Friday, March 8, 2013

Nikah Hari Jumaat?

Eyza sekadar nak berkongsi maklumat yang eyza dapat dari satu laman web nie. Saja nak share hari indah dalam Islam nie sebab eyza pun nikah pada hari Jumaat....hehe






Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Diriwayatkan daripada Muslin bin Abdullah daripada Sa'id bin Jubair, daripada Anas bin Malik r.a. dia berkata: Baginda Rasul S.A.W. ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. 

Maka jawab baginda Nabi: "Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan."

Sahabat bertanya : "Mengapakah dikatakan demikian itu Ya Rasululllah?"

Jawab Nabi : "Kerana bahawasanya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu.


Sebahagian Ulama berkata : Telah terjadi 7 Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jumaat, iaitu :
1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah,
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.



(sumber : http://trazali.multiply.com/journal/item/44)






p/s : jadi kepada yang belum bernikah, ayuh pilih hari Jumaat sebagai hari istimewa penyatuan dua hati!



5 comments:

  1. thanks for sharing eyza.... jumaat penghulu segala hari.....

    ReplyDelete
  2. @Remy hazza ur welcome remy...saja eyza nak share hari istimewa umat Islam.

    ReplyDelete
  3. Alamak tak ingat le dulu nikah ari apa. Kena check balik nih

    ReplyDelete
  4. @Empayar Utama nak check balik tak pa...jgn pi salam tok kadi sekali lagi dah laaa hehe...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke