Tuesday, July 26, 2011

Sistem yang menyusahkan

Entri bukan nak mengutuk jauh sekali nak mengata. Cuma meluahkan ketidakpuasan hati terhadap satu syarikat pengeposan yang opis ai memang selalu gunakan ia.





Rasanya sebagai pengguna, ai ada hak untuk memberi maklum balas terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.


Sebelum nie syarikat tue okey ajer tapi sejak dari minggu lepas, syarikat tu mula mengamalkan satu sistem hotline yang mana setiap kali kita ingin menggunakan perkhidmatannya haruslah menelefon ke talian hotline itu yang dikendalikan satu pihak lain.


Setiap kali call mesti soalan yang sama akan dikeluarkan sampai kadang2 ai rasa macam nak rakamkan saja segala jawapan dan bila disoal ai hanya mainkan saja rakaman itu. Jika dulu hanya dalam 10 saat saja segala urusan selesai, tapi kini memakan masa hampir 5 minit.


Ai faham dia cuba menyelaraskan sistem di seluruh Malaysia tapi kalau dah setiap kali panggilan memakan masa yang lama, agak2 nyer sistem nie praktikal tak untuk digunapakai???

Harap2 syarikat tue dapat memperbaiki mutu perkhidmatan dia demi keselesaan pengguna. Takkanlah segala data mengenai sesebuah pejabat tak disimpan sampai setiap kali call kena minta semula?







No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke