Showing posts with label KURSUS. Show all posts
Showing posts with label KURSUS. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

Sayangkan Suami, Tinggal Tinggalkan

Eyza terkenang pepatah orang tua dahulu kala. Kalua sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Kalau sayangkan anak, tangan-tangankan. Tapi dalam kes eyza ni boleh dak digunapakai ayat yang diubah suai eyza sendiri hehe... Kalau sayangkan suami, tinggal-tinggalkan.




Sebenarnya 10 hari selepas kami sah menjadi suami isteri, eyza kena pi berkursus di Pulau Langkawi. 3 hari 2 malam pulak tu. Niat di hati tak mau pergi, tapi sebab tuntutan kerja maka gagahkan juga pergi. Waktu tu terasa masa berlalu sangat lambat. Kalau boleh eyza nak hari terakhir berkursus tu sampai cepat-cepat hehe...Tak tertahan menanggung rindu pada MR DIMPLE.





En suami pun masa hantar eyza kat opis nampak cool dan relax saja. Eyza ingatkan dia okey la tapi masa eyza sampai kat Langkawi tu baru dia bagitahu dia tak sedap badan. Rupa-rupanya dia demam rindu. Eyza dekat sana dah susah hati bila tau dia demam. Yea lah masa eyza pergi dia nampak sihat saja. Sekali bila eyza dah jauh, dia demam pulak. Rasa macam nak panggil DORAEMON suruh percepat masa saja hehe...





Kursus kali ni tak berapa nak enjoy sebab ada sorang ahli grup terlebih lagak. Kami respect dia sebagai orang yang bakal pencen tapi cara dia tu memualkan semua orang. Hanya dia saja yang betul, kami ahli-ahli dalam tu asyik salah saja. Sampai dia pi report kat ketua grup 1 lagi kata kami tak bagi kerjasama. Macam mana kami nak bagi kerjasama kalau pendapat yang kami bagi semua dia tak nak terima. Kena ikut apa yang dia rancang sahaja.


Alahai macam zaman sekolah rendah pulak duk main report bagai nie. Tapi sebab kami nie malas nak bertekak bagai, jadi terima saja tuduhan dia. Dan yang paling tak best, bila pi Langkawi tapi tak boleh nak shopping huhu...Kena pi lain la nanti.





p/s : sepanjang kursus memang eyza asyik kena usik saja la dengan kawan-kawan hehehe...maklumlah masih dalam mood honeymoon kan hehe...  (~_~)

Thursday, March 15, 2012

Kursus Menjadi Transformer (^_^)

Salam u olsss...


Ai baru jer balik dari kursus 3 hari 2 malam (macam rancangan kat tv9 lak hihi...) di Pulau Pinang. Dulu kursus nie dikenali sebagai kursus BTN tapi sejak tahun nie digelar kursus tranformasi. 


(nie gambar masa pergi BTN tahun 2009)


Walaupun dah pernah pergi tapi sebab minat dengan sejarah maka eksaited sungguh ai nak join sekali lagi. Best woo bila dapat duduk satu grup dan bincang hal2 sejarah negara. Tapi kursus transformasi yang ai pergi kali ni agak macam dah lari tajuk dari asal.Tak macam BTN yang ai pergi masa tahun 2009.


Dulu semua jurulatih dan fasilitator bersemangat menerapkan semangat cintakan negara sambil adakan tayangan video filem '1957 : Hati Malaya'. Untuk kali kedua nie jurulatih semua oke2 tapi fasi agak kurang berbudi bahasa sket. Bukan sket ehh tapi banyak sangat.


Satu ayat yang tak boleh blah dari seorang fasi nie merangkap seorang kaunselor ialah ayat 'BETINA'. Dia minta semua peserta wanita keluarkan 'suara betina'. Perghhh dia ingat kita nie ayam ker kucing kot. Dan antara pengisian dalam slot PKPK ialah menyanyi sampai terkeluar anak tekak pada pukul 11 malam, bersentuhan kaki antara lelaki dan perempuan dan peserta perempuan diminta mengadap peserta lelaki untuk buat aksi sambil menyanyi bagi dinilai peserta lelaki. Dasyat wooo pengisian yang fasi buat untuk semua peserta. Dan satu lagi, jangan berani nak tegur perbuatan fasi sebab dari mula anda menegur hingga kursus tamat anda akan diperli oleh mereka secara terang-terangan.



Sungguh agak tak profesional kelakuan mereka dan boleh u olsss bayangkan ketika semua peserta mengemas peralatan memasak (hari last we olsss kembara sambil memasak di tepi pantai), fasi2 nie blah macam tue saja tanpa bersalam2an dengan semua peserta. Bak kata salah seorang peserta, inilah pertama kali dia pergi kursus tak bersalaman dengan fasi ketika nak balik hihi...




p/s : semalam tak larat nak taip sebab letih sungguh baru sampai dengan kesakitan kaki yang banyak berjalan2 ke pantai.

Tuesday, October 11, 2011

Maaf saya terpaksa tolak kursus!!!

Salam u olsss...

 (sekadar gambar hiasan)



Sepatutnya hari ini, esok dan lusa ai dikehendaki berada di Sepang untuk menghadiri satu kursus. Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan ai terpaksa tolak kursus tue.


Bagi seorang penjawat awam, dikehendaki menghadiri sebarang latihan atau kursus selama tujuh (7) hari dalam tempoh setahun. Tapi ai dah terlebih kursus.Huhu..Tahun nie saja jumlah kursus ai dah 17 hari. Siap boleh cover selama 3 tahun (best kalau boleh transfer ke tahun depan). 


Sampaikan bila ai bagitahu kat my mum yang ai kena attend kursus lagi, mak ai cakap tak der dah ker orang kat pejabat yang kena pi. Asyik2 nama ai jer naik untuk ke kursus. Hehehe..Buat camana mak. Kursus tue dikhaskan untuk jawatan anak mak saja. Dan di opis nie hanya anak mak sorang jer pegang jawatan tue kekeke...


Dan ai terpaksa menolak untuk menghadiri kursus tue bukan sebab kursus ai dah banyak tapi sebab ai akan berada di tempat lain pada tarikh berkenaan. Ermmm nanti ai hapdet yea ke mana ai pergi pada tarikh berkenaan.




p/s : ada orang sms marah2 kat ai bila ai tolak kursus nie..isk isk isk tak patut tak patut!!!

Monday, September 19, 2011

Akhirnya dapat jugak bertemu

Salam u olsss...


Bertemu kembali setelah hampir seminggu belog tiada sebarang entri. Bukan tiada sebarang idea tapi ada hal sikit selama hampir seminggu nie. Tak sempat nak hapdet ke mana menghilang hehe...


Sebenarnya ai kena hadiri kursus selama 3 hari bermula hari Selasa sampai la ke hari Khamis. Lepas tue Jumaat sampai ke Ahad kan bersambungan cuti hujung minggu dan cuti hari Malaysia. Jadi waktu cuti tue digunakan sepenuhnya buat aktiviti keluarga.





Hampir seminggu tak jenguk belog, rasa sangat2 rindu nak membebel. Walaupun kadang2 tak ada orang baca tapi rasa kepuasan bila dapat mencurahkan apa yang ada di kepala ke dalam belog.


Okies la nanti ai hapdet cerita aktiviti yang dibuat selama bercuti 3 hari nie...





p/s : ada seorang tue bagi alasan bini dalam pantang sebab tanak pergi kursus padahal bini dia bersalin bulan Jun.



Monday, July 18, 2011

Jumpa orang yang sama nama

Kejadian berlaku masa pergi Mesyuarat Pemurnian kat Hotel Seaview, Langkawi.


(kita berkongsi nama yang sama-sorang PUAN sorang CIK hehe...)


Masa nak daftar bilik dan disebabkan kelewatan ai sampai di hotel, maka petugas hotel letakkan ai satu bilik dengan urusetia.

Nak tulis nama kat buku, baru perasan 'Eh sama nama la'.

Akhirnya jumpa jugak orang yang senama dengan ai. Punyalah susah sebelum nie nak cari nama yang sejibik sebutan nama ai. Dah la sama nama, daapt duduk sebilik pulak tue.

Mula tue segan nak amik gambar dengan dia sebab yer lah urusetia tue. Tapi sebab salah sorang member tanya ada gambar tak bila ai post kat fesbuk pasai sama nama nie, trosss tekadkan hati ajak dia bergambar. Cuma gambar tue agak kabur sket.

Sunday, July 17, 2011

Susahnya nak solat di Seaview Hotel Langkawi

Salam u olsss...

Juz nak share pengalaman ai masa menginap di Hotel Seaview, Pulau Langkawi.





Dari luar tengok hotel nie memang okeylah untuk jadi tempat penginapan tapi setelah menghuninya baru alami kesiksaan itu.


Rabu lepas ai kena ikuti satu mesyuarat kat Seaview Hotel Langkawi ni. Jadi bertolak dari Jeti Kuala Kedah naik feri pukul 3.oo petang dan lebih kurang pukul 4.30 petang selamat la sampai kat Jeti Kuah dalam keadaan kepeningan (lama tak naik feri, agak kemabukan skettt).

Dalam pukul 5.00 petang, mula check ini kat hotel. Dapatlah bilik di tingkat 3. Ingat nak sembahyang Asar dulu sebelum mula berkemas barang. Tengok siling kat atas cari arah kiblat tak dak pun. Lepas tu selongkar pula dekat laci meja solek dan almari kot terletak penunjuk arah Kiblat dalam tue. Pun tak jumpa jugak.



(bilik punya cun tapi servis hampehhh)


Malas nak memeningkan diri, ai col kaunter depan dia minta bantuan. Ada sorang perempuan angkat dan lepas tanya nombor bilik ai, dia kata kejap lagi dia antar orang untuk tolong tunjukkan. Tunggu punya tunggu dekat 30 minit, tak sampai2 jugak orang hotel nie. 


Ai col lagi kali kedua, dia tanya ai tak sampai lagi ker?


Tunggu dalam 5 minit lagi tengok tak ada tanda2 dia nak mai pun, ai tawakal jer lah soalt berdasarkan arah matahari.


Lepas tue masa tengah seterika baju kat luar kebetulan ada seorang tetamu yang satu aras dengan ai pun nak seterika maka ai tanya dia arah kiblat yang betul.


Disebabkan salah arah kiblat, trosss ai ambil wuduk lain nak solat semula. Masa tengah berwuduk tue dengar loceng bunyi, rupanya staf hotel tue baru nak mai tunjukkan arah kiblat.


Alahai baru tanya arah kiblat pun dah macam nie servis dia, agaknya kalau tanya yang lain mau makan masa 2-3 hari kot.






p/s : nanti pergi Langkawi tak nak dah la tinggal kat hotel tue walaupun dekat dengan pekan Kuah!!!

Thursday, June 16, 2011

Bas Bandar

Pertama kali jugak tengok nie.


Masa nak ke Pasar Payang, ternampak satu papan tanda yang tulis macam di bawah nie.




Lepas tue meliar mata nak tengok macamana lah rupanya bas bandar tue.

Dan nasib baik, kebetulan masa tue dia tengah parking elok kat tepi jalan. Apa lagi trosss ai amik gambar rupa bas tue nak share kasi u olsss tengok sama. Akibat bas tue agak2 panjang, jadi tak dapatlah nak ambil gambar keseluruhannya memandangkan ambik gambar pun pakai henpon aja.







Ai difahamkan bas nie akan bergerak ikut jadual tertentu. Jadi tak dapatlah ai nak merasa pusing2 bandar KT naik bas nie.

Kalau u olsss pergi KT, cubalah cari bas nie yang hentiannya ada dekat Pasar Payang. Harga tiket dikatakan hanya RM1.00 tapi kalau silap ai minta maaflah.

Tuesday, May 24, 2011

Senyumlah walaupun tengah marah

U olsss tau ai hanya membilang hari saja sekarang nie...Lebih kurang 2 minggu lagi tarikh itu akan menjelma.

Jadi sekarang nie ai tengah mempraktiskannya sebelum dilaksanakan nanti.


U olsss jangan pikir apa2 lak tau bila ai cakap tengah membilang hari...Semuanya kerna tajuk ini hihi...


Sebenaqnya ai kena attend satu seminar mesra pelanggan yang akan dibuat di Putrajaya awal bulan Jun nie.


Seminar nie bertujuan antaranya untuk meningkatkan komitmen, penghayatan serta amalan senyum ketika menyampaikan perkhidmatan. Huiii ayat meningkatkan amalan senyum tue yang buat ai nak sengih sorang2 jer...Camner rupanya nak buat amalan senyum ni kan?


Nanti kalau kena marah pun ai tetap kena pamer senyuman jugaklah. Agak2nya senyuman dalam kemarahan jadi dak muka cam baby kat bawah nie hehe...





Apa yang penting macam stick note kat bawah nie.



Tak pun ikut macam tajuk lagu Malique dan Najwa --> SENYUM...TAK PERLU KATA APA-APA!




p/s : nanti kalau ada kesempatan bolehlah berjumpa blogger notty_yntz sebab dia dok Putrajaya.

Monday, January 17, 2011

Selamat Berkursus untuk diri sendiri

Selamat pagi u olsss…...


Yeaah setelah tiga hari bercuti2, today is a blue Monday yang kekurangan mOod daa…Sebab arini saja kena mai kerja.. Esok, lusa dan tulat kena berkursus…


Yeyyyy berkursus laaa ai bagi memenuhi tanggungjawab sebagai pekerja yang cemerlang kan (cemerlang laa sangat demi mencukupkan jumlah 7 hari kursus)….


Ini kursus yang pertama bagi tahun nie yang dibuat di luar pejabat…Dan ini juga kursus pertama yang susunan jadual aturcara yang paling memenatkan..


Cuba u olsss bayangkan kursus dibuat di Putrajaya tapi bermalamnyerrr nun di Johor.. Tak tahu laaa kenapa urusetia boleh terfikir idea macam tue.


Bertolak dari Kedah trossss menuju ke Johor semata2 hanya untuk bermalam..Esoknya pepagi Subuh yang hening dah mula bergerak ke tempat kursus di Putrajaya…


Hadoiiii nampaknya masa we olsss semua akan banyak dihabiskan dalam kenderaan jerrr….Confirm balik nie semua pakat stress walaupun pergi kursus yang bertajuk “Tangani Stress”…..




(p/s : berstress laaa semua dari mula bertolak sampai laa balik sebab ahli rombongan Cik Kiah yang pergi kursus nie semuanya jenis riuh rendah kecuali ai yang sopan santun hehe…)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke