Sunday, July 17, 2011

Susahnya nak solat di Seaview Hotel Langkawi

Salam u olsss...

Juz nak share pengalaman ai masa menginap di Hotel Seaview, Pulau Langkawi.





Dari luar tengok hotel nie memang okeylah untuk jadi tempat penginapan tapi setelah menghuninya baru alami kesiksaan itu.


Rabu lepas ai kena ikuti satu mesyuarat kat Seaview Hotel Langkawi ni. Jadi bertolak dari Jeti Kuala Kedah naik feri pukul 3.oo petang dan lebih kurang pukul 4.30 petang selamat la sampai kat Jeti Kuah dalam keadaan kepeningan (lama tak naik feri, agak kemabukan skettt).

Dalam pukul 5.00 petang, mula check ini kat hotel. Dapatlah bilik di tingkat 3. Ingat nak sembahyang Asar dulu sebelum mula berkemas barang. Tengok siling kat atas cari arah kiblat tak dak pun. Lepas tu selongkar pula dekat laci meja solek dan almari kot terletak penunjuk arah Kiblat dalam tue. Pun tak jumpa jugak.



(bilik punya cun tapi servis hampehhh)


Malas nak memeningkan diri, ai col kaunter depan dia minta bantuan. Ada sorang perempuan angkat dan lepas tanya nombor bilik ai, dia kata kejap lagi dia antar orang untuk tolong tunjukkan. Tunggu punya tunggu dekat 30 minit, tak sampai2 jugak orang hotel nie. 


Ai col lagi kali kedua, dia tanya ai tak sampai lagi ker?


Tunggu dalam 5 minit lagi tengok tak ada tanda2 dia nak mai pun, ai tawakal jer lah soalt berdasarkan arah matahari.


Lepas tue masa tengah seterika baju kat luar kebetulan ada seorang tetamu yang satu aras dengan ai pun nak seterika maka ai tanya dia arah kiblat yang betul.


Disebabkan salah arah kiblat, trosss ai ambil wuduk lain nak solat semula. Masa tengah berwuduk tue dengar loceng bunyi, rupanya staf hotel tue baru nak mai tunjukkan arah kiblat.


Alahai baru tanya arah kiblat pun dah macam nie servis dia, agaknya kalau tanya yang lain mau makan masa 2-3 hari kot.






p/s : nanti pergi Langkawi tak nak dah la tinggal kat hotel tue walaupun dekat dengan pekan Kuah!!!

2 comments:

  1. kalau service lembab camni... huhuhu.. siput sedut lintas jalan pun lg cepat

    ReplyDelete
  2. @ THE LEKAT LEKIT STORY : betul tue...tersiksa dibuatnya dgn servis cam gini..

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke