CREDIT tak? Ai jawab tak der pun. Kemudian dia cek lagi dalam sistem dan bertanya ai lagi ada buat TRANSFER CREDIT tak? Ai pun bengang jugak dengan dia tadi dah cakap tak ada, boleh dia tanya lagi.


Dia suruh ai tunggu dekat 3 minit dengan mendengar rakaman mesin perakam suara sebab nak semak dengan bahagian teknikal. Lepas dia semak dia tanya soalan serupa lagi dekat ai. CIK PERNAH BUAT TRANSFER CREDIT TAK SEBAB DALAM SISTEM KAMI ADA PROSES BERKAITAN? Kali nie ai memang dah betul2 bengang dengan dia lalu ai tanya dia kalau kredit hanya tinggal rm6 boleh ker buat pemindahan kredit sebab setahu ai bagi sebarang pemindahan kredit, baki di dalam telefon mestilah rm5. Masalahnya boleh ker nak transfer credit hanya rm1???


Ai memang tak puas hati dengan petugas berkenaan. Dia seolah2 mendesak ai mengaku yang ai telah membuat pemindahan kredit. Bersungguh2 dia suruh ai cakap YA sedangkan jawapan ai hanyalah TIDAK!!! Takkanlah ai nak mengaku untuk benda yang ai memang tak buat. Teruklah servis petugas nie. Macam nak tak nak aja terima aduan ai.


Walaupun jumlah kredit yang dipotong tidak banyak tapi ai nak jugak dapat penjelasan sebenar. Mungkin sebab hanya RM2.50 maka petugas tue tak berminat nak terima aduan ai. Ermmm agaknya memang patut kena bertukar ke perkhidmatan lainlah kalau tiap2 hari kredit diambil tanpa kelulusan pemilik.

Tuesday, July 26, 2011

Sistem yang menyusahkan

Entri bukan nak mengutuk jauh sekali nak mengata. Cuma meluahkan ketidakpuasan hati terhadap satu syarikat pengeposan yang opis ai memang selalu gunakan ia.





Rasanya sebagai pengguna, ai ada hak untuk memberi maklum balas terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.


Sebelum nie syarikat tue okey ajer tapi sejak dari minggu lepas, syarikat tu mula mengamalkan satu sistem hotline yang mana setiap kali kita ingin menggunakan perkhidmatannya haruslah menelefon ke talian hotline itu yang dikendalikan satu pihak lain.


Setiap kali call mesti soalan yang sama akan dikeluarkan sampai kadang2 ai rasa macam nak rakamkan saja segala jawapan dan bila disoal ai hanya mainkan saja rakaman itu. Jika dulu hanya dalam 10 saat saja segala urusan selesai, tapi kini memakan masa hampir 5 minit.


Ai faham dia cuba menyelaraskan sistem di seluruh Malaysia tapi kalau dah setiap kali panggilan memakan masa yang lama, agak2 nyer sistem nie praktikal tak untuk digunapakai???

Harap2 syarikat tue dapat memperbaiki mutu perkhidmatan dia demi keselesaan pengguna. Takkanlah segala data mengenai sesebuah pejabat tak disimpan sampai setiap kali call kena minta semula?







Tuesday, April 5, 2011

Aku diberi ujian sebab aku TABAH!!!

 (kredit pic to GOOGLE)


Ya Allah aku terima apa yang telah Engkau tetapkan buatku...
Jika dia bukan milikku, aku redha Ya Allah...
Aku bersedia melepaskan ia pergi mencari kebahagiaan sebenar.


Dalam hidup kita sering diuji dengan pelbagai masalah. Masalah2 itu antara boleh dihadapi atau pun tidak sahaja. Jika hati bersandarkan pada Allah s.w.t maka ujian dan masalah itu pasti boleh diatasi sebaik mungkin.

Selalunya orang yang sering diberi ujian ini ialah orang yang boleh menghadapinya dan yang tabah.

Tapi seringkali terjadi bagi seseorang yang diuji akan cuba berlakon atau berpura2 seolah-olah tiada apa2 masalah pun. Dengan niat tak ingin menyusahkan pihak2 yang tertentu. Saya sangat2 bersimpati pada orang yang macam ni sebab bila melibatkan hati dan perasaan yang disimpan sorang-sorang akan menyebabkan luka itu bernanah dan lambat sembuh.


Nak tanya lah pada sapa2 yang baca nie, kalau anda ditimpa masalah atau ujian adakah akan simpan sorang2 atau luahkan pada yang boleh dipercayai???



 (kredit pic to GOOGLE)


Bagi saya, seringkali jika diberi ujian ini hanya pada Allah s.w.t tempat saya mengadu segala hal. Sebab hanya DIA yang lebih mengetahui dan  memahami hambaNya....

Tuesday, March 8, 2011

Bila Saman, Cepat Saja | Bila Nak Selesai, Lambat Pulak

Gara2  Kena Saman Daa ini la nie hidup ai dilanda MASALAH...

Ingatkan sebelum ini ai ada cerita bila pergi balai polis nak selesaikan isu saman ini, pihak polis suruh ai berhubung dengan balai polis daerah yang kena saman tue.









Jadi sepanjang hari kelmarin ai cubalah hubungi IPd Batu Pahat nie nak tanya cara nak selesaikan masalah ini.






Lepas dapat cakap tue dia minta ai buat surat rasmi untuk rujukan Ketua Trafik sana..Maka bertungkus lumus lah ai dan Deeya menghasilkan surat seperti di atas tue...


Sampai 3 kali penghantaran faks kelmarin selepas kali pertama ai call dia cakap fax yang ai hantar tak sampai pun. Sehinggalah pagi tadi baru dia sahkan dah terima faks dari ai.
Bila ai tanya apa tindakan pihak sana, orang yang terima faks nie cakap minta berhubung dengan pegawai yang berkaitan.


DAN bila call orang berkaitan tue, boleh dia cakap kat ai faks tue tak sampai kat tangan dia lagi dan nak sambung ai ke bahagian saman. Tunggu punya tunggu dia sambung, rupa2nya dia tak sambung pun tapi trosss letak.


Kemudian ai call semula dan nasib baik operator dia Cik Leeya tue sungguh baik hati. Dia bagi contact personal staf  kat sana.


Tapi masalah tak boleh selesai jugak sebab waktu ai call pukul 12.30 tue dia tengah rehat. Dia minta call semula pukul 1.30 petang.


Agaknya dia tahu itu nombor ai, sampai ke saat ini ai masih tak boleh tembusi talian dia. Bila call di pejabat nak minta cakap dengan dia, orang ofis dia bagitahu dia tak masuk pejabat lagi.


Susah lah macam nie. Sebabkan dia orang nie, ai pulak kena berMASALAH...Mungkin ini yang orang ramai selalu kata KARENAH BIROKRASI di kalangan pegawai kerajaan. Bila nak keluarkan nama sebagai ORANG KENA SAMAN cepat sungguh buat tindakan tapi bila ORANG KENA SAMAN nie nak selesaikan kes SAMAN nie banyak punya kerenah dan ragam.


Wednesday, January 12, 2011

Oitttt kak kalau dah semua tak boleh buat baik tutup ajer kedai tue.......

Haiyaaaa kepala sudah pening2 woooo...(bukan pening2 yang lain okies...). Kenduri lagi 3 minggu tapi baju tak siap lagi....


Ini semua gara2 tailor merangkap pengendali majlis masih idak membuat apa2 lagik...kain pun masih tak berubah bentuk..masih tetap menjadi sehelai kain...


Apa yang dia tahu buat hanya call @ sms untuk minta duit.....


Last2 semalam we olsss sefamily gi terjah kedai dia...Tanya apa masalah lagik..Dari awal Disember lagi buat tempahan tapi sampai sekarang tak der hasilnyer...


U olsss tahu apa dia bawak keluar nak tunjuk...Sehelai kain yang masih elok tidak tergunting apa lagi...Ehh apa nie kak? Aritu janji boleh settle semua..Bila nak dekat majlis; baru nak cakap yang itu tak boleh buat, yang ini tak boleh buat.......


Mak ai sudah tensen bangat tahap serius dah nie....Last2 we olsss semua buat keputusan batalkan jerr tempahan tue...Carik laa kedai mana yang boleh trima tempahan lagi....


Hadoiii u olsss semua penah tak jadik cam nie?? Glerrr laaa semua kad dah edar, catering dah tempah, even baju2 family dah siap TAPI baju pengantinnyaa masih tak der bayang lagik.....

Wednesday, December 29, 2010

itu bukan dari saya....

tadi jenguk lerrr page cik NUffnanG...klik kat rujukan pautan...sekali daaa keluar ayat nie...



try klik link tue (sebab nak tau apa kaitan ai dengan tajuk tue)

sekali yang iNCik goOgLe bagi daaa....(tergezut tengok....)



(sumber dari iNCik gOogLe)


hadoiii bilerrr masa lakkk ai wat entri title nyerrr begitu..

oleh itu adalah dengan ini ai nak bagitahu kat sesapa yang tengok ayat tue, jangan salah sangka yerr...ai tak penah pun buat tajuk tue sepanjang ai berbelog nie.....




(p/s : masih tertanya tanya apa kaitan link tajuk tue dengan belog ai)

Thursday, December 16, 2010

MAYBANK : sebagai menghargai kesetiaan anda

semalam malam ai dapat lerrr koling koling dari MAYBANK KL nuuu...

dierrr punyerrr intro memang sedap laaa dengar untuk kembangkan hati pelanggan nyerrr...

sekali daaa hampehhh betul laaa....
.
.
.
.
.
.
.
MAYBANK : cik, saya buat call nie sebab nak ucap terima kasih atas kesetiaan cik selama nie bersama dengan kami...jadi sebagai menghargai cik, kami nak tawarkan sesuatu yang bernilai untuk cik?

AI : apa dia?

MAYBANK : polisi insurans dari kami dengan harga yang paaaaaaling rendah... rm39 sebulan...
.
.
.
.
.
.
.
lorrrr dierrr koling koling semata2 nak promote dierrr punyerrr insurans....hadoiiii ko camtue tak payah lerrrr buat ayat bagai nak rak puji pelanggan...

ingatkan nak hadiah kan ferrari sebijik kerrr banglo bertingkat2 sebuah kaaa baru laaa menghargai pelanggan namanyerrr...




(p/s : last2 call terputus dgn sendirinya selepas sesi paksa memaksa tak berjaya)

Wednesday, December 15, 2010

mangsa buli samseng jalan raya

hiyarrkkkk baca tajuk kat atas tue ader rasa takut tak hikhikhik.....chuppp tak takut kan kan kan.....

citer nyerrr gini....

pagi sabtu yang lalu ai sefamily keluar breakfast ke Kopitiam (yang nie halal ekkk)

masa nak belok masuk kat tempat parking, ader satu motor datang (jarak dia dengan keta comey ai adalah dalam 1 km lagi...)...time tue kepala kereta ai ader laaa terjenguk skettt ke depan...tapi xder efek apa2 pun kat lorong sebelah...kira boleh lalu dalam 10 bijik motor lagi walaupun muncung keta comey ai terjenguk skett yerr...

tapi mak ai perasan dari jauh lagi mamat motor tue sudah angkat penumbuk...dan lagi 10 second nak sampai depan keta ai dia angkat kaki..u olsss tau dia buat apa???

sekali haaa dia hentak kaki dia kat lampu depan keta ai...huwarghhhhhhhhh naper dia sekejam itu.....

lepas dia pergi trosss we olsss turun dan check....alhamdulillah lampu tak pecah...cuma lekat bekas kasut dia aja (dah laaa pakai kasut boot)...

walaupun marah sangat2 tapi dalam hati bersyukur keta ai dan ai sefamily tak ada apa2...

cuma tersangat2 tak faham apa salah ai sampai dia nak hentak kaki macam tue...

(p/s : sebab bangsa dia memang terkenal dengan kesamsengan kut dia buat macam tue)

kenapa menu komen tak terpapar???

ai raser dah ikut cara dan jalan yang betul bagi paparkan menu untuk dikomen..tapi kenapa tak muncul2 jugak.....hadoiiii pening dah mencari di mana silapnyerrr.....(ku mencari ku mencari apa salahku hehehe layan lagu shades sekejap)

jadi macam masalah pulak setiap kali nak komen kena klik dulu entri nak dikomen baru laaa terpapar muka kumen tue.....


setakat nie dah dua orang pembaca tegur....ai dah cari macam2 cara nak papar dalam inCIk gOogLe tapi tetap sama ajer...

u olsss semua kalau tahu apa silapnyerrr.....buzz ai naaa...i really really need ur help....

Monday, December 13, 2010

asyik xsempat jerr

asal ai letak jari kat keyboard nie mesti ada hal....asal ada hal jerrr mesti tangan ai atas keyboard nie...


haishhh niat nak post entri baru tapi xkesampaian lagik.....


lalalalala....


sebab nak wat entri kena pikir lama2...so baru nak tekan satu huruf ader jer gangguan..

yang nie pun taip dalam keadaan tergesa2...hadoiiii tak sukernyeaa

Sunday, December 5, 2010

kenapa setting blog berubah???

hadoyaiiii bukak pagi2 nie tengok naper setting belog ai dah berubah....

la nie design semua dok belah kiri...dah tak seimbang semua......


saper2 yang tau plisss help ai untuk ubah ke asal balik....

cedeyyy gilerrrr :(

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke