Saturday, March 2, 2013

Sayangkan Suami, Tinggal Tinggalkan

Eyza terkenang pepatah orang tua dahulu kala. Kalua sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Kalau sayangkan anak, tangan-tangankan. Tapi dalam kes eyza ni boleh dak digunapakai ayat yang diubah suai eyza sendiri hehe... Kalau sayangkan suami, tinggal-tinggalkan.




Sebenarnya 10 hari selepas kami sah menjadi suami isteri, eyza kena pi berkursus di Pulau Langkawi. 3 hari 2 malam pulak tu. Niat di hati tak mau pergi, tapi sebab tuntutan kerja maka gagahkan juga pergi. Waktu tu terasa masa berlalu sangat lambat. Kalau boleh eyza nak hari terakhir berkursus tu sampai cepat-cepat hehe...Tak tertahan menanggung rindu pada MR DIMPLE.





En suami pun masa hantar eyza kat opis nampak cool dan relax saja. Eyza ingatkan dia okey la tapi masa eyza sampai kat Langkawi tu baru dia bagitahu dia tak sedap badan. Rupa-rupanya dia demam rindu. Eyza dekat sana dah susah hati bila tau dia demam. Yea lah masa eyza pergi dia nampak sihat saja. Sekali bila eyza dah jauh, dia demam pulak. Rasa macam nak panggil DORAEMON suruh percepat masa saja hehe...





Kursus kali ni tak berapa nak enjoy sebab ada sorang ahli grup terlebih lagak. Kami respect dia sebagai orang yang bakal pencen tapi cara dia tu memualkan semua orang. Hanya dia saja yang betul, kami ahli-ahli dalam tu asyik salah saja. Sampai dia pi report kat ketua grup 1 lagi kata kami tak bagi kerjasama. Macam mana kami nak bagi kerjasama kalau pendapat yang kami bagi semua dia tak nak terima. Kena ikut apa yang dia rancang sahaja.


Alahai macam zaman sekolah rendah pulak duk main report bagai nie. Tapi sebab kami nie malas nak bertekak bagai, jadi terima saja tuduhan dia. Dan yang paling tak best, bila pi Langkawi tapi tak boleh nak shopping huhu...Kena pi lain la nanti.





p/s : sepanjang kursus memang eyza asyik kena usik saja la dengan kawan-kawan hehehe...maklumlah masih dalam mood honeymoon kan hehe...  (~_~)

4 comments:

  1. kasihan nya cik abg menanggung rindu... cepat2 balik tau......
    org demam selalu nak bermanja aje.....

    ReplyDelete
  2. @Remy hazza hehe dah selamat balik remy...siap dijemput di depan pintu feri lagi...hihi

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke