Sunday, July 10, 2011

Sudah temui jawapannya | Sapa pandai tafsir mimpi?

Salam u olsss...

Ingat tak hampir 2 bulan yang lalu ai ada pernah menaikkan satu entri menanyakan sesapa yang pandai tafsir mimpi. Kepada yang terlupa boleh rujuk kat SINI naa.

Dan ada jugaklah 2 orang pembaca yang mengulas kat ai macam kat bawah nie.



Thanks pada matsen dan akubiomed atas segala komen dan keperihatinan u olsss berdua.

Kali nie, ai nak bagi tau yang ai dah dapat jawapan untuk persoalan yang ai pernah utarakan. Cuma jawapan tue tak adalah terperinci sangat seperti mimpi ai.

Masa ai tengok Program 'TANYALAH USTAZ TV9' hari Jumaat yang lepas, kebetulan panel jemputan Ustaz Syarhan (pakar perubatan Islam) sedang menjawab persoalan yang lebih kurang sama macam mimpi ai tue.

Ini jawapan yang Ustaz Syarhan tue utarakan iaitu:

Jika bermimpi dipatuk ular, bermaksud sihir tue sudah meresapi masuk ke dalam badan.

Jika bermimpi dibelit ular, bermaksud sihiri sedang menjengah peluang nak masuk.

Sama halnya jugak jika bermimpi bermain dengan ular.


Jadi ai buat kesimpulan yang mimpi berkiatan dengan ular bermaksud ada seseorang berniat nak menyihir kita atau berbuat sesuatu yang tak elok pada kita atau keluarga.


Dengar apa jawapan tue, buat diri rasa takut dan diselubungi misteri saja. Apa2 pun macam akubiomed kata selalulah berdoa meminta pertolongan dari Allah s.w.t. sebab hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui akan segala sesuatu. Tak berniat atau bercadang pun nak selidik atau panggil pasukan CSI tolong siasat siapa punya angkara. Hanya percaya semua tue adalah qada dan qadar yang telah ditetapkan pada semua manusia.




2 comments:

  1. doa tu snjata umat islam...brdoalah...insyallah..slamat dunia n akhirat

    ReplyDelete
  2. @ matsen : betul tue...hanya berdoa pada Allah insyaAllah akan selamat di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke