Tuesday, May 6, 2014

Daftar Online Untuk Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Kedah

~ klik SINI untuk LOGIN MASUK ~


Bermula semalam, 5 Mei sehingga 19 Mei para pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran kemasukan ke Matrik boleh mula membuat pendaftaran online.Yang gambar kat atas tu adalah imej LOGIN untuk pelajar-pelajar yang dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Kedah.


Sebenarnya tujuan eyza buat entri ni pun sebab eyza salah seorang AJK URUSETIA untuk Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (MPPB) 2014/2015. Jadi kalau sapa-sapa pelajar nak tanya boleh la soal eyza di sini atau call opis eyza di talian 04-9286100. InsyaAllah eyza akan cuba bantu selesaikan masalah adik-adik semua...hihi...




UPDATE:

Sila pastikan perkara berikut sebelum menggunakan e-Pendaftaran:
  • Pastikan pembayaran yuran telah dibuat dan slip bank BSN telah diperolehi. 
    Nombor slip bank BSN perlu dikunci masuk.
  • Telah membuka Akaun Bank Rakyat. 
    Nombor Akaun Bank Rakyat juga perlu dikunci masuk.
  • Gambar pelajar dalam format JPG atau PNG (rujuk contoh dalam e-Pendaftaran). Sila "upload" semasa e-pendaftaran bagi memudahkan proses menyediakan KAD MATRIK.
  • Cetak 3 salinan slip e-pendaftaran untuk kegunaan pada Hari Pendaftaran (25 Mei 2014) nanti.

35 comments:

  1. salam kak , terima kasih atas info yg diberikan , kakak , saya nak tanya , tadi saya cuba mendaftar secara online terus ke page kolej matrikulasi kedah tapi down server , macam mana ya ? harap akak dpt membantu saya , moga Allah permudahkan urusan akak , insyaAllah

    ReplyDelete
  2. wkslm liyana....

    pertama sekali TAHNIAH sebab berjaya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Kedah.

    tadi sepagi memang web kita ada problem...dan sudah diperbaiki. harap2 adik berjaya membukanya yea.. apa2 hal bagitau yea...

    ReplyDelete
  3. Assalam kak. Sy cuba utk daftar online, tp xdpt buka laman pndftrn online tu, down server jugak katanya. Dan sebelum ni sy boleh buka tp xdpt upload gmbar. Katanya format xkena atau lbh mb...jd gmbar tu nk upload mcm mana? Sy kena pergi ke kedai gmbar dan buat cd gmbar tu ka?

    ReplyDelete
  4. wksalam haz wani...

    bermula semalam web kita dah ok dan adik dah boleh buat pendaftaran online... kalau tak boleh masuk melalui web kita, adik terus ke web ni... http://register.kmk.matrik.edu.my..

    gambar tu hanya boleh upload kalau format png atau jpeg...

    ReplyDelete
  5. salam kak,
    gambar tu tak blh nmpk dlm slip pendaftaran tu... adakah gmbr tu dikira sudah upload?

    ReplyDelete
  6. wklsm Xarren...

    ya masa adik cetak slip e-pendaftaran, gambar tak keluar sekali...sebab gambar tu upload masuk dlm sistem kita...

    ReplyDelete
  7. salam akak,
    saya tak sempat nak print borang e-pendaftaran tu macam mana nak buat tapi saya dah daftar cuma tak upload gambar

    ReplyDelete
  8. Slmt ptg kak..
    Nak tanya, kalau tak sempat daftar online, macam mana tu kak? Masih boleh daftar ke di Kolej nnt?

    ReplyDelete
  9. salam kak..... saya nak tanya ni....harap akak boleh beri respond secepat mungkin dalam 2 hari ni....saya dah buntu sangat ni pasal slip pendaftaran pelajar tu.... kenapa dekat slip pendaftaran saya x keluar image / logo / bar code??? adakah slip saya akan diterima semasa pendaftaran pada ahad ni jika tiada gambar2 / code tersebut??? kalau pihak matrikulasi x terima mcm mana??? apa pula yang saya perlu lakukan atau ada cara lain ke kak?? atau saya bawa saja slip yg saya dah cetak tanpa gambar atau logo tu?? tolong kak...saya dah seminggu nangis pasal slip ni.....

    ReplyDelete
  10. Hi kak, saya nak tanya apa itu slip pendaftaran pelajar?

    ReplyDelete
  11. Nor Niesya Syuhada...

    boleh jea digunakan slip pendaftaran yg tanpa imej/logo/bar code...

    nanti masa datang mendaftar, adik bawa saja slip pendaftaran tu dan terus ke kaunter daftar online.

    jangan nangis2 dah tau...selamat belajar di matrix yea.. ;)

    ReplyDelete
  12. Umi Safiqah...

    tak apa kalau tak sempat nak cetak slip pendaftaran tu. nanti masa hari pendaftaran adik terus ke kaunter daftar online dan maklumkan kepada pegawai pendaftaran yang adik dah daftar online cuma tak sempat cetak. InsyaAllah kalau adik dah buat daftar online, nama adik dah ada dalam sistem pendaftaran. jangan lupa yea bawa gambar yang diperlukan untuk kita buat kad matrik nanti.

    ReplyDelete
  13. Hai Sherlyn Ho...

    kalau tak sempat nak daftar online, adik boleh daftar secara manual masa hari pendaftaran.

    Nanti kita akan buka dua kaunter di mana satu kaunter untuk yang dah daftar online dan satu lagi kaunter untuk yang belum daftar online.

    ReplyDelete
  14. Hai Yong...

    Slip Pendaftaran Pelajar tu adalah slip tu sesiapa yang dah buat pendaftaran online. Kalau adik tak sempat buat daftar online, maka tak akan ada slip tu. Jadi masa mendaftar nanti, adik ke kaunter daftar manual yea.

    ReplyDelete
  15. salam kak,,,saya ada masalah dengan cetakan surat tawaran kolej matrikulasi yang baru,,saya ada buat pertukaran kolej dari kolej mara ke kmk,,urusan pertukaran kolej ini telah diluluskan,,tapi surat tawaran baru belum ada dalam sistem semakan,,,mohon akak berikan penjelasan terhadap masalah yang saya hadapi ni dengan segera,,

    ReplyDelete
  16. kalau lupa no slip bank nk rujuk kat mana

    ReplyDelete
  17. Asslm kak,saya nak tanya bila kita akan dapat nombor bilik kita? Dan mcm mana sistem matrik susun nombor bilik tu?

    ReplyDelete
  18. salam, saya nk tnya, pendaftaran online tu ada tarikh tutup ke? sbb saya nk cuba login tp xbleh.

    ReplyDelete
  19. Sesi pendaftaran online untuk sesi 2017/2018 adalah bermula 15 Mei 2017 (ISNIN) hingga 31 Mei 2017 (RABU). Sebarang pertanyaan boleh tanya di sini atau pun hubungi talian 04-9286100.

    ReplyDelete
  20. assalamuailaikum saya nak tanya adakh prlu sya mmbuat medical check up tuk masuk kmk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Adlina. Tak perlu buat medical check up untuk kemasukan ke matrikulasi. Hanya isi borang yang adik print dari web sahaja.

      Delete
  21. assalam akak mesti ke kne daftar scr online???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tak semestinya kena daftar online cuma kalau adik daftar online, terus dapat bilik. Tapi kalau tak nak daftar online, boleh jea daftar secara manual pada 04 Jun nanti.

      Delete
  22. Hello Kak, nak tanya ni. Gambar yang akan diupload, adakah gambar itu gambar passport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Iaz jutty. Ya kena guna gambar passport.

      Delete
  23. hi what if saya tersalah masukkan nombor akaun bank rakyat masa buat e pendaftaran matrikulasi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Eqied Rahman. Nanti masa adik datang daftar, maklumkan pada pegawai pendaftaran, no akaun bank rakyat tersalah isi.

      Delete
  24. akak klu da dftr online kene daftar manual jugk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adlina : Ya kena daftar manual untuk pengesahan yang adik datang mendaftar sebagai pelajar matrik

      Delete
  25. Assalammualaikum. Saya nak tanya berkenaan gambar passport. Adakah berlatarbelakangkan biru atau putih? Ramai cakap biru. Tapi saya dh daftar online latar belakang putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Nysa. Boleh jea untuk daftar online, gambar passport berlatar belakang kan biru @ putih.

      Delete
  26. Akak..kalau dh daftar online,lpstu salah isi nombor slip bank.macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shaz : Print dulu yang dah isi. Nanti masa daftar, maklum kepada pegawai pendaftaran

      Delete
  27. akak nk tanya, dlm senarai semak hari pendaftaran, ada suruh bawak slip pendaftaran cetakan komputer 6 salinan tapi saya tak ada slip pendaftaran tu. dekat mana saya nak dapatkn slip pendaftaran cetakan online tu? saya dh daftar online dh. saya dh cuba masuk dkat laman web untuk daftar online tu tapi dh tak bleh bukak

    ReplyDelete
  28. Salam akak saya lupa nak cetak slip e-pendaftaran tu macam mana nak selesaikan yee

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke